25

30 3 0
                                    


"Tahu makan sambal belacan?" usik kak Balqis ketika aku menemukan Ethan dengan keluargaku.

Sejak semalam, kedua kakakku tidak habis-habis cuba menjadi 'matchmaker'. Sudah ku katakan berkali-kali yang hubungan ini hanya atas dasar persahabatan. Biarpun sudah acapkali Ethan meluahkan perasaannya, aku belum cukup kuat untuk menyambut. Lagipun, ada hajat yang masih tertangguh yang menjadi halangan untuk aku menerima kasih baru.

"Saya makan semuanya. Masakan pedas adalah kesukaan saya. Saya pernah tinggal lama di Indonesia." Terangnya.

"Sedap tak masakan Jannah?" soalnya lagi.

Ethan mengangkat jari ibunya keatas. "Terbaik!"

Aku tersenyum. Dia genyitkan mata kanannya padaku. Aku tertawa senang.

"Nak beli jiwalah tu. Nak orangnya kenalah puji melambung."

"Dia bukan macam tu lah, kak. Dia seorang yang berterus terang."

"Dah eloklah tu. Nak cari yang macam mana lagi?" kak Balqis terus menggiat.

"Kak Hanispun setuju. Tengok tu, ramah saja dia berbual dengan keluarga kita. Tak kekok langsung.

Tiga pasang mata berpusing memandang kearah yang sama. Dari dapur, aku nampak Ethan begitu ramah melayani umi dan ayah berbual. Aku akui perasaanku sedikit terusik. Tapi, apakah dengan rasa, bisa aku jadikan pautan? Akan teguhkah hati atau seperti ombak yang menghempas pantai? Surut air, pantai juga akan berubah?

"Jannah berserah pada Allah. Buat masa sekarang, hati Jannah masih ragu-ragu."

"Sampai bila?"

"Entahlah. Bukan sekarang, kak."

"Jangan terlalu fkirkan apa yang dah jadi, Jannah. Fikir sampai putus urat kepalapun, takkan mampu nak merubah apa yang dah jadi. Kehidupan Jannah masih panjang. Yang dihadapan kita ni yang perlu kita fikirkan. Sampai bila nak larut dalam kisah silam? Andai sudah berjumpa dengan seseorang yang boleh menyayangi kita, apa salahnya kita berikan dia peluang? Bukankah semua rasa ini diberikan oleh Allah juga?"

Aku diam. Berkata itu mudah, kak tapi penanggungan dijiwa hanya Allah yang tahu. Dulu, abang Uzair juga sayang padaku. Berjanji denganku bulan dan bintang. Kesudahannya? Hanya derita yang aku rasa. Bukan menyalahkan takdir tapi aku takut untuk terus menjadi bayang-bayang. Yang lebih menyakitkan hingga kini aku tidak mampu untuk membenci dia biarpun derita itu menjadi hadiahnya? Mengapa dia masih mahu menyiksa aku biarpun dia tiada disisi dan bukan milikku lagi.

"Berapa lama Ethan akan berada disini?" soalan kak Balqis beralih pada Ethan pula. Biarlah mereka saja yang berbual. Aku lebih suka menjadi pendengar. Aku tidak mahu terus dijadikan modal usikan. Bukan aku tidak suka tapi aku tidak mahu Ethan terus menaruh harapan. Bimbang aku akan terus melukai dia dalam diam.

"Keluargamu sungguh baik, Jannah. Aku tak sangka mereka akan melayanku sebegini mesra." Komen Ethan ketika kami dalam perjalanan pulang semula ke hotel, tempat penginapan sementaranya.

"Kamu tetamu, Ethan. Seharusnya dilayan selayaknya. Kamu datang dengan senyuman. Masakan kamu dilayan dengan buruk? Rasullullah sendiri menganjurkan agar kita memuliakan tetamu kerana mereka datang dengan barakah."

"Benar begitu?"

Aku anggukkan kepala. "Dulu, umi sering mengingatkan aku tentang ini."

"Bagaimana perasaanmu setelah bertemu semula dengan keluargamu?" soalnya.

"Aku bersyukur sangat-sangat kerana Allah memudahkan pencarianku. Bersyukur dengan penerimaan mereka. Mereka juga merindui aku. Mereka juga berusaha mencari aku. Aku saja yang merajuk membawa diri. Alhamdulillah kerana aku masih diberi peluang oleh Allah untuk memohon ampun dengan umi dan ayah. Walaupun pencarian ini belum berakhir, aku tetap bersyukur. Aku gembira. Dan aku berjanji akan mempertemukan mereka dengan cucu mereka yang tak pernah mereka jumpa itu."

"Selama ini mereka tahu kewujudan Chempaka?" soalnya sambil memandang padaku yang sedang memandu.

"Tidak sehinggalah aku menceritakannya."

"Aku pasti kamu akan bertemu dengan Chempaka nanti. Aku berdoa."

"Amin. Insya Allah. Itulah harapanku juga."

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now