20

28 3 1
                                    


"Apa yang Jannah buat selama ini?" Soal Kak Balqis usai solat Isyak berjemaah. Riuh rendah rumah kak Balqis dengan keluarga Kak Hanis dan Abang Chik Shukur. Jauh sudah aku tinggalkan semuanya. Kak Hanis sendiri sudah mempunyai tiga anak dan empat dari abang chik. Belum dicampur dengan anak abang long yang seramai lima orang itu. Pasti meriah.

Abang long terpaksa pulang semula ke Melaka petang tadi. Kak Dhija yang masih dalam pantang perlukan suami disisi. Aku tahu rasa itu kerana aku pernah melaluinya. Walaupun aku ingin sekali semuanya ada disini, tapi ada insan yang lebih berhak.

"Kak Yati ada restoran. Jannah kerja dengan dia."

"Di London juga?"

"Ya."

"Jadi selama ini, Jannah kerja dengan dia."

"Enam bulan selepas Jannah disana, Jannah sambung belajar sampai habis sarjana."

"Wow, interesting!"

Siapapun akan terperanjat. Ketika itu, aku semakin memahami mengapa umi dan ayah amat berkeras untuk aku terus sambunng belajar. Sedangkan aku semakin larut dalam perasaan.

"Kak Yati minta juga Jannah cari kerja disana, tapi Jannah tak mahu. Tamat belajar, Jannah pindah dari London dan menetap di Bath. Buka café sampailah sekarang."

"Jannah buka café?"

"Kecik-kecik saja. Buat tampung hidup. Lagipun, dah lama sangat bergantung dengan kak Yati. Juga, Jannah dah sesak nafas tinggal di London yang sesak tu. Tapi, Jannah selalu juga ke London sebab kebanyakan urusan Jannah masih disana. I do some property investment. Some kind like that. Also, I have to travel back to back to Perth to look after another café."

"Kak Hanis tak tahu nak komen apa dah. Speechless! Tak sangka adik akak yang naif, anak manja, degil, selalu ikut perasaan ni dah ada international business. Dah kaya."

Aku tertawa kecil. "Jannah tak kaya, kak. Jannah masih lagi berusaha. Apa yang ada cukuplah untuk Jannah menampung hidup. Pengalaman itu mengajar Jannah untuk kuat."

"Akak pun tak sangka, Hanis. Tengokkan keadaan Jannah dulu, memang tak sangka sudah sampai ketahap ini. Berbeza sungguh!"

"Jangan pernah jadikan perpisahan itu penamat dalam hidup. Kadangkala ia adalah titik mula untuk kita melangkah seterusnya. Hidup kita ini, kita yang tentukan. Luka? Sedih? Jannah selalu menangis juga. Jannah selalu rasa 'down'. Macam orang lain. Cuma kita perlu tahu setakat mana kita perlu bersedih. Jangan terlalu larut dalam perasaan. Saat kita hilang segalanya, kita lupa yang kita masih ada Allah."

"Lama Jannah disini?" soal umi setelah sekian lama. Ya, umi dan ayah hanya mendengar ceritaku. Hanya mendengar pada tiap soalan yang dilontarkan abang dan kakak.

"Umi dan ayah jangan bimbang. Kalau Jannah kena balik sana, Jannah akan bawa umi dan ayah. Jannah takkan tinggalkan umi dan ayah lagi. Cukuplah."

"Tapi..."

"Umi... jangan risau. Ya, Jannah kena balik juga kesana. Ada urusan yang masih tertangguh. Tapi bukan sekarang. Kalau keadaan betul-betul perlukan Jannah saja."

Bimbang. Itulah yang terpancar diraut wajah tua itu. Aku tahu kegelisahannya. Aku genggam tangannya erat. Memberikan keyakinan walaupun terselit rasa ragu.

"Oh ya, hampir Jannah terlupa. Tadi, Jannah call kak Yati. Bagi tahu semuanya. Dia kirim salam. Dia akan call Bonda di US. Nanti, bila Bonda dah balik kesini, Jannah akan bawa umi dan ayah jumpa bonda ya? Mereka sangat baik, umi. Mereka jaga Jannah macam anak sendiri. Tak pernah ada jurang. Jannah juga akan cari kak Sham. Moga-moga dia tak berpindah. Masih dirumah lama. Dapatlah Jannah ketemukan dia dengan umi juga. Syukur Jannah dikelilingi mereka yang baik-baik."

"Buatlah satu-satu, Jannah. Masih ada banyak masa." Tegur kak Balqis.

"Ya, kak. Dan, Jannah juga akan call Ezah. Takut-takut dia risaukan Jannah. Lagipun, Jannah fikir untuk sementara ni, bolehlah Jannah bantu dia di cafénya."

"Jannah ada café disini juga?" sekali lagi mereka terperanjat.

"Bukan Jannah punya, indirectly. But I do some investment. Jannah bagi modal dan Ezah yang uruskan semuanya. Jannah tak masuk campur apapun."

Apa yang aku khabarkan bukan untuk meninggi diri. Cuma aku tidak mahu adik beradikku kebimbangan memikirkan keadaanku. Juga aku tidak mahu mereka memikirkan yang tidak-tidak. Belajar dari pengalaman, aku lebih suka bergantung pada diri sendiri.

"Jadi, Jannah masih sendiri?" soal abang chik.

"Sendiri? Maksudnya tak kahwin lagi?" Aku ketawa. Dalam banyak-banyak soalan, ini yang mengganggu fikirannya.

"Yalah, dah tujuh belas tahun kot. Takkan tak terlintas nak kahwin." Ujarnya mempertahankan diri.

"Kalau dah kahwin, tentulah Jannah balik berdua. Mungkin masih fobia kot." Jawabku tersenyum pahit.

"Takkanlah. Macam tak percaya."

"Entahlah. Barangkali salah Jannah juga. Tak pernah nak buka hati untuk terima yang lain. Pada Jannah cukuplah. Jannah belum cukup kuat untuk melupakan semuanya. Jannah belum cukup sempurna untuk menyempurnakan diri untuk orang lain. Dan, Jannah belum pernah terniat untuk hidup berdua."

"Kami restu siapa saja yang Jannah pilih. Umi ikut saja. Jannah fikirkanlah yang terbaik."

"Bukan tak ada yang cuba melamar, umi. Namun, bila Jannah teringat kembali, Jannah jadi takut. Kata yang manis bukan alasan untuk menerima seseorang dalam hidup. Jalan dihadapan masih lagi samar. Jannah takut. Jannah jadi gementar. Yang Jannah lalui sangat memeritkan. Yang terlalu payah untuk Jannah lupakan. Bagaimana Jannah mampu untuk meletakkan diri Jannah sekali lagi dalam situasi yang sama. Apa yang Jannah bayangkan tak seindah apa yang Jannah lalui."

"Umi tak paksa Jannah."

"Jannah tahu. Andai ditakdirkan Jannah hidup sendiri hingga akhir hayat, Jannah reda, umi. Ini takdir. Tapi, kalau ditakdirkan Jannah kembali hidup berdua, biarlah saat itu Jannah benar-benar kuat."

"Insya Allah. Umi sentiasa doakan Jannah."

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now