3

19 4 5
                                    


Dan hari ini, seperti yang ayah inginkan biarpun bukan ini yang aku pinta.

Ada ikatan yang akan terbina dan disini jugalah akan terlerai satu ikatan walau bukan ini yang aku pinta.

'Bukan niat kami untuk melukakan sesiapa. Tapi cinta ini ikhlas. Salahkah kami kerana mempertahankannya? Salahkan andai jalan yang kami pilih ini?' Hatiku terus menyusun kata biarpun tidak terluah. Bimbang akan menambah perit yang sudah ada.

Imam Hamdi yang dipanggil terpinga-pinga. Kelu lidahnya untuk memberi nasihat walaupun kedua mereka adalah sahabat lamanya. Sama-sama merantau ke sini untuk memulakan hidup. Bukan sehari silaturahim ini terjalin. Bukan juga sebulan, tapi sudah berpuluh tahun. Tapi, dek kerana kisah ini, dia melihat kedua sahabatnya ini bagaikan bermusuh.

"Rahman... Rashid.... Kita ambillah yang baik. Mungkin benar juga kata mereka. Lebih baik berkahwin dari terjadi diluar jangka. Kadangkala akal gagal mengawal nafsu yang menggila. Lagipun, tak salah berkahwin muda. Islam memang menganjurkan. Kalau kedua mereka sudah yakin untuk hidup berdua, apa salahnya kita sebagai ibu bapa merestui. Kalau terjadi sesuatu sebelum bernikah, lagi kita malu." Terdengar suara imam Hamdi memujuk agar kedua sahabat agar lebih rasional dari terus diselubungi perasaan yang kecewa.

Dan...

"Amin." Terdengar suara mereka melafazkan kalimah Allah. Aku tersedar dalam larutan perasaan.

Aku pandang umi dan ayah. Aku datang dekati mereka. Namun, saat tangan ini aku hulur buatpada ayah, dia mengelak. Sepertinya aku kini sudah menjadi anak buangan.

Aku tahan tangisan yang mampir. Cuba untuk menggapainya sekali lagi. Tapi, ayah terus menarik tangan umi dan berpaling pergi. Tahulah aku kini, sudah tiada ruang untukku dihatinya. Aku sudah tiada makna dalam hidupnya.

Maafkan Jannah kerana memilih jalan ini, ayah. Abang Uzair sudah berkorban. Menelan pahit untuk membuktikan cinta ini. Apakah Jannah bisa menidakkan kasihnya? Bisikku dalam sedu yang menggila.

Seperti keluargaku, penerimaan dari keluarga abang Uzair juga seperti yang sudah kujangka. Ya, sejak dari awal lagi sudah aku lihat riak mereka. Tidak perlu kata sinisan. Tidak perlu jelingan tajam. Yang terbentang ini sudah menjadi jawapannya.

Usah berlindung dibalik tirai yang tercarik kerana sirnanya jelas kelihatan. Dari terus berteman dengan kecewa, kami memilih untuk berlalu.

Ku bawa hati yang kecewa dek kerana mempertahankan rasa kasih ini pergi. Pujuk abang Uzair, biarlah masa yang menentukan segalanya. Andai dihujah dengan kata-kata saat ini, bukan sahaja dihidangkan dengan rasa kecewa, bimbang andai kata menjadi sumpahan. Saat amarah dan kecewa menjadi satu, akal bukan lagi tunjang untuk menentukan arah hidup. Biarlah kami berkelana andai ini yang dapat meredakan keadaan. Kami tahu, satu hari nanti, pasti mereka akan sedar. Walau apapun yang terjadi saat ini, kerana merekalah kami diberi nafas dibumi Tuhan.

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now