48 - Part 2 (unedited)

18 2 0
                                    

"Maaf mengganggu. Ini rumah Nurul Jannah?"

Suara yang bertanya itu seakan aku kenal. Terus saja aku berburuan ke muka pintu. Apakah.....

"Bonda?" Soalku setelah menjenguk dari belakang abang long yang masih terpaku depan pintu. "Ya Allah, bonda!" Terus saja aku memeluk tubuh tua itu. Sungguh aku kehilangan kata.

"Maafkan Jannah, bonda. Maafkan Jannah. Jannah sibuk sampai keterlupaan pada bonda." Tangisanku yang sudah berhenti datang kembali menjengah.

"Bonda juga. Bonda terlewat kemari. Bonda hanya tahu mengenai umi Jannah malam tadi. Itu pun Ethan yang khabarkan. Dia cukup bimbang tentang Jannah." Beritahu bonda.

Ya, memang sudah kukhabarkan berita pemergian umi pada Ethan lewat pesanan ringkas sahaja. Sememangnya dia mahu segera pulang ke sini tapi aku menegah. Umi, sudah pasti akan bertemu yang Esa. Tapi, dia masih ada tanggungjawab yang menanti. Ibunya masih memerlukan dia dalam keadaan begini. Itu amanah Allah. Berdoalah dimanapun pasti akan sampai pada yang Satu kerana bumi yang kita pijak ini milik Yang Khaliq juga. Tidak pernah ada halangan dalam berdoa.

"Tak mengapa, bonda. Umi pergi dalam keadaan yang cukup tenang dan tidak membebankan sesiapa."

"Tapi, bonda cukup terkilan tidak dapat bertemu dengan dia yang sudah melahirkan Jannah, seorang yang sangat cekal melalui hidupnya." Pipiku diusap bonda berkali-kali.

"Insya Allah, kita berdoa agar kita sama-sama berjumpa dengan umi dan ayah 'di sana'." Aku genggam erat jemarinya yang masih berada diwajahku. Kami sama-sama menangis mengenang umi dan ayah yang sudah tiada walaupun niatnya berbeza.

"Bonda datang sendiri?" Baru aku tersedar tentang kehadirannya yang sendirian. Dia menggeleng. Tubuhnya dialihkan sedikit dan telunjuknya ditudingkan tegak kebelakang. Mataku melarikan pandangannya seiring telunjuk bonda.

Aku tutup mulutku dengan telapak tangan agar tangisanku tidak kedengaran. Sungguh, aku terharu. Saat jiwaku ini semakin hanyut, mereka datang menarik semula rasa ini untuk berlabuh ditepian. Lara yang merusuh dalam hati keusir jauh-jauh agar ketenangan kembali menyinggah. Syukur alhamdulillah.

Tubuh kak Yati erat dalam pelukanku. Dia insan yang istimewa. Aku sediakan tempat yang paling indah dalam hatiku. Tidak dapat aku gambarkan kebaikannya padaku hingga aku tidak dapar mencari di mana pincangnya kasih sayang yang terhulur.

"Jannah rindu dengan akak. Rindu sangat-sangat."

"Akak juga. Jannah sihat?" soalnya yang masih memelukku. Aku anggukkan kepala. Beberapa ketika kami hanyut meluruhkan kerinduan yang sudah terpendam lama.

"Sabar ya, dik. Allah selalu ada dengan orang-orang yang sabar. Akak tahu Jannah kuat." Pujuknya agar aku tidak terus berduka.

"Insya Allah, Jannah akan terus bersabar."

"Mama... Naim pula." Tiba-tiba suara Naim mencelah. Kami sama-sama berpaling padanya. Dia sudah mendepangkan tangannya luas-luas.

"Okay...okay...." kak Yati bersuara dalam nada tak puas hati dengan anak bujangnya. 

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now