Melalui hari-hariku bertemankan Chempaka membuatkan duka itu beransur pergi. Bukan melenyapkan segala kepedihan tapi kesibukanku mengurusi hal-hal seharian dan juga dirinya membuatkan masaku sentiasa terisi. Ya, sekurang-kurangnya aku tidaklah membenani hatiku dengan tangisan yang berpanjangan.
Aku mengambil keputusan untuk terus bekerja dengan Bonda. Insan mulia yang sentiasa membantu aku dan Chempaka. Syukur. Dengan ruang yang diberikan pada aku sepenuhnya, dapatlah aku mengurusi anakku sendiri. Tidak perlu untuk aku berfikir menghantar anakku kepada pengsuh. Jujurnya, seminitpun sukar untuk aku berpisah dengan dia. Apatah lagi ketika ini, dia masih menyusu badan.
Cuma hari ini, Chempaka kurang sihat selepas dicucuk semalam. Sejak malam tadi, dia asyik menangis dan lenaku terganggu.
Mulanya aku mahu membawanya kerestoran tapi dihalang oleh kak Sham. Bonda juga tidak bersetuju kerana anak kecil mudah dijangkiti terutama ketika dia tidak sihat begini. Bonda minta aku jangan risau dah tidak perlu ke restoran hari ini. Tahulah dia untuk mengurusinya. Tapi aku pula tidak sampai hati pula. Yalah, sudah terlalu banyak budi yang ditaburkan. Sudah sampai masanya akku membalas pula. Kebetulan hari ini ada tempahan. Bonda pula kekurangan pekerja. Sejak semalam, ramai pelanggan yang datang hingga tak termenang tangan.
Akhirnya, Kak Sham meminta aku meninggalkan Chempaka dengannya sebaik sahaja dia selesai urusan disekolah Aiman. Kebetulan hari ini kak Sham bercuti kerana ada perjumpaan ibubapa disekolah. Jadi, kak Sham cuba untuk pulang sesegera yang mungkin dan menjaga Chempaka. Lega sedikit perasaanku.
Sejak keluar dari rumah, aku sudah rasa tidak sedap hati. Terasa ada kelainan. Jiwaku sedikit tidak tenteram. Ada resah yang datang menyinggah. Ada gundah yang sedang bermukim dihati. Mungkin kerana aku kurang tidur barangkali atau memikirkan Chempaka yang masih belum sembuh demamnya. Jadi, ada yang mengganggu akal.
Usai urusan direstoran, aku segera berkemas dan mahu beredar. Bonda minta aku makan dahulu sebelum pulang tapi hatiku tidak ada disini. Asyik terfikirkan Chempaka dirumah. Bagaimanakah keadaan dirinya? Aku bimbang andai badannya makin panas dan demamnya tidak kebah-kebah. Jarang dia sakit begini tapi kali ini seperti teruk pula keadaannya.
Namun sesampai dirumah, sudah ada yang sedang menantiku. Tetamu yang tak pernah aku undang. Ya, aku tidak pernah mengharapkan kehadiran mereka disini. Cukuplah. Bukan untuk berprasangka buruk tapi melihat apa yang mereka telah lakukan padaku, tidak salah untuk aku menilai.
"Jannah sudah pulangkan apa yang menjadi hak ibu. Tidak ada apa-apa yang masih tertinggal untuk Jannah pulangkan." Ujarku sebaik saja mereka duduk diruang tamu beralaskan sofa lusuh. Tidak mahu berselindung lagi. Tanpa pelawaan walaupun hanya secangkir air, aku sudah meluahkan apa yang terpendam. Aku tidak mahu terus berkias. Tidak perlu untuk aku tahu niat kedatangan mereka. Pandangan mata yang sedang memerhati sekeliling ruang sempit ini, sudah cukup untuk aku menelah apakah maksud tersirat. Mungkin dia sedang meneliti bagaimana keadaan kehidupanku setelah berpisah dengan anaknya.
"Kami datang nak ambil anak Uzair." Akhirnya, dia berterus terang.
Aku tersenyum sinis. "Apa?" Soalku semula. Sekadar untuk memastikan bahawa pendengaranku ini tidak salah. Aku ketawa perlahan.
"Kami nak ambil anak Uzair." Ulang kak Bada pula. Abang Indera masih lagi membisu.
"Ambil? Apa maksud ibu dan kak Bada?"
"Itu anak Uzair." Telunjuk ibu tegak menunjukkan pada gambar yang kak Sham cuci beberapa hari lepas dan diletakkan didalam bingkai bersaiz A4. Dan kak Sham jugalah yang menyuruh Aiman menggantung didinding diruang tamu ini.
"Jadi?"
"Seharusnya dia bersama Uzair bukan disini." Tanpa perasaan ibu menjawab soalan dariku.
Wajah-wajah dihadapanku ini aku pandang satu per satu. Mahu ketawakan pun ada. Apakah mereka fikir aku akan gentar bila berdepan dengan mereka kali ini?
"Barangkali dunia ni dah terbalik kot. Jadi, Jannah ni siapa? Ibu angkat dia?" soalku sarkastik.
"Jangan nak cakap yang mengarut. Jangan jadi kurang ajar!" Ibu bersuara keras.
"Siapa yang mengarut disini? Siapa yang kurang ajar? Ibu lupa barangkali hak itu jatuh pada siapa? Kalau ibu terlupa biar saya ingatkan semula. Saya, Nurul Jannah Abdul Rahman adalah penjaga yang sah keatas Chempaka Khairina. Mahkamah dah putuskan. Jadi, jangan nak bertindak yang bukan-bukan. Jangan fikir saya bodoh. Jangan fikir saya tak tahu apa yang ibu dan kak Bada cuba buat. Negara ni ada undang-undang!"
Nah! Kalau dulu mereka memperkotak-katikkan aku tapi kini aku akan menentang. Akan mempertahankan apa yang sudah menjadi hakku. Tidak mahu lagi terus diperlakukan sewenang-wenangnya.
"Itu anak perempuan. Ayahnya yang sepatut lebih berhak."
"Undang-undang mana yang akak pakai? Selagi anak itu menyusu badan, ibunya tetap berhak keatas anak. Dia belum mumayyiz lagi. Seandainya abang Uzair mahu berjumpa anaknya, Jannah mahu dia sendiri yang datang kesini. Tak perlu nak hantar wakil." Tegas aku menjawab.
"Aku datang bukan nak bertekak dengan kau."
"Jannah pun tak minta ibu dan akak datang sini untuk bertekak dengan Jannah. Kalau boleh Jannah dah tak mahu ada apa-apa hubungan dengan keluarga abang Uzair lagi."
"Jannah..." Suara kak Sham memanggil aku dari luar. Mungkin menyedari pintu depan sudah terbuka, dia datang untuk menghantar Chempaka. Sudah lapar barangkali puteriku itu. Seharian tidak menyusu badan. Hanya minum susu botol yang aku bekalkan sebelum pergi ke restoran tadi.
Semua mata memandang kearah yang sama. Dan, ketika inilah semuanya terjadi bagaikan satu sketsa drama yang sering dipaparkan dipandangan mata umum.
Bagai sudah dirancang, abang Indera menjalankan tugasnya dengan pantas. Tanpa sempat aku meminta kak Sham membawa semula Chempaka masuk kedalam rumahnya, abang Indera sudah berlari dan merampas Chempaka dari dalam dakapan kak Sham hingga kak Sham jatuh terduduk.
Aku cuba mengejar sambil menjerit meminta tolong tapi tubuhku dihalang dan ditolak oleh ibu dan kak Bada. Kuat hingga aku hilang imbangan.
Tanpa sempat berpaut pada dinding, aku jatuh terduduk dengan hentakan yang sangat kuat hingga membuatkan ari-ariku sakit yang teramat.
"Allah...! Allah...! Allah...!"
Aku cuba untuk bangun walaupun keadaanku sukar untuk bergerak. Sakit mencucuk dibawah peritku.
YOU ARE READING
Kerana Rindu Ini
Roman d'amourYang sarat dijiwa itu adalah kekuatan untuk aku melangkah