28

24 2 0
                                    

"Ceritalah, Ezah. Ada masalah ke?" soalku sebaik saja papan tanda 'tutup' dibalikkan. Selesai kerja untuk hari ini.

"Begini... Kami tidak berjumpa dengan abang Uzair. Tapi, kami berjumpa dengan Jannah." Ujar Ezah perlahan memulakan cerita.

"Ya, Jannah. Aku kenal."

"Kau kenal?"

"Ya, sepupu abang Uzair yang kini isterinya. Aku rasa aku ada beritahu pada kau. Entahlah, aku lupa."

"Jadinya kau dah tahulah."

"Ya. Jadi, apa yang berlaku?" soalku tidak mahu memanjang cerita perihal Jannah.

"Tak banyak yang kami bualkan. Abang Uzair kerja. Cuma dia beritahu yang dia nak jumpa dengan kau."

"Jumpa aku? Untuk apa? Antara aku dan dia tak pernah ada sebarang urusan."

"Entahlah. Kami sendiripun tak faham dan tertanya-tanya. Kami tak tahu apa yang dia mahukan. Tapi itulah... berkali-kali dia tekankan untuk berjumpa dengan kau."

"Dan Chempaka? Dia disitu waktu kau berbincang dengan Jannah?"

"Tak ada. Kebetulan dia ada program disekolah." Jawab Ezah. Dan kemudiannya dia memandang Iezat. Seakan mereka sedang berbicara dalam rahsia.

"Cakaplah, Ezah... Iezat..." Aku tahu ada yang masih belum usai.

"Jannah beritahu pada kami, kalau kau nak jumpa dengan Chempaka, kau harus berjumpa dengan dia dulu. Bukannya abang Uzair."

"What?!!!"

Terkejut. Ya, cukup terkejut dengan cerita Ezah. Bagaikan halilintar menjamah nadiku. Terbangun aku dari duduk.

"Atas dasar apa dia memberi aku syarat untuk berjumpa dengan anak kandung aku? Aku ini mamanya. Siapa yang memberikan dia hak untuk menghalang aku bertemu dengan anak aku sendiri??? Adakah dia sudah gila?"

Suaraku tiba-tiba melantang. Lahar yang tadi hanya memanas, aku lontarkan keluar. Sukar untuk aku mengawal perasaan.

"Selama aku mengandungkan dia, aku sendiri. Melalui tempoh yang sukar itu, aku sendiri. Saat melahirkan, aku sendiri. Semuanya aku lalui sendirian. Insan yang sepatutnya berkongsi saat-saat itu pula hilang entah kemana.

Salah aku kerana pergi meninggalkan dia. Salah aku kerana tidak mempertahankan dia. Salah aku kerana tidak bersama dengannya selama ini. Salah aku kerana berdiam begini lama. Dan, salah aku kerana baru kini aku kembali. Lalu, hukumlah aku.

Cuma ketika ini, aku mohon bersimpatilah pada aku yang kerinduan. Seorang mama yang teramat merindukan anaknya. Mudahkanlah permintaan aku. Untuk apa aku berjumpa dengan mereka andai ada ungkitan yang akan melukakan hati. Untuk apa pertemuan ini andai ada luka yang berdarah kembali. Tak perlu aku ulang apa yang aku rasa. Cukup menyakitkan. Untuk kali ini, aku mohon, bersimpatilah pada aku."

"Cukup, Jannah. Cukuplah! Bukan salah sesiapa. Jangan terus menghukum diri, Jannah."

"Bodohnya aku kerana kerap memikirkan perasaan orang lain dari perasaan aku sendiri. Natijahnya, mereka terus mempermainkan aku hingga saat ini. Kejam sangatkah permintaan aku sehingga sebegini teruk aku terhukum? Maaf, aku ingin sendiri."

Lalu kucapai tas tangan dan berlalu dari situ. Aku tidak mahu lagi terus berkata-kata. Penat! Selama ini hatiku sudah cukup terluka dan aku cuba ubatinya sedikit demi sedikit. Tapi hari ini, kepedihan itu terus terasa. Luka itu kembali berdarah. Mereka semua tidak pernah memahami. Perih ini semakin parah.

Nur Jannah Amani, apa sebenarnya niatmu?

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now