1

34 4 0
                                    

Indahnya lamunan asmara ini tidak dapat aku usir dari hati. Kerana dialah insan yang aku dambakan selama ini. Cinta pertama. Dia yang mengajar aku erti bahagia. Dialah kurniaan yang terindah. Dialah arjuna. Bagai bulan jatuh keriba. Tatkala bersama dengannya, bagaikan aku sedang dibawa menyusuri ke satu daerah asing. Sangat indah dan membahagiakan.

Abang Uzair sedar usiaku yang masih muda. Abang Uzair tahu tentang cita-cita dan impianku yang belum terlaksana. Dia berjanji, seandainya kasih ini tersulam, dia bukanlah halangan untuk aku menoktahkan semua impian dan cita-citaku dalam hidup. Malah dia akan menjadi pendorong untuk mencapai apa yang menjadi impian.

Dan mengenali abang Uzair, sudah pasti aku percaya setiap bait yang terucap. Dengannya, aku mampu menjadikan mimpiku menjadi realiti. Dengannya, aku bisa menelusuri jalan ini biarpun aku sedang meniti bara api. Yang tak mampu olehku, berpisah dengannya. Bagaimana untuk aku bernafas seandainya desah ini sudah lama menjadi satu? Mampukah aku melepaskan sang penakhluk jiwaku kepada insan lain? Kala ini aku memilih rindu yang makin mendera nubari.

Dan, dari terus menahan sakitnya rindu, inilah jalan yang terbaik. Aku tidak nampak mengapa aku harus takut pada rasa ini. Aku tidak nampak mengapa aku harus memikirkan tentang mereka yang tidak cuba untuk memahami. Ini hidupku. Aku berhak untuk menentukan jalan seterusnya. Walau badai yang datang pasti akan ada kekuatan untuk aku terus bertahan. Ya, dengan kasih dan cintanya.

"Umi... sebenarnya Jannah ada sesuatu nak berbincang dengan umi," ujarku sambil menarik tangan umi untuk duduk dikerusi.

Biarlah aku berbicara dengan umi terlebih dahulu. Aku pasti umi akan memberitahu pada ayah kemudian. Dengan umi aku jarang menyimpan rahsia. Dengan umi, aku bebas berbicara apa sahaja.

"Mengapa Jannah? Sejak dari semalam, Jannah nampak lain. Ada yang tak kena ke?" Umi menebak, aku lemparkan senyuman sayu.

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now