27

27 3 1
                                    

"Jadi, apa keputusan kau?" soal Ezah ketika aku memberitahu keinginan ayah pada dia dan Ethan.

"Entah. Aku buntu."

"Ayah mahu ikatan yang sudah putus ini kembali terjalin." Ucapku perlahan.

"Apa maksudmu, Jannah?" soal Ethan pantas. Aku tahu dia mula memikirkan yang bukan-bukan dan rasa tergugat.

"Bukan maksud ayah untuk aku kembali pada abang Uzair. Ayah cuma mahu aku berbaik-baik semula atas dasar kekeluargaan. Kamu tahu bukan, sebelum kejadian ini, keluarga kami bersahabat?" terangku agar dia faham.

"Jadi, kau setuju untuk bertemu dengan abang Uzair?" Ezah menyoalku kembali.

"Aku tak setuju. Aku tidak nampak mengapa aku perlu berjumpa dengan dia?"

"Tapi, aku setuju dengan saranan ayah kau. Aku tahu kau yang lalui semua ni, tapi kau tak boleh nak menidakkan yang abang Uzair tu ayah pada anak kau. Yang mengasuh dia selama ni."

"Aku tak pernah cakap yang aku menafikan semua tu. Aku tak pernah cakap yang abang Uzair tu bukan ayah pada Chempaka." Naik satu oktaf suaraku.

"Sabar, Jannah." Pujuk Ethan.

"Aku sedang bersabar, Ethan."

Sudah kupasak seluruh ragaku agar aku mampu bertahan seampuhnya. Tapi, sampai bila?

"Istighfar, Jannah. Bawa bertenang. Semua ini datangnya dari Allah. Mesti ada hikmahnya kenapa kau masih belum menemui dengan Chempaka lagi. Dan, sebagai orang dewasa kadangkala kita perlu mengalah walaupun kita yang kerap terluka. Kita tak boleh terlalu pentingkan diri sendiri. Banyak perasaan perlu dijaga, Jannah." Pujuk Ezah pula.

"Penting dirikah aku dengan semua yang terjadi? Penting dirikah aku bila aku yang tersiksa? Penting dirikah aku kalau aku saja yang memikirkan perasaan orang sedangkan aku sendiri sedang merana? Penting dirikah aku selama ini bila mereka gembira atas derita aku?? Penting dirikah aku?"

Mereka diam. Aku menangis.

"Tak banyak yang aku minta. Aku hanya mahu bertemu dengan anak aku. Aku ingin mendakapnya. Kalau boleh aku ingin bawa dia tinggal dengan aku. Cuba mencipta mempri agar menjadi kenangan terindah buat aku. Cuba untuk mengembalikan detik-dtik yang tidak dapat kami lewati bersama. Terlalu lama aku mengharapkan semua ini terjadi. Itu saja. Aku tidak meminta lebih."

"Aku faham perasaan kau, Jannah."

"Aku bukanlah manusia yang terlalu kejam untuk menghukum. Aku tahu hingga setakat mana aku boleh meminta. Cukuplah untuk aku zahirkan rasa kasih aku pada dia. Cukuplah untuk aku lepaskan rindu aku pada dia. Cukuplah untuk dia memahami keadaan aku dan mengapa dia aku tinggalkan. Cukuplah.

Tapi, untuk aku bertemu empat mata dengan abang Uzair, aku tidak mampu. Aku tidak sanggup untuk menjawab setiap persoalan darinya sedangkan jawapan itu ada pada dia. Tika itu, andai keadaan tidak memaksa, aku juga tidak akan memutuskan apa yang telah kami jalinkan, Ezah.

Bukan sedikit yang aku korbankan. Seluruh raga aku. Tapi, akhirnya? Aku yang memilih dia dan aku juga yang memilih untuk melepaskan dia. Kau tahu apa yang aku rasa saat itu? Untuk menghela satu nafaspun aku tak mampu."

Jujurnya, jiwa dan hati ini akan rapuh bilaberdepan dengannya. Bukan pintaku juga mahu dia. Cuma saat itu, keadaan yangmemaksa untuk kami membawa lara hati. Kerana itu, sukar untuk aku menanam bencipadanya. Yang tertinggal bukanlah cinta cuma rasa kesalan yang panjang." Nafasku hela bersama keluhan yang panjang.

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now