49 - Part 3 (unedited)

21 3 0
                                    

Pang! Tiba-tiba saja kami dikejutkan dengan tamparan yang melekat dipipi gebu itu. Merah serta-merta. Aku berpaling kebelakang. Semua mata mencerun padanya.

"Aku tak pernah tengok lagi ada anak yang sanggup berkurang ajar dengan mama dan papanya!" suara Naim memetir. Segera aku melarikan dia jauh dari Chempaka. Bimbang kalau-kalau dia akan bertindak keterlaluan.

"Naim!" suara kak Yati sudah menjerit dari pintu rumah. Mungkin dia sendiri terkejut dengan tindakan drastik anak terunanya.

"Masuk!" arah kak Yati keras. Tangan Naim cuba ditarik agar mengekorinya.

"Kalau benar kau faham apa yang terjadi, tentu kau juga dapat merasa penderitaan mama selama ini. Pandang dalam matanya, selami jiwanya, apakah mama gembira dengan semua ini? Kalau kau fikir mama sentiasa tertawa, aku fikir kau tu yang dah gila. Kau pernah tanya kenapa mama menanti selama tujuh belas tahun untuk kembali sebelum kau menuduh mama yang bukan-bukan? Apa hak kau untuk menidakkan panggilan mama tu? Kau tak layak jadi anaknya kalau beginilah sikap kau. Kalau kau tak sudi, masih ramai lagi yang sudi untuk jadi anak pada seorang wanita yang sungguh istimewa ini. Wanita yang terus cekal dan tabah walaupun dia sendiri sedang menderita. Tidakkah kau terfikir yang membahagiakan orang lain itu lebih mulia perbuatannya?"

Tempikan suara Naim membuatkan suasana menghening. Yang terdengar hanyalah esakan. Aku masih memeluk Naim yang mahu menerpa ke arah Chempaka sekali lagi. Mencerun dia memandang marah pada Chempaka. Aku semakin bimbang Chempaka akan diapa-apakannya.

"Sudah, Naim. Kita bukan mahu bergaduh. Tapi, menyelesaikan apa yang tersimpul. Zikir, Naim, zikir. Ingat pada Allah." Aku pegang wajahnya dengan kedua tanganku. Aku lihat padanya. Aku tahu dia sedang mengawal amarah.

"Maaf mama. Naim tak sanggup nak lihat mama menangis. Cukuplah selama ini. Naim mahu mama gembira dan bahagia. Naim sanggup bertukar tempat dengan dia andai dia tak sudi, ma."

Ngilu menyengat dihati. Pilu mendengar kata-kata Naim. Juraian airmataku semakin laju.

"Buat apa nak kenang kisah lalu. Yang ada inilah yang harus kita terima. Reda. Itu yang mama selalu pesankan? Tapi, mengapa dia tak pernah cuba untuk faham malah makin mencari di mana pincangannya." Ujar Naim berterusan.

"Selama ini aku menderita, di mana dia?" Ujar Chempaka tiba-tiba.

Dia? Chempaka menggelarkan aku dengan 'dia'? Ngilu dihari usah dikatakan lagi. Kutahan air mat aini agar tidak terus mengalir laju.

"Mama lebih menderita dari kau kerana memendam rindu pada anaknya." Jawab Naim. Mereka berbalas kata.

"Selama ini aku tersiksa, di mana dia?"

"Mama lagi tersiksa dari kau kerana memikirkan di mana kau berada. Kau hanya tahu menghukum tapi kau tak pernah cuba memahami."

"Sudah Naim. Sudah!" Aku dan kak Yati menariknya masuk apabila keadaan kembali tidak terkawal.

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now