36 - Part 2

28 4 4
                                    

"Jannah pergi tinggalkan kami berdua dalam keadaan kebingungan. Tiba-tiba Jannah muncul dan mahu menuntut hak Jannah sebagai mama Chempaka? Dimana rasionalnya, Jannah?! Jannah lupa barangkali yang Jannah dah lama hilang hak tu.

Chempaka hanya kenal Amani sebagai ibunya. Sebab Amani adalah orang pertama yang dia lihat saat dia mula mengenali keadaan sekeliling. Sebab Amanilah yang menemani dia selama ini. Yang sentiasa ada saat dia ketawa dan sedih. Sebab Amanilah yang memimpin tangannya selama ini. Dan, sekarang Jannah fikir, adakah Jannah masih ada hak untuk itu?"

"Katalah apa saja, bang. Jannah terima. Disatu sisi, Jannah bersalah. Ya, bersalah kerana meninggalkan dia saat itu." Ujarku perlahan. Aku sudah lelah berlawan kata dengannya.

"Bukan itu yang abang mahukan dari Jannah?"

"Habis tu? Apa yang abang dengar? Abang mahu Jannah mengaku semua yang terjadi ini salah Jannah? Kalau Jannah dikatakan salah kerana jatuh cinta dengan abang, salahkanlah Jannah. Kalau Jannah dikatakan bodoh kerana setia pada abang, salahkanlah Jannah. Kalau semua orang mahu menuding pada Jannah dengan mengatakan Jannah ini anak derhaka, isteri yang nusyuz, salahkanlah Jannah, bang. Jannah terima. Tapi, bila abang, orang yang paling rapat dengan Jannah, orang yang paling Jannah percaya, orang yang paling Jannah cinta, tuduh Jannah seorang mama yang tak ada perasaan kerana sanggup beri anak Jannah pada orang semata-mata nak lari ikut lelaki lain, itu sudah melampau! Chempaka adalah lambang cinta Jannah pada abang. Jannah kandungkan dia dengan rasa kasih yang tak pernah padam. Jannah lahirkan dia dengan limpahan sayang yang tak ada tolok bandingnya. Dan, tanpa rasa bersalah, tergamak abang menuduh Jannah begini?"

Juraian air mata ini tidak dapat aku tahan lagi. Luruhlah untuk membasuh pedih yang sedang aku tanggung.

"Jannah dicederakan secara mental dan fikizal, dimana abang waktu itu? Jannah diseret, dimaki, dihina, dikeji oleh keluarga abang hanya kerana datang bertanyakan keberadaaan abang, dimana abang waktu itu? Salahkah seorang isteri mencari suaminya yang hilang tanpa khabar? Yang ditinggalkan terkapai-kapai sendirian tanpa satupun pesanan? Jannah lalui kesukaran masa mengandung dengan mengharapkan ihsan orang. Jannah tahan rasa sakit ketika melahirkan itu sendirian. Berkorban untuk satu nyawa. Dan yang paling menyedihkan bila Jannah terpaksa meminta ihsan orang lain untuk mengazan dan mengiqamatkan Chempaka sedangkan itu tanggungjawab abang. Dimana abang waktu itu??? Dimana???"

Aku sapu air mata yang menitis. Badan aku bongkokkan sedikit. Aku rapatkan kepalaku padanya yang masih duduk dan memandang tepat padaku.

"Chempaka dirampas dari Jannah dengan cara yang paling kejam! Jannah tak pernah serahkan dia pada sesiapapun dengan rela hati. Jannah tak berdaya untuk terus mempertahankan dia bila Jannah sendiri berdepan dengan maut. Jannah tumpah darah kerana disepak, diterajang, dipukul ketika pertahankan Chempaka. Masih terngiang kata-kata ibu. Kalau Jannah dia benci, anak Jannahpun dia tak suka. Tapi kenapa ibu juga yang rampas dia dari Jannah. Kenapa??? Abang jawablah kerana Jannah juga mahukan jawapan? Apa salah Jannah? Dan, dimana abang waktu itu? Dimana???

Jannah bina semula hidup Jannah dengan kesakitan. Jannah bernafas bersama sengsara yang keluarga abang tinggalkan untuk Jannah. Jannah usung derita ini berbelas tahun lamanya. Pernah abang tahu bagaimana keadaan Jannah waktu itu? Yang ada hanya kesumat. Yang tinggal hanya kepedihan. Jannah tanam rasa benci dan dendam pada abang. Pada keluarga abang yang sudah memperak-perandakan hidup Jannah. Hanya kerana menyintai abang, Jannah terhukum begini. Berdosakah Jannah kerana jatuh cinta? Berdosakah?

Abang fikir Jannah tak cuba cari Chempaka? Jannah hampir gila memikirkan dimana dia setelah dirampas oleh keluarga abang. Macam-macam usaha yang Jannah lakukan walaupun keadaan Jannah sendiri sangat menyedihkan. Tapi, Jannah bersyukur sebab ramai yang membantu. Dan, ibu bijak menyembunyikan Chempaka hingga jejaknya Jannah tak dapat kesan. Tapi, Jannah tak pernah putus asa. Sampai satu detik, Jannah berhenti. Jannah cakap, tak mengapalah. Walaupun Chempaka diambil dengan cara begitu, Jannah tahu dia selamat. Jannah tahu abang akan sayang pada dia. Jadi, Jannah lepaskan dia pada abang. Lagipun, keadaan masa itu juga tidak memungkin untuk Jannah penuhi segala keperluan dia dengan sempurna. Melihat keadaan Jannah yang terpaksa bergantung pada ihsan orang, Jannah tak sanggup untuk terus meraih simpati. Jannah bukan sesiapa untuk terus bergantung harap pada mereka. Lagipun, Chempaka adalah tanggungjawab abang juga. Jadi, salahkah Jannah lepaskan hak itu kepada abang?

Jannah percaya, satu hari nanti pasti Jannah akan berjumpa juga dengan Chempaka. Pasti! Sejauh manapun, dia dibawa pergi, satu yang ibu lupa. Hingga matipun, nama Jannahlah yang akan mengiringi Chempaka. Mungkin didunia ini ibu berjaya pisahkan Jannah dengan dia, tapi 'di sana' nanti kami akan bersatu juga. Ibu lupa tentang kuasa Allah."

Aku ambil nafas. Terasa tersekat kerana tersedu-sedu menahan tangis.

"Bila abang datang dengan semua tuduhan itu, percayalah, rasa pedih tu makin perit. Ada sebab kenapa Jannah tidak mahu bercerita. Jannah tak mahu terus membuka aib sesiapa. Payah untuk Jannah membuang rasa dendam yang sudah bersarang sekian lama. Susah untuk Jannah lupakan semua kenangan pahit itu. Abang tahu tak betapa seksanya untuk menghulurkan kemaafan? Demi ayah dan umi, Jannah cuba menjadi seorang pemaaf walaupun sukar. Jannah pujuk hati sendiri. Jannah cuba walaupun sakit. Tak pernah siapapun tahu. Tak pernah siapapun ambil peduli. Malah abang datang dan menuding jari pada Jannah cakap Jannah seorang mama yang tak bertanggungjawab? Sanggup menyerahkan anak sendiri untuk dibelai oleh orang lain? Mungkin dunia ni dah terbalik agaknya?

Nasib ada kak Sham yang membantu. Nasib ada bonda sekeluarga yang menghulurkan simpati walaupun Jannah ni bukan siapa-siapa. Dan, gambar yang keluarga abang gunakan di mahkamah untuk mengatakan Jannah ini nusyuz adalah suami kak Yati. Orang yang bertanggungjawab mengazan dan mengiqamat Chempaka saat dia mula bernafas didunia ini. Faham?!

Dan sekarang, abang bentangkan semua salah Jannah. Abang senaraikan semua sekali seolah-olah Jannah ini seorang mama yang teruk. Dan mereka semua itu sangat mulia? Pernah tak untuk satu waktu abang berfikir, semua yang terjadi ni, abang puncanya?"

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now