"Jannah kemana selama ini?"
Soalan pertama dari abang long. Seperti yang ku duga. Jawapanku? Hanya senyuman.
"Bertahun abang long cari tapi Jannah menghilang tanpa jejak. Abang long gunakan semua medium yang ada tapi Jannah seolah-olah tak pernah wujud. Tak dapat dikesan langsung sampaikan abang long naik pelik. Pernah untuk abang long berputus asa saja."
"Pelik? Apa yang peliknya?"
"Takkan Jannah tak ada mana-mana akaun dimedia sosial? Facebook? Instagram? Twitter? Atau yang seangkatannya? Takkan Jannah ni kolot sangat."
"Betul. Jannah tak pernah ada semua tu. Tapi tak bermakna Jannah tak tahu pasal semua tu. Jannah taklah sekolot tu. Cuma Jannah masih lagi berspektif, hidup Jannah tak perlu dikongsi dengan sesiapapun. Tak perlu menjaja setiap apa yang Jannah ada, apa yang Jannah buat pada semua orang. Lebih-lebih dengan orang yang Jannah tak kenal. Jannah perlukan ruang yang ekslusif untuk hidup Jannah. Jannah tak tahu dengan siapa Jannah akan berkongsi maklumat. Jannah tak tahu apa niat orang. Jadi, untuk mengelakkan sesuatu terjadi, Jannah elakkan semua tu. Jannah tak perlu bergantung dengan media sosial untuk dapatkan maklumat. Jannah ada cara lain untuk dapatkan apa-apa maklumat yang Jannah mahu. Jannah ada cara lain untuk tentukan hidup Jannah."
"Are you kidding me?"
"Nope."
"Seriously?"
"Yes."
"Pada Jannah, itu semua bukan penentu segalanya. Kadang biar ada yang tersembunyi dari menemui sesuatu yang akan menyakiti kita semula."
Aku nampak abang long terangguk-angguk.
"Kak Balqis ada minta tolong kawannya di Imigresen. Dan..."
"Dan? Abang long tahulah dimana Jannah selama ni?"
"Selepas Indonesia, kemana Jannah menghilang diri sampai terus hilang jejak? Dah macam agen CIA. Tukar identity terus."
"Ada saja. Merata Jannah pergi. Terpaksa, dipaksa dan lebih kepada mengubati hati sendiri."
"Kenapa Jannah tak balik jumpa umi dan ayah? Paling tidakpun hubungilah abang long atau kak Balqis. Atau sesiapa saja. Maklumat dihujung jari saja. Mahu dan tidak saja Jannah."
"Jannah malu."
"Malu? Kenapa pulak? Umi pengsan bila makcik Jamilah hulurkan surat cerai Jannah dan Uzair. Kami semua terkejut. Bila umi tanya dimana Jannah, mereka jawab tak tahu. Dan, yang lebih menjadi tandatanya bila mereka beritahu yang Jannah bercerai secara tebus talak. Did you paid some amount the get divorce?" Soal abang long. Aku terkejut.
"Salah tu."
"Jadi?"
Aku pilih membisu.
Biarpun kelukaan itu yang menjadi hadiah pada bahagia yang tidak kesampaian, dia tetap ada tempat yang istimewa dalam hati.
"Umi dan ayah ada dimana, abang long?" soalku cuba mengelak dari terus membicarakan topik ini. Bukan untuk mengelak tapi aku masih perlukan masa untuk bercerita.
Terdengar keluhan dari bibirnya. Aku tahu dia dapat meneka. Aku ini adiknya. Pasti dia sudah masak dengan tingkahku. Seketika dia menggeleng kepalanya.
"Ada dirumah kak Balqis. Sebelum ini, umi dan ayah tinggal dengan abang long. Tapi, sejak kak Dhija bersalin, umi minta abang long hantar ke rumah kak Balqis sebab kak Dhija nak berpantang di Melaka."
"Owh... Jadi, umi dan ayah ada di Putrajaya?"
"Macam mana Jannah boleh dapat nombor abang long?"
"Dari Wan Yong."
"Jannah balik kampung? Bila?"
"Kelmarin."
"Dah berapa lama Jannah ada disini?"
"Tak sampai seminggu."
"Balik kesana pula?" soal abang long seakan tahu dari mana aku pulang. Frasa 'kesana' itu sengaja dikeraskan nadanya.
"Tak pasti. Sampai Jannah jumpa umi dan ayah. Lepas tu Jannah buat keputusan."
"Abang long mahu selepas ni, apa jua keputusan yang Jannah ambil, bincang dulu. Jangan sesuka hati ambil keputusan sendiri. Abang long tak desak Jannah untuk bercerita bukan bermakna abang long terlupa. Cuma abang long mahu Jannah jumpa umi dan ayah dulu. Lepas tu, abang long mahu tahu semuanya. Masih banyak yang tergantung. Faham tu?" Tegas suara abang long kali ini.
Aku hanya anggukkan kepala. Aku tahu abang long bukan marah cuma kecewa bila aku masih mahu bermain tarik tali dengannya.
Aku pasti akan bercerita. Untuk sekali ini aku akan membuka kembali lembaran duka yang masih mencengkam dasar hati. Walau diiringi dengan tangisan, aku tahu, aku tidak lagi keseorangan seperti masa dulu.