10

31 4 3
                                    


Perit. Teramat sangat. Itu yang dapat aku rasakan tatkala mata cuba kubuka. Sakit menyucuk membuatkan aku memejamkannya kembali. Namun hanya untuk seketika.

Bila akalku sudah mula dapat berfikir dengan waras, aku terus membuka mata dan memerhati keadaan sekeliling. Dimana aku?

Aku cuba bangun. Akibat dari gerakan yang mengejut membuatkan ari-ariku terasa sakit semula.

"Allahuakhbar!" Aku mengerang dan menarik kakiku keatas dan bercamtum dengan dada. Mengerekot.

"Jannah dah sedar?" Soal satu suara membuatkan aku mendongak dan menoleh kesisi.

Ramai rupanya ada didalam bilik ini. Kak Sham dan Bonda sekeluarga. Masing-masing berwajah gusar. Kak Sham duduk dibirai katil dan mengusap-usap belakangku.

"Masih sakit ke, Jannah?" soalnya. Aku mengangguk.

"Akak seorang saja? Chempaka mana? Dada Jannah pun sakit ni. Mungkin dia nak menyusu." Ujarku perlahan. Dadaku juga terasa sakit. Terasa juga ada cecair yang keluar membasahi baju hospital yang sedang tersarung.

Aku nampak wajah kak Sham bertambah mendung. Tambah bingung bila airmata kak Sham merembes laju. Dimana Chempaka? Apa yang terjadi?

"Kak, mana Chempaka? Kenapa dia tak ada disini?" Melilau mataku memerhati keadaan sekeliling. Namun bayang Chempaka tidak kelihatan.

"Sabar Jannah." Bonda pula datang menghampiri kami berdua dan duduk dikiriku. Tangannya menggenggam erat jemariku sama seperti yang kak Sham lakukan. Pelik.

"Sabar? Kenapa Bonda? Ada sesuatu yang terjadi pada anak Jannah ke? Chempaka dimana?? Kak Sham?" Soalku. Panik.

Pertanyaanku mula menular pada mereka yang berada didalam bilik ini. Ku pandang dengan pandangan yang penuh prasangka.

Apa yang sebenarnya yang terjadi?

"Sabar Jannah. Biar Bonda ceritakan." Pujuk Bonda bila melihat aku tidak keruan. Mungkin melihat aku keterlupaan tentang apa yang sudah terjadi. Lalu, Bonda mula menyusun kata.

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now