47- Part 2 (unedited)

17 2 0
                                    

"Jannah... balik cepat. Umi....." Itu saja yang sempat aku dengar sebelum talian terputus semula. Aku pandang wajah Ezah yang duduk dihadapanku dengan soalan.

"Kak Balqis minta aku pulang segera." Itu saja yang aku sempat beritahu pada Ezah sebelum aku berlari laju mengambil tas tangan dan terus menuju tempat parkir.

Allahuakhbar... Allahuakhbar...Allahuakhbar...... Mulutku terus terkumat kami melafazkan zikir Allah. Kata umi, kalau kita dalam keadaan kelam kabut, puji kebesaran Allah, insya Allah kita akan tenang semula kerana Dia ada menemani kita sepanjang perjalanan.

Aku pecut keretaku selaju yang mungkin. Hatiku mula resah. Akal mula memikirkan yang tidak-tidak. Ya, aku tahu umi tidak sihat pagi tadi. Selepas solat subuh, dia hanya mahu baring di dalam bilik saja. Susu suamnya pun aku bawa hingga ke dalam bilik. Sakit sangat kepala, katanya.

Aku pergi kerestoran juga kerana kak Balqis bercuti hari ini. Jadi, umi tidak keseorangan dirumah. Jika kak Balqis dan abang Amar tiada, aku akan menemani umi dirumah. Tapi, apa sebenarnya yang terjadi?

Sampai di hadapan rumah, aku lihat sebuah ambulan sedang menanti. Terukkah sakit umi? Aku terus mematikan enjin kereta dan berlarian masuk. Beberapa tetangga sudah membanjiri rumah kak Balqis.

Ketika memberi salam, mata mereka berkalih pandang ke arah ku. Tapi, susuk tubuh kak Balqis entah ke mana.

"Masuklah ke dalam." Pinta salah seorang jiran kak Balqis. Entahkan siapa namanya. Aku hanya menggangguk sebagai balasan.

"Kak Balqis...." Panggilku sebaik saja aku menjenguk untuk melihat apa yang terjadi. Aku lihat dua orang paramedik sedang duduk dan melakukan sesuatu pada umi yang masih terbaring di atas katil.

"Jannah...umi........." ujar kak Balqis dalam tangisan.

"Umi?" Mataku segera beralih memandang pada umi yang masih diberi bantuan kecemasan. Rupanya mereka cuba mengejutkan umi dari lena. Ya, Allah!

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now