47- Part 3 (unedited)

15 2 0
                                    


Assalam.. abang, umi sudah tiada. Perginya bersama satu hasrat dan Jannah mahu tunaikan hasratnya yang terakhir. Boleh tak kiranya abang membawa Chempaka kemari? Walaupun sudah terpisah jasad, tapi roh umi masih ada disini. Cukuplah andainya dia dapat melihat Chempaka walau dalam dunia yang berlainan. Jannah berharap sangat. Ini alamat rumah kak Balqis.

Doaku hanya satu agar hajat umi tertunai sebelum dia aku kirimkan kepusaranya.

Aku, kak Balqis, Kak Hanis, Kak Dhija, kak Nafeesa sambil dibantu beberapa orang yang arif mula mengurusi umi. Kami mahu menunaikan tanggungjawab kami pada umi. Untuk terakhit kalinya. Selama ini umi yang mengurusi kami tanpa lelah. Apakah kami tega membiarkan umi diurusi oleh orang lain?

Sabar dan tabah. Itulah yang abang long pesan pada kami adik-beradik. Perpisahan itu pasti. Laksana ayah sedang memberi nasihat pada anaknya. Lagak abang long saling tak tumpah persis ayah. Bagaikan satu jelmaan.

'Umi, kuatkah Jannah untuk terus bernafas tanpa umi di sisi?' bisikku perlahan. Air mata yang masih menitis ini aku sapu perlahan. Genggaman tangan kak Balqis dan kak Hanis semakin erat.

Dalam asyik mengalunkan surah Yasin, kak Dhija datang memberitahu abang Uzair datang menziarah bersama Amani dan Chempaka. Mata terus berlari memandang ke arah pintu. Tiga susuk tubuh yang kini sedang melangkah masuk menghampiri umi yang terbujur kaku di tengah rumah.

Aku dapat rasakan kekeliruan yang ada dalam jiwa anakku. Pasti dia tertanya-tanya mengapa dia di sini. Apakah hubungan dia dengan wanita yang layak bergelar nenek padanya. Aku tahan air mata sambil melangkah mendekatinya.

Aku peluk erat tubuh itu setelah beberapa ketika kami tidak bertemu. Bukan tidak merindu tapi memikirkan dia akan berperang dengan peperiksaannya, aku pendamkan semua kerinduan itu.

"Cium nenek, sayang." Arah abang Uzair perlahan. Dakapan kami terlerai. Dia terus memandang pada papanya. Tapi, abang Uzair terus meminta dia mencium wajah umi.

'Alhamdulillah. Umi, hajat umi sudah Jannah tunaikan. Moga umi tenang dalam persemadian. Maaf kerana tidak dapat menunaikan impian umi, bernikah dengan Ethan. Jannah mohon ampun, umi.'

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now