49 - Part 1 (unedited)

19 2 0
                                    

"Jannah, Uzair datang. Dia nak jumpa Jannah." Terkejut. Itulah reaksi pertamaku setelah abang chik mengkhabarkannya.

Aku segera mengelap tanganku dan melangkah pantas menuju ke pintu utama. 'Apa mahunya?' bisikku sendiri. Tak pula dia SMS atau menelefon seperti selalu andai dia mahu ke sini. Aku jadi pelik.

"Assalamualaikum..." ucapku padanya yang membelakangiku. Dia berpaling. Pandangan kami bertautan. Riaknya semakin sukar untukku telah.

Salamku dijawabnya perlahan. Dia seakan resah sahaja. "Ada hal penting ke, bang?" soalku. Dia mengangguk.

"Marilah ke dalam." Pelawaku.

"Kita diluar saja, Jannah. Macam ramai saja di dalam tu." Tolaknya seakan tidak selesa.

"Ya, ramai. Keluarga bonda baru datang menziarah." Dia terangguk. "Kita duduk di sana saja." Ujarku padanya. Kami melangkah pada kerusi yang ada dihalaman rumah kak Balqis ini.

"Mengapa, bang. Abang macam ada masalah saja?" soalku. Apakah dia mahu kami terus membicarakan soal hati dan cinta? Oh, aku pula yang kegelisahan. Aku tidak mahu terus berada dalam keadaan begini. Aku bimbang semakin sukar mengawal perasaan sementelahan aku masih lagi berduka.

"Jannah......."

"Ya...."

"Ada perkara yang ingin abang beritahu." Dadaku semakin berdebar. Aku ramas jemariku kuat-kuat. Aku hanya mampu menunduk.

"Ada seseorang yang nak berjumpa dengan Jannah." Kepalaku mendongak dengan spontan.

"Jumpa dengan Jannah? Siapa?" soalku kekagetan. Peluh dingin mula membasahi tubuhku.

"Assalamualaikum...untie." Laju aku berpaling.

"Waalaikumsalam." Jawabku lambat-lambat. Kaget. Aku terus bangun dari tempat dudukku dan berdiri mengadap dia. "Chempaka?" soalku. Aku berpaling semula pada abang Uzair yang masih kaku membatu. Mengalih pula pandangan pada Chempaka yang masih berdiri dihadapanku dengan seribu satu soalan yang berlegar. Wajah mereka berdua cukup menceritakan bahawa ada sesuatu yang sudah terjadi.

"Ibu mana?" soalku pada Chempaka.

"Assalamualaikum... Jannah." Aku terdengar suara memberi salam dari belakang Chempaka. Aku menjawab salamnya.

Apa sebenarnya yang terjadi? Aku pelik dengan kedatangan mereka bertiga ke sini. Aku pasti mereka bukan mahu menziarahiku. Pasti ada sesuatu yang terjadi sehingga mengheret mereka semua kemari.

"Apa yang terjadi, Amani?" soalku pada Amani pula. Kalau abang Uzair dan Chempaka masih mahu terus membisu, biarkan saja Amani yang bercerita.

"Jannah.... Maafkan aku." Terketar-ketar Amani bersuara.

"Maaf?" soalku pelik.

"Betul ke sebenarnya untie ni mama saya?" soalan dari Chempaka benar-benar membuatkan tubuhku hampir melurut ketanah. Longlai.


Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now