Cukuplah. Sampai bila aku mahu terus menyiksa diri? Bukan ini yang aku cari. Kembalinya aku ke sini untuk mencari yang hakiki. Dan dia sudah aku temui. Lalu, mengapa aku terus hanyut dilautan yang tak bertepi? Bahagia itu tidak akan datang sendiri tapi perlu aku cari.
"Jangan nak siksa diri sendiri. Tak makan, tak minum. Kalau sakit siapa yang susah?" tegur kak Balqis dari belakang. Aku menoleh dan melihat dia berjalan kearahku yang menyendiri dilaman ini.
Aku menarik nafas panjang. Nampaknya kejadian tadi tidak terkesan dihatinya.
"Maafkan Jannah, kak. Jannah tak sepatutnya cakap macam tu tadi."
"Tak mengapa, Jannah. Walaupun akak tahu apa yang sebenarnya terjadi, ceritalah, Jannah. Jangan pendam sendiri." Lembut suara kak Balqis memampan telinga. Sayu diwajahnya masih terlukis sedangkan aku memandang tanpa perasaan. "Cakaplah. Jannah tahukan akak sentiasa ada dengan Jannah." Dia masih begitu. Memujuk aku dengan kelembutannya.
"Entahlah, kak."
"Kenapa? Cuba ceritakan pada akak."
"Jannah terserempak dengan abang Uzair."
"Dimana?"
"Disekolah Chempaka."
"Bila? Semalam?"
"Ya."
"Dan, sebab itulah Jannah tak balik semalam?"
"Ya."
"Ya Allah! Kenapa Jannah buat macam tu? Apa yang Jannah fikirkan?"
"Lepas kami berjumpa semalam, Jannah rasa hilang arah. Jannah rasa macam tak tahu apa yang harus Jannah buat."
"Jannah masih mengharap?"
"Maksud akak?"
"Yalah, mengharapkan pada Uzair semula."
"Tidak. Itu tak mungkin terjadi. Cuma, bila abang Uzair tanya bertubi-tubi, Jannah tak tahu nak mula dari mana? Jannah jadi keliru. Jannah tak mampu nak kawal diri. Jannah rasa marah dan kecewa. Bila dia kata nak jumpa Jannah lagi dan berbincang, Jannah jadi pelik. Bukankah dia yang harus datang pada Jannah dengan jawapan? Bukankah dia yang harus menjawab semua soalan-soalan tu?
Jannah pernah hidup dengan dia. Dia cinta pertama Jannah. Hingga saat ini Jannah sukar untuk terima insan lain. Dia seolah-olah dah mengunci hati Jannah ni rapat-rapat. Payah untuk Jannah buang dia walaupun derita itu hadiahnya. Bodohkan Jannah ni, kak?" Sendu itu mampir lagi. Tapi aku cuba untuk ketawa menutup pilu yang berlagu.
"Tak ada orang yang bodoh dalam bercinta, Jannah. Itulah namanya kehidupan. Anugerah Allah. Perasaan tu suci." Suara kak Balqis kedengaran perlahan. Memujuk.
"Isthikarah, Jannah. Minta yang terbaik. Insya Allah, Allah itu Maha penyayang. Dia suka kalau hambaNya selalu mengadu pada Dia. Itu tanda kita tak pernah lupa pada Dia. Fikirlah, ujian dan dugaan yang Jannah terima ini sentiasa mendekatkan Jannah dengan Dia. Bukan semua dari kita berpeluang begini. Orang yang selalu terima ujian dan dugaan itu, sentiasa dalam perkenan Allah. Dia tak nak Jannah tersasar. Cuba bayangkan kalau kita tak ditimpa musibah. Apakah dahi ini terus mencium sejadah, sujud pada Dia?" Aku terpempan.
"Kak, Jannah tak mahu keadaan menjadi semakin rumit. Pulangnya Jannah kesini nak menyambung kembali silaturahim yang terputus. Bukan nak bermusuh dengan sesiapa."
"Jadi, apa rancangan Jannah?"
"Entahlah. Jannah tak tahu nak buat apa. Buntu."
"Call saja Uzair. Duduk berbincang. Kalau dia tanya, jawablah semua soalan dia dengan jujur. Tak ada sebab untuk Jannah sembunyikan apa-apapun. Anggaplah dia mahukan kebenaran dan semuanya itu ada pada Jannah." Saran kak Balqis.
Mungkin.
Berkali-kali aku pusingkan Iphone ditangan. Antara mahu dan tidak. Antara kuat dan lemah semangat. Akhirnya...
"Assalamualaikum... abang. Jannah ni." Salamku bersambut. Perlahan saja. "Maaf mengganggu. Sebenarnya Jannah nak minta izin abang. Boleh Jannah berjumpa dengan Chempaka?"
Untung sambut timbul. Walaupun ini bukanlah tujuan utama aku hubungi dia. Secara spontan, permintaan ini yang aku utarakan. Naluri seorang mama, barangkali.
"Kita kena duduk berbincang dulu sebelum Jannah berjumpa dengan Chempaka." Jawapan abang Uzair bagaikan batu yang menghempap.
"Sekejappun jadilah." Ujarku penuh pengharapan.
"Jannah... jangan begini. Urusan kita masih belum selesai."
"Kita boleh selesaikan kemudian. Please..."
Aku terdengar dia menghembus nafas berat.
"Baik, abang setuju. Dengan syarat kita bertiga."
"Bertiga?" soalku,
"Abang, Jannah dan Chempaka."
"Abang..." Aku pula yang serba salah. Bila mata lain memandang, boleh tersalah tafsir. Lagipun, Chempaka tida pernah tahu kewujudan aku dan bagaimana untuk kami membuka ruang perkenalan?
"Please, bang. Jangan rumitkan keadaan."
"Jannah yang merumitkan semuanya!" Nada suaranya kedengaran keras.
"Tak mengapalah, bang. Jannah faham."
Mengalah. Biarlah. Sedikit masa saja lagi. Biar aku lunaskan dulu mana yang masih tertangguh.
"Jangan begini, Jannah. Bukan itu yang abang harapkan sebagai jawapan. Jannah tahu tapi Jannah terus mengelak."
Jeda.
"Baiklah. Abang izinkan. Tunggu saja abang di Nu'in, Bangi. Nanti abang datang kesana." Dia mengalah.
Terus talian diputuskan dan aku memandang telefon tidak percaya.
"Umi..." jeritku memanggil umi dari dalam bilik. Aku terus berlari keluar dan mendapatkan umi dan ayah yang sedang bersarapan didapur.
"Kenapa ni, Jannah?"
"Ya Allah, syukur. Abang Uzair izikan Jannah dengan Chempaka."
"Eh, dia tak ke sekolah?"
"Umi... hari ni hari Sabtu. Cuti."
"Ya Allah! Tengok, dah tua-tua ni haripun umi dah lupa. Jadi, Jannah nak pergi?"
Aku mengangguk. Peluang yang takkan aku lepaskan.
"Syukur, Allah makbulkan doa Jannah. Abang Uzair minta Jannah datang Bangi."
"Dengan isterinya sekali?"
"Tak tahulah. Jannah tak pasti."
Teruja! Tiada yang lain bermain dalam kepala. Hanya dia. Anakku, Chempaka Khairina.