Assalamualaikum... First of All, saya nak cakap yang ni story pertama saya. Permulaan cerita memang tiber... Tapi insyaallah bab seterusnya akan improved... I Hope you can support this story... And I hope this story suite your taste...Feel free to reading... Thank you! ❤
.
.
.
.
.
.Pen biru yang digunakan aku untuk menulis puisi terhenti tiba-tiba. Fikiran ku melayang entah ke mana. Tingkap kaca yang putih berkilat itu aku pandang seperti mahu tembus ke rumah jiran.
Aku meraup muka. Buku yang terbuka aku pandang. Mood aku untuk menulis sudah hilang.
"Tak boleh macam ni, kau kena lawan malas kau tu sera. Haih syaitan ni pun, lempang karang." keluh ku, kepala aku letakkan ke atas meja kerjaku.
Buku yang aku tulis sebentar tadi aku tutup lalu aku simpan ke dalam laci. Gaya macam penting sangat, tapi hanyalah contengan aku sahaja.
"Sera, where are you baby?"
Kalau panggil aku baby ni seorang saja, siapa lagi kalau bukan cik Mellinda Ravious. Jangan anggap aku lesbian pula, aku masih kuat iman di dada. Cewah!
"Ha nak apa? Kau ni tak ada kerja lain ke mell? Dua puluh empat jam nak melekat dengan aku." soal aku bila melihat kelibat mell yang cantik dengan dress ungunya itu.
"Halah baby, Leo tak ada. Tu I cari you." Tergeleng aku dengar jawapan dia, mana pulak si Leo ni. Tadi ada saja, ikut daddy la tu.
"Jom teman I pergi mall." pujuk mell dengan senyuman manisnya, aku yang dengar meremang bulu roma. Nak teman kan boleh saja, tapi kalau dah 3 jam dalam mall tu. Baik aku tidur saja dekat rumah.
"Boleh, tapi 1 jam je. Deal?" Kening ku angkat sebelah, menandakan aku tengah serius.
"Satu jam setengah?" mell bertanya pula, seperti mahu tawar menawar dengan aku.
"Boleh la jom, sekarang ke?" Soal aku semula. Aku nampak mell macam sudah bersiap.
"You pergi la tukar baju dulu." aku menilik outfit aku hari ni, hanya t shirt lengan panjang dan jean. Buruk sangat ke?
"Yelah kejap." badan Mell aku tolak keluar dari bilik lalu aku kunci bilik aku.
"What? are you out of your mind Rossera Arylyn?" aku hanya ketawa apabila mendengar jeritan nyaring mell. Dah dia taknak keluar, aku tolak la. Apa susah?
Suasana di mall hari ini agak tenang tidak seperti setiap kali aku datang ke sini. Disebabkan aku juga seorang yang introvert. Keadaan sekarang membuatkan aku lebih gembira dan rasa sedikit selesa.
"Kau nak pergi mana dulu ni?" Soal aku kepada mell di sebelah. Hampir sepuluh minit juga kami tiba, tak nampak pula mell mahu masuk ke mana-mana kedai.
" Cari baju." aku hanya mengangguk paham. Malas pula mahu bertanya baju yang beli minggu lepas dah pakai ke belum. Kang tak pasal-pasal femes dekat sini bila mell sudah mula menjerit.
Aku menarik nafas lega apabila mell menapak masuk ke dalam sebuah butik pakaian. Tak perlulah aku berlama-lama di dalam Mall.
"Kau pergi la cari, aku tunggu sini." Kata ku lalu melabuhkan punggung di salah satu bangku yang disediakan. Aku lebih rela tunggu dia dekat sini daripada masuk sekali denganya. Nanti tak pasal aku ditanya baju mana satu yang lawa.
"Ni okay tak baby?" seperti yang dijangkakan. Walaupun aku tak masuk. Dengan gigihnya dia tanya kepada aku yang berada di luar.
Hish mell ni, tak payah la panggil baby dekat sini. Kang orang cop lesbian, parah betul dapat sepupu macam ni.
YOU ARE READING
Miss Rossera
RomanceRossera Arylyn atau nama italinya Rossera Ravious. Seorang gadis yang dingin dan juga introvert. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang dikenalinya sebagai lambang keganasan. Hatinya berharap sesuatu, berjumpa dengan seseorang yang telah mencuri...