BAB 2

378 43 2
                                    

Selepas sahaja pulang daripada mall, daddy kata nak cakap something. Hati ku agak berdebar, takut benda yang aku tak inginkan berlaku.

"I want tree of you study at london, for new semester." Terbeliak mata aku mendengar kata kata daddy itu, jangan katakan aku. Mell sampai terbangun lah dari duduk, kalau aku dah tak relax. Mell lagi lah triple.

"What? Are you serious daddy?" Terkejut bukan kepalang apabila daddy memberitahu yang aku akan berlajar di London, dan kenapa mesti London? Boleh saja berlajar dekat italy macam biasa.

"Daddy nak anak daddy berlajar dengan tenang."

Tenang? Kalau aku, mell ngan Leo. Pergi saja la mana mana, kalau tetap keluarga Ravious. Tetap tak selamat, keluhku.

Sapa sahaja tak kenal keluarga Ravious, keluarga mafia yang terpegaruh di italy. Dan Aku, dah tentu kena tempiasnya. Disebabkan apa? Sebab nama italy ku Rossera Ravious. Kalau tembak menembak dah sebati dalam hidupku. Percayalah, si bimbo mell tu. Kalau jumpa musuh, kalah fighter. Aku masih ingat lagi waktu aku kecil, tak ada sorang pin yang nak kawan ngan aku. Mula tu aku pelik, tapi bila dah semakin besar. Baru aku tahu kenapa mell dan Leo sahaja yang berkawan dengan ku.

"Hmm baiklah daddy." Akhirnya aku mengalah, mungkin ini yang terbaik. Mana tahu?

"Are you okay sera?"

Dalam diam aku menahan sebak, mujurlah ada mell dan Leo. Kalau tak, tak tahu la apa jadi. Mummy dan abang dekat malaysia, daddy dekat italy. Dan aku akan belajar di London.

"Sometimes it remind me live was cruel, you doesn't want it. But it come to you slowly." Kataku tanpa memandang mell dan Leo yang bersebelahan dengan ku.

"Okay listen here baby, you have me and Leo. If you have anything to share, just let us know. It's doesn't burden us. Okay?"

"Thank you." Badan mell ku tarik dalam pelukan. Melepaskan semua perasaan yang terpendam di hati.

"I want it too." Berasap telinga aku bila dengar Leo cakap macam tu, sempat ku menghadiahkanya jelingan maut. Sebelum Leo sengih seperti kerang busuk.

"Okay let cheers, going to mall? Picnic? Anything?" Haila mell masa macam ni kau ajak pergi picnic, nak pengsan aku dengar.

"Aku nak tidur, korang pergi lah mana mana. Aku tak ada mood."

"But, okay. Let's go mell."

"But baby, jom la makan aiskrim." Haih ni yang paling aku malas, mell ni kalau dah tayang muka simpati dia. Sekali dengan aku mengalah.

"Ye la jom." Belum sempat aku nak bangun, mell dengan terujanya tarik aku. Sabar Rossera.

"Jom makan dekat taman." Aku hanya mengganguk, bagus juga idea dia tu. Hati terasa sejuk sedikit.

"You jangan la sedih baby, mana tahu nanti jumpa lelaki yang handsome handsome." Aku hanya menjulingkan mata ke atas, tahu dah niat dia. Playgirl mell will comeback, stay tuned. Sekadar iklan, tiber sudah.

"British tak handsome." Selamba aku balas, tapi betul apa? Aku tak minat sangat lelaki berkulit putih, entah la kenapa. Maybe aku Italian, kang cari British. Jadi tahi cicak pula.

"You semua tak handsome, tak tahu la lelaki mana yang akan dapat hati you tu." Tersengih aku, bukan high taste. Tapi aku tak tahu la, walaupun yang handsome datang. Tapi tak berminat. Maybe dah ada orang yang curi hati aku.

"Dah la cepat makan, aku nak masuk bilik. Penat la." Sumpah tak tipu aku penat, harini mental dan fizikal sama sama penat.

"Ye la, you ni jangan la halau kitaorang." Tergelak aku, bukan menghalau mell. Haih.

"Bukan halau lah, just penat nak masuk bilik. Kalau korang berdua nak duduk sini, duduk lah."

"Tak apa lah, I nak pergi date." Mamat mana la pulak kali ni.

"Okay la kitaorang balik dulu, bye." Kata leo lalu bangun, aku pun dengan bagusnya tolong hantar sampai ke pintu.

"Bye baby, see you soon."

"Bye." Tangan melambai ke arah mereka, dah macam pakwe dan makwe dah dua orang tu. Melekat ja memanjang.

Kaki diatur masuk ke bilik, lampu dibuka sebab dah mula senja. Nak buat apa ni? Rasa macam nak menulis. Buku dicapai lalu ke meja berlajar.

"Hmm nak buat apa eh?" Soal ku sendiri, pencil diketuk ketuk ke dagu.

"Being someone loved can't be something special if you can't make his yours." Tersenyum aku melihat ayat itu,  my new quotes.

"Mengantuk lah pula." Buku di tutup, dengan senang hatinya aku hempas badan ke atas katil. Nikmat dia lain macam. Mata di tutup, merehatkan minda sekejap.

Mata yang dipejam ku buka kembali, kenapa tak boleh tidor pula ni? Call mummy lah.

"Hello mummy, mummy sihat? Abang sihat ke mummy?" Prihatin semestinya.

"Alhamdulilah sihat, puteri mummy macam mana. Daddy sihat tak?"

"Alhamdulilah Sera dengan daddy pun sihat, rindu mummy." Luah ku manja lalu terbayang wajah mummy yang manis bertudung.

"Rindu Sera juga, Sera jangan merajuk dengan daddy okay. Pasal berlajar di London."

"Hmm baiklah mummy, tapi kenapa tak berlajar dekat sini ja mummy?" Walaupon tahu jawapannya tapi aku ingin bertanya juga.

"Sera tahu kan kenapa, tak apa nanti mummy dan abang melawat Sera okay?"

"Baiklah, okay la mummy. Mesti mummy mengantuk, bye mummy. Good night, sweet dreams, Ti amo."

"You too sweety, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Telepon pintar ku letak di atas meja kecil bersebelahan dengan ku, lalu menutup mata semula.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now