BAB 58

110 3 0
                                    

Hari berganti hari, sedar tidak sedar hari ini merupakan hari bahagia mell dan Lucas. Perasaan aku bercampur baur, sedih dan gembira. Tetapi apabila melihat riak wajah mell yang sangat gembira membuatkan aku juga berasa sangat gembira. Sepupu yang paling aku sayang akhirnya sudah menjadi isteri orang.

"You look so pretty mell." puji aku semasa mell sedang bersiap. Tudung berwarna krim menutupi rambut coklat panjangnya. Sungguh cantik.

"Thank you baby." Balas mell dengan senyuman manisnya.

"Tak sangka kan kita berdua dah berkahwin. Cepat je masa berlalu." kata aku dengan senyuman hambar.

Sungguh sedih apabila mengingati masa kecil kami bersama, aku tiada kawan. Hanya kawan yang aku ada adalah mell seorang. Kemana-mana hanya kami berdua. Dia sedih aku pun turut sedih. Dia gembira aku pun aku turut gembira.

"Baby you ni. Jangan nak buat ayat sedih tau. Nanti habis make up I rosak nanti." marah mell manja. Aku hanya gelak.

"Hai." tegur Raisya yang cantik berkebaya. Kemanalah budak ni pergi, sekarang baru timbul. Dating agaknya.

"Ha kau pergi mana dari tadi aku cari tak jumpa." kata aku sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di tepi ku.

"Hehe jangan la marah awok. Kita pergi dating sekejap."

"Sempat eh kau." dia hanya gelak. Betul tekaan aku, kalau menghilang tu dating la maksudnya. Kalau boleh setiap hari nak dating.

"Mell dah siap ke?" soal Mummy yang tiba tiba muncul bersama grandma.

"Dah aunty." balas mell.

"Cantiknya mell." puji Mummy, mell hanya senyum malu.

"Kalau dah siap jom lah kita turun." Ajak Mummy lembut.



Selepas kami turun, pihak lelaki sedang menunggu mell di depan dewan. Lucas segak dengan kot putihnya. Iyan dan Leo jugak tidak kurang kacak dengan berbaju melayu hitam.

"Kau tak payah angau sangat, tengok depan tu. Jatuh tergolek kang baru tahu." tegur aku kepada Raisya yang tidak berkelip mata melihat leo.

"Aduh kau ni kacau line lah. Aku baru nak menghayati ciptaan allah." balas Raisya dengan senyuman gatalnya.

Aku hanya mengeleng kepala dengan telatah Raisya yang sungguh gatal itu. Gatalnya tidak bertempat.

"Hai sayang." tegur Leo kepada Raisya. Raisya pula tersenyum manis sampai ke telinga.

"Werk!"

"Sayang okay tak ni?" soal iyan cemas. Lengan aku dipegangnya erat. Risau sungguh suami aku ni.

"Nak termuntah. Ada orang tu buat sweet." kata aku selamba. Muka Leo sudah berkerut seperti terlelan cicak.

"Sayang ni terkejut abang. Ingatkan kenapa tadi." marah iyan. Pipi aku dicubitnya geram. Kesian pipi aku yang tidak bersalah.

"Kau ni sera terkejut aku." marah Leo.

"Tak la yang kau tu sweet tak bertempat kenapa." kata aku selamba.

"Biarlah diaorang sayang, tengah dilamun cinta." Usik iyan pula. Muka Raisya sudah merah padam.

"Jom lah abang kita pergi sana, tinggalkan lovebirds ni." Ajak aku lalu menarik tangan iyan meninggal Leo dan Raisya.

"You looking so gorgoues today sayang." puji iyan dengan senyuman manisnya.

"You looking so handsome and hot too abang." puji aku pula.

"Yang tu abang tahu dah." kata iyan dengan senyuman bangganya. Serta merta aku mencebik.

"Angkat bakul sendiri." kata aku geram.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now