BAB 43

82 3 0
                                    

Seperti biasa setiap pagi aku bagun awal semata mata hendak jogging. Kali ini berbeza sedikit kerana aku keseorangan. Aku malas kacau mell yang sedang lena tidur. Dia pun mesti letih kebelakangan ini.

"Sera nak pergi mana?" soal grandma yang baru keluar dari dapur, di tangannya ada satu biji mangkuk. Mungkin sarapan.

"Pergi jogging."

"Duduk makan sarapan dulu." ajak grandma. Aku jadi serba salah. Kalau aku sarapan nanti aku tak pergi jogging. Gila nak pergi jogging selepas perut dah kenyang.

Aku menarik kerusi berdepan dengan grandma duduk. Kepala memandang sekeliling. Mana semua orang? Takkan Leo tak bangun lagi? Grandpa?

"Leo mana grandma?" sejak aku balik sini. Aku tak nampak lagi susuk tubuh tegap kepunyaan sepupu lelaki aku itu. Pergi mana agaknya.

"Dia pergi German ada hal." jawab grandma.

German? Jauh betul dia pergi. Ada hal apa? Grandpa ada suruh dia kerja kot. Selalunya Grandpa memang selalu suruh Leo untuk menjalankan tugas memandangkan dia lelaki. Aku dan mell dikecualikan kerana kami perempuan.

"Good morning." sapa Grandpa dengan senyuman manis. Aku membalas senyuman.

"Good morning too Grandpa." kepala aku digosok Grandpa. Aku dan mell memang manja dengan Grandpa. Sewaktu kecil apa yang kami minta, semua Grandpa tunaikan. Tidak kurangnya Leo.

"Grandpa dah jumpa tentang jessica."

"So macam mana?" soal aku laju. Aku memang tak boleh sabar hendak berjumpa dengannya.

"Petang nanti kamu jumpa dia dekat office."

Aku angguk paham.


Selepas siap sarapan, aku pergi ke bilik greymie. Sudah lama aku tidak main dengannya.

"Hey greymie!" tegurku. Kucing kelabu itu hanya memandang aku lama. Mungkin pelik agaknya.

"Do you forget me huh?" tanganku mengosok badannya yang lembut itu.

"Meow!" kepalanya mengesel di kaki aku.

"You are so cute." aku mencium mukanya bertalu talu. Nasib juga mood dia elok hari ni. Kalau tak mahu bercalar muka aku kena cakar dengannya.

"Baby!"

"Baby!"

"Where are you?" dapat ku dengar suara mell yang terjerit jerit panggil aku. Awal pula dia bangun hari ni. Selalunya jam menginjak pukul 11 baru muncul.

"Dekat sini." aku juga menjerit. Disebabkan aku berada di belakang rumah, kena juga la aku jerit kuat kuat. Nanti tak dengar pula budak tu.

"Awal pula kau bangun." kata ku. Dia hanya sengih.

"Grandpa ada cerita dekat I yang petang nanti kita jumpa Jessica." dia mengambil tempat di tepiku.

"Yes." balasku bersahaja.

"You rasa dia bersalah tak?"

"Tak tahu nak cakap. Sebab kita tak ada bukti pun. Tunggu je la petang nanti."

"Kau dengan Lucas macam mana? Ok ke?" soal aku. Dah lama rasanya aku tak tanya berita tentang hubungan mereka. Mell juga jarang berkongsi dengan aku sekarang. Mungkin sebab aku dah kahwin. Dia malas ganggu aku.

"Ok je, He Sweet talker." mell senyum manis.

"Glad to hear that. And I'm Happy for you."

"Thank you. Ok lah I tak nak kacau you. I nak pergi makan."

Miss RosseraWhere stories live. Discover now