BAB 37

110 4 0
                                    

Baju yang terakhir aku ambil lalu ku masukkan ke dalam bagasi, minyak wangi yang berselerak di atas tilam bersebelahan aku dimasukkan ke dalam beg sandang.

Aku pandang sekeliling, check lagi sekali kalau ada baju yang belum aku simpan. Selepas aku rasa semua dah siap, aku ambil tudung yang sudah gosok.

"Crushie dah siap ke?"

"Kejap." tudung yang senget aku betulkan lagi sekali, sempat juga aku berpusing beberapa kali di hadapan cermin. Selepas yakin dengan penampilan aku, aku pusing menghadap iyan yang sibuk dengan telefon bimbitnya.

"Okey tak?" soal aku.

"Cantik, abang suka tengok sayang tambah dah berhijab ni." aku senyum, terima kasih kepada dia juga. Sebab sudah nasihat aku.

Aku kini lebih suka memakai dress ataupun skirt labuh, jarang aku nak pakai seluar jean sekarang. Kasar pun dah tak macam dulu, sekarang ni hati aku lembut betul. Kalah mell dengan aku sekarang.

Mungkin juga sebab iyan, aku jadi lebih manja dari selalu. Aku banyak berbual dengannya, kadang dia pening dengan perangai aku yang suka soal dia macam macam.

"Raisya kau nak balik Malaysia bila?" soal aku sebaik sahaja melihat kelibat dia dan mell di taman, mungkin menunggu aku turun.

"Lagi tiga hari kot, mell suruh teman dia." aku angguk, bagus juga dia duduk lama sikit. Tak ada nanti ada budak tu bosan sorang sorang.

"Nak dating dengan Leo ke?"

"Kau ni, aku tumbuk karang." aku menjelir lidah, nak tumbuk orang konon. Nanti tak pasal ada yang menangis.

"Kitaorang pergi dulu." pamit iyan, aku bersalam dengan Mummy dan daddy.

Mell dan Raisya apa lagi, pelakon Akasia pun boleh kalah dengan diaorang berdua. Peluk aku macam tak nak lepas, macam la nanti aku tak balik sini. Kalau Rindu sangat boleh aje pergi jumpa aku dekat Malaysia, apa susah.


Keadaan di lapangan terbang Rome agak lenggang, tak dipenuhi banjiran orang. Mungkin juga sebab sekarang bukan musim cuti, itu yang tak banyak manusia dekat sini. Aku lega juga sebab tak ramai orang, tak ada lah bersesak.

Baru saja di atas kapal tak sampai satu jam pun, aku sudah mulai bosan. Iyan di sebelah aku pandang, sedang kyusyuk menghadap laptop, ada kerja mungkin. Beberapa hari juga dia tak masuk office, mesti kerja pun sudah bertimbun.

Televisyen kecil yang disediakan kepada semua para penumpang bisnes class aku tekan, aku mengeluh hampa. Tak ada cita yang menarik perhatian, ada yang best. Tapi aku dah tengok.

"Bosan ke sayang?" soal rayyan tanpa pandang aku, matanya masih memandang skrin laptop.

Aku angguk.

"Sayang tidur la, ataupun main game ke?"

Masalahnya aku mana ada game nak main, sebab aku bukan pengemar game. Kalau ada pun, tak sampai seminggu aku unistall balik.

"Game tak best."

"Sayang tidur abang tepuk." bahunya ditepuk, menyuruh aku tidur di situ. Perlahan lahan aku meletakkan kepada ke atas bahunya.

"Tak ape ke? Kalau abang tak selesa saya bangun." Kesian pula dekat dia, macam kacau dia nak buat kerja je.

"Tak ape, abang taip guna satu tangan je. Lagi satu boleh tepuk sayang. Kalau ada anak nanti tak cukup la tangan abang." iyan ketawa apabila aku mencubit bahunya, geram je aku. Nasib sayang.

"Tidur sayang, lama lagi nak sampai."

Perlahan lahan aku menutup mata, berharap sangat bila nanti aku dah bangun dah sampai. Paling tak pun lagi sejam atau dua jam lagi nak sampai. Bosan betul dalam ni lama sangat.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now