BAB 40

109 5 0
                                    

Seawal pagi lagi aku sudah bangun untuk mengemas, iyan masih tidur. Saja aku tak gerak dia, nampak macam letih sangat. Kejap lagi kena drive pula.

Baju yang sudah dibasuh aku lipat, banyak juga baju. Rasanya baru duduk dua hari, baju mengalahkan duduk seminggu. Rajin bertukar begini lagi jadinya.

Selepas siap mengemas, aku pergi ke dapur. Cadang nak masak sarapan, tapi Opah lagi cepat dari aku.

Mee goreng yang sudah dimasak dimasukkan ke dalam bekas, semerbak bau. Terus lapar perut aku jadinya. Kalau Opah yang masak, makanan apa je yang tak sedap.

Teko yang berisi kopi panas itu aku tuang ke dalam cawan, mee goreng juga aku masukkan ke dalam pinggan.

"Sera pergi panggil iyan kejap." Opah mengangguk.

Pintu bilik aku buka, terjengul kepala aku melihat ke dalam. Mencari iyan untuk sarapan. Tapi tak ada pun dia. Terjengket juga aku mahu melihat ke dalam. Yes struggle is real.

"Terjenguk apa sayang, masuk la." Tegur iyan, aku sengih malu. Macam Kantoi usya orang. Padahal usya suami sendiri.

"Opah panggil makan." 

Selepas meluahkan perintah, aku pergi ke dapur semula. Perut pun sudah berkompang sakan, baik isi perut dulu.

"Hampa nak pi bercuti mana?" soal Opah ketika kami sedang bersarapan, aku dan iyan dipandang silih berganti. Mencari jawapan.

"Langkawi." balas iyan, aku angguk. Bergaduh juga kami nak pilih destinasi yang sesuai, iyan nak pergi pantai. Aku pula nak Shopping. Jadi Langkawi destinasi yang sesuai untuk Shopping, dan juga ada pantai.

"Pergi sana hati hati sama." Pesan tokwan

Aku angguk paham.

Air laut yang biru itu sangat mengasyikkan pandangan, cuaca juga tidak panas. Telefon yang sedia di tangan aku bukak, aplikasi camera aku tekan.

Gambar rayyan disebelah pula aku ambil, selepas aku rasa sudah banyak aku ambil gambar air laut. Walaupun Candid, iyan tetap menyerlah dengan ketampanan dia.

"Abang Jom selfie."

Pelbagai posing kami buat, Belaga pipi. Bentuk hati. Gambar Candid. Tunjuk laut.

"Nanti sampai kita pergi pantai boleh." minta Rayyan, aku angguk malas.

Teruja betul nak pergi pantai, tak boleh agaknya kalau pergi esok. Aku tak rasa pun istimewa sangat pantai. Tak ada yang boleh buat dekat sana.

Berbeza pula dengan iyan, mungkin dia rasa pantai tu istimewa untuk dia. Sedangkan sampai kerja pun dia atas laut. Cuma satu saja minat kami yang sama iaitu cruise ship.

"Cantik kan sayang." pinggang aku dirangkul iyan, aku meletakkan kepala di tepi bahunya.

"Cantik." Puji aku ikhlas.

"Kalau sayang nak tahu, setiap kali abang naik cruise ship. Abang akan teringatkan sayang." aku senyum, hati terasa berbunga dengar luahan dia.

"Kalau sayang jadi cruise ship abang nak jadi apa?" soalku, kepala mendongak melihat dia. Disebabkan dia tinggi, terpaksa aku mendongak.

"Abang jadi laut."

"Kenapa?" berkerut dahi aku. Kenapa banyak banyak benda dia nak jadi laut? Boleh saja jadi capten, paling koman pun anak kapal.

"Sebab sayang akan lalu dekat laut, walaupun abang sakit sebab sayang lalu atas abang. Tapi selagi sayang di atas laut, abang gembira." terharu aku.

"Tak sakit ke?"

Miss RosseraWhere stories live. Discover now