BAB 6

210 10 0
                                    

Tanpa sedar fikiran ku melayang mengingati lelaki tadi, kenapa perjumpaan kali pertama jadi begini? Kenapa aku berminat dengan dia? Sebab aura dia? Stress aku pikirkan balik. Tapi kenapa aku perlu pikir pasal dia? Dah la dia sudah punya kekasih.

"Baby."

"Baby." Tiba-tiba meja diketuk kuat, nasib tak bersilat aku. Bagus punya sepupu, kan dah dapat attention orang. Mell ni memang menaikkan darah.

"Kau ni dah kenapa mell? Yang pergi ketuk meja tu buat apa? Kan orang dah tengok." Marah aku, tangan dicekak di pinggang. Eh yang aku pun, paku dulang serpih betul.

"You tu la, I panggil boleh pulak berangan. Fikir apa?" La ya eh? Huhu, maaf la mell. Sepupu kau ni dah angau gamaknya.

"Ouh sorry la, tak perasan." Muka dibuat selamba, dengan perasaan tak bersalahnya aku minum air.

"Kau pikir pasal apa sampai berkhayal macam tu?" Tak kan nak cita kot, habis lah saham aku.

"Tak ada apa la, saja ja mengelamun." Jawapan paling selamat aku bagi, malas nak kecoh. Kang mell ni satu Italy dia cita, baik aku senyap.

"Ye la tu, macam lah kitaorang baru kenal kau semalam." Kata leo dengan muka menyampah, aku hanya tersengih. Tu je la aku boleh buat.

"Betul tak ada apa, eh malam ni jom kita layan drama nak tak? K drama?" Cepat cepat aku ubah topik, malas nak cakap pasal benda ni.

"Woah okay jugak, hmm true beauty nak? Best la cita tu." Best jugak, oh my god my suho dengan seojun.

"Boleh boleh jom." Dengan semangat sku senyum, menanda aku setuju dengan ideanya.

"K drama? Korea?" Soal leo dengan muka blur, payah betul mamat ni. Duduk gua agaknya, k drama pon tak tahu.

"Yes." Dengan serentak aku dan mell menjawab. Manakala leo hanya mengookan saja.

"Dah la jom balik, petang dah ni." Dengan berat hatinya aku menlangkah, setiap langkah bagaikan perit bagiku. Tiba saja jadi drama queen.

"Jom, you bungkus kan cheesecake baby." Aku hanya mengangguk, piring berisi cheesecake ku bawa ke dapur.

"Miss let us make it." Larang Jess apabila aku mahu menbukuskan kek, halah bungkus kek je. Bukan aku kemas toilet ke apa, no hal la.

"It's okay."

"Baby lambat lagi ke?"

"Kejap." Tergesa gesa aku meletakkan bungkusan ke dalam box, sempat juga aku melambaikan tangan kepada Lana.

Aku lebih rapat dengan Lana daripada Jess, mungkin sebab Lana dah lama berkerja di sini. Aku pun tak tahu.

"Esok kita pergi date nak?"

"Pergi mana?" Aku ingat mell tanya leo, aku buat tak tahu aje la. Tak pasal pasal lengan aku ditampa mell, kesian dia tak salah pun. Huhu.

"Mana-mana je, I bosan la." Eh aku ingat aku sorang saja yang rasa bosan sekarang ni, dia pun sama juga. Ka bosan sedunia ni?

"Hmm kapal?" Lamanya aku tak naik kapal, rindu la pula.

"Kapal lagi? Benda lain la."

"Alaa mell boleh la, dah Lama dah tak naik." Pujuk ku, kasihani lah sepupu kau ni mell.

"Ye la, leo?" Terus aku peluk mell, ni makin sayang ni.

"Aku okay ja."

"Love you too leo." Dengan senyuman Aku ucapkan kepadanya.

"Sorry my love for someone else." Hampeh punya leo, tak pe la.

"Malas kawan kau." Dengan gaya merajuk aku kata kepada leo.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now