BAB 53

114 4 0
                                    

"Sayang."

"Sayang bangun dah subuh." Terasa pipi kiri aku ditampar lembut oleh iyan. Sedaya upaya aku membuka mata yang aku rasa sangat berat pagi ini.

"Mengantuklah abang." Ujar aku sebelum menarik semula selimut menutupi muka.

"Jangan macam tu sayang, solat subuh kejap aje. Nanti sayang tido balik okey?" iyan menarik selimut semula.

"Ye la ustaz." kata aku membaur sindiran, iyan aku lihat hanya mengeleng kepala.


"Mummy datang hari ni kan?" soal iyan tatkala aku sedang melipat sejadah yang digunakan sebentar tadi.

"Ye, nanti saya pergi ambik Mummy tau."

"Okey, hati-hati sayang. Kenapa tak ajak mell sekali?" soal iyan pelik.

"Dia nak keluar dengan Lucas, malaslah kacau dia."

Iyan hanya angguk.

"Abang balik lambat tak hari ni?" soal aku pula.

"Tak pasti lagi, nanti abang inform sayang."

Selepas menghantar iyan sampai ke garaj kereta, aku masuk ke dalam bilik semula. Mahu mengosok baju dan tudung. Mummy akan sampai dalam pukul 10:00 pagi nanti. Sekarang dah nak dekat pukul 8:00 pagi. Sengaja aku mahu mengosok awal, takut kalau tudung tak jadi kejap lagi mahu hilang terus mood happy aku.

Sedang kyusuk aku mengosok baju, tiba-tiba telefon bimbit yang terletak elok di atas katil berbunyi.

Siapa pula yang call aku pagi-pagi ni? Takkan mell? Jarang minah tu nak call aku pagi macam ni.

Nombor yang tidak dikenali.

"Hello." sapa ku terlebih dahulu.

"Hello, anyone there?" kata aku lagi sekali apabila orang yang telefon sebentar tadi masih diam.

"Siapa pula yang buat april fool pagi-pagi ni? Tak ada kerja ka apa?" bebel aku seorang diri.

Dup dap dup dap.

Kenapa jantung aku tetiba berdegup laju sangat ni? Tak ada pula tadi aku maraton masuk dalam kereta sampai laju macam ni.

"Wahai jantungku yang baik lagikan sopan, janganlah buat tuan mu takut macam ni." tangan kanan aku gosok dada perlahan.

"Kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena akan jadi ni? Sama macam waktu mell kena culik dulu."

"Think positif sera, insyaallah tak ada apa apa." aku tarik nafas dalam dalam sebelum aku tiup perlahan. Mencari kekuatan untuk memandu.

Ting!

Tanpa melenggahkan masa aku terus capai telefon bimbitku yang berada di depiku.

"Shit!" kata aku geram, stereng kereta aku pukul beberapa kali kerana geram.

"Apa yang kau nak?" tanpa salam, terus aku soal Alisya sebaik sahaja dia mengangkat panggilan.

"Bagus you ni. Cepat buat kerja."

"Kau nak aku puji kau balik? Cepat kau culik Mummy aku!" kata aku sedikit kuat.

"Relax Baby, everything can settle." nada suaranya membuatkan amarah aku makin meningkat.

"Aku tak ada masa nak layan perempuan macam kau." hamburku geram.

"Auch! sakit hati I. Kalau you nak jumpa sangat Mummy you. You datang gundang yang you pernah datang dulu. And sorang diri, you jangan anggap I bodoh sera."

"Kau jangan apa-apa kan Mummy aku, dia tak ada kena mengena dengan masalah aku." pesan aku.

"Okay Baby."




Miss RosseraWhere stories live. Discover now