BAB 39

83 3 0
                                    

"Mak jang ada habaq kat opah yang hampa nak pi bercuti, hampa nak pi bila?" soal opah.

"Esok opah."

Lengan baju yang agak panjang aku lipat ke siku, aku kalau masak memang akan lipat baju. Kadang panjang sangat nanti tak selesa nak masak.

Awal pagi lagi opah mengajak aku buat kek, terkejut juga aku pagi tadi bila opah beritahu aku.

Jarang opah nak buat kek, itu la yang pelik bila opah Ajak aku buat kek. Kek coklat pula tu, lagi bertambah kemusykilan aku. Untuk siapa kek yang opah nak buat ni? Kalau saja saja buat, aku rasa tak teruja macam ni.

Bahan bahan untuk buat kek pun sudah siap di atas meja masa aku menjegah dapur tadi.

"Opah nak buat kek untuk sapa?"

"Untuk anak cik yam, petang ni depa nak buat hari jadi. Lepas kenduri. Opah ada cita hang pandai buat kek, sebab tu depa tempah kat hang."

"Oh, kalau macam tu Sera sedekah aje. Nanti Opah bagitahu Makcik yam."

Sebab tu rupanya, patut la Beria sungguh Opah suruh aku bangun awal pagi. Baik awal siap awal Opah kata. Lagipun kejap lagi nak pergi kenduri. Tak sempat pula nak buat nanti.

Bertungkus lumus aku dan opah menyiapkan adunan kek, kalau buat berdua lagi cepat. Kalau aku buat sorang diri tadi, tak akan siap lagi sekarang.

Adunan kek yang sudah siap itu aku masukkan ke dalam loyang, butang masa dan kepanasan aku pulas dengan kesesuaian kek itu.

"Hang pi la bersiap dulu, yang lebih ni opah kemaih."

"Tak apa ke opah." soal aku serba salah, banyak jugak mangkuk dan bekas yang digunakan tadi. Kesian opah nak kena basuh.

"Tak pa aih."

Ruang tamu aku tuju mencari iyan, suka betul hilang Mamat ni. Pergi mana agaknya, tokwan ada je dekat parking depan rumah. Tak ada pula kelibat dia dekat situ.

"Hang cari iyan ka?" soal tokwan, aku angguk.

"Dia pi jumpa kawan, satgi dia balik la tu."

Kawan? Sejak bila dia ada kawan dekat sini? Tak pernah cerita dekat aku pun. Kalau ada pun, jamil dengan rafieq aje yang dia kenal.

Sedang aku ralik mengosok baju, tiba tiba pintu berkuak. Aku hanya menyambung mengosok, sudah tahu siapa yang buka pintu. Baju yang sudah siap aku gosok aku sangkut, baju Melayu iyan pula aku ambil.

"Tokwan kata sayang cari abang kenapa?"

"Tak ada apa." malas pula aku nak bertanya kawan yang mana satu dia jumpa.

"Abang pergi jumpa jamil dengan rafieq, saja pergi jumpa diaorang."

Serta merta kepala aku pusing memandang dia yang sungguh selamba baring, satu tanganya menongkat kepala.

"Lain kali abang cerita la dekat saya, kalau jadi apa apa macam mana? Abang tu bukan familiar pun dekat sini." bebel ku.

"Sayang, abang ni lelaki. Lagipun abang ada pertahanan diri."

Aku menjulingkan mata ke atas, senang je dia cakap. Kalau jadi apa apa macam mana?

"Lepas ni abang janji kalau abang pergi mana abang cerita sayang ok."

"Ye la."

Semasa kami tiba di kenduri tadi, khemah dibanjiri dengan manusia. Empat buah khemah pun tak cukup. Tetamu masih ramai yang datang, nasih kami sampai awal tadi. Kalau tak, tak ada tempat duduk.

Kami sudah menjamu selera tapi opah suruh tunggu dulu sebab nak tengok pengantin, aku pun bersetuju.

Rojak buah yang diambil opah tadi aku capai, satu potong timun aku masukkan ke dalam mulut. Sedap juga. Kuah rojak pun tak pedas, hanya nice. Buah mangga awal awal lagi aku bagi opah, sebab memang aku tak suka mangga.

Menu kedua pula aku capai iaitu laksa, aku Bukan pengemar laksa. Kalau makan kadang kadang okey je. Tapi kena dengan kuah juga. Kalau kuah tu tak kena dengan cita rasa aku memang aku Kasi orang sebelah, selalunya Raisya. Sebab dia tu hantu laksa.

Tapi kuah laksa ni sedap, pekat dan tak rasa ikan sangat. Aku suka.

"Opah nak rasa?" soal ku kepada Opah yang kyusyuk melihat tetamu, Opah geleng.

"Pengantin dah mai." riuh Makcik berbaju kurung hijau itu bercerita, tergelak aku melihat telatahnya. Kelam kabut mencari Makcik yam, sehingga hampir terlanggar tong air. Nasib dia sempat Break.

"Hang ni kalut sungguh la piah." tegur opah, Makcik itu hanya sengih sebelum menghampiri aku dan opah.

"Nak wat lagumana, memang sedia kalut."

"Ni ka cucu hang? Cantik sungguh."

"Terima kasih." kata ku sekadar berbahasa, takut dianggap sombong pula.

"Ha tak pa aku nak pi dulu, tu kiah panggil dah." aku membuang pandangan ke arah Makcik yang dimaksudkan oleh Makcik piah. Seorang makcik memanggilnya ke dia yang sedang mengangkat bakul.

"Opah tak nak balik lagi ke?" soal ku, disebabkan badan aku sudah letih dan tersangatlah mengah. Aku rasa macam nak balik ke rumah.

"Awad Hang tak larat dah ka?" aku angguk, mata pun dah layu. Kalau jumpa bantal ni tidur lena aku.

"Tak pa Sera balik sorang ha." nampak gaya Opah macam tak nak balik lagi, tengah seronok berbual dengan beberapa orang makcik.

Aku boleh saja panggil iyan, tapi kelibat dia pun tak nampak. Nak cari pun malas, dengan ramai orang ni. Lagi la malas nak masuk dalam khemah.

Kau kena lari je Sera, rumah tokwan bukan jauh sangat. Sekarang ni siang lagi, kau nak takut apa.

"Hai princess." tegur seorang lelaki, aku hanya diam lalu menerus kan perjalanan tanpa endah dengan dia.

"Sombong, macam Granpa kau." langkah aku terhenti, siapa lelaki ni. Kenapa dia kenal Granpa aku.

"Kenapa kau terkejut aku kenal Granpa kau." lagi sekali dia berkata tetapi kali ni didepan aku, bibirnya ternaik sikit. Sinis!

"Jadinya kau orang yang sama, hidup lagi." kata ku selamba, tangan naik memeluk tubuh.

"Haha, kau masih ingat aku." tangannya cuba memegang wajah aku, tapi ditepis laju oleh aku.

"Selagi kau tak mati."

"Auch! Terasa sampai ke sini." tangannya menunjukkan ke arah jantung, memberitahu yang kata kata aku tadi memberi kesan kepada dia.

"Apa kau nak sebenarnya?" soal aku kasar, orang macam ni tak boleh berlembut.

"Aku nak kau cerai dengan dia." tergelak aku mendengar jawapan dia, dia ingat aku kahwin untuk cerai?

"Kenapa aku perlu ikut cakap kau?"

"Kalau kau tak ikut cakap aku, kau tunggu nasib kau. Yang penting hidup kau tak akan bahagia."

"Selagi aku dengan dia, aku akan bahagia." tanpa membuang masa, aku terus angkat kaki meninggalkan lelaki itu.

Tangan yang sibuk menaip tiba tiba berhenti, fikiran aku melayang mengingati kata kata lelaki tadi. Apa yang dimaksudkannya? Macam mana dia boleh kenal aku? Pasal Grandpa pula, macam mana dia boleh kenal Grandpa sedangkan dia duduk sini. Walaupun Grandpa terkenal di Itali, aku tak rasa orang Malaysia pun kenal dia.

Pasal hubungan aku dengan iyan, kenapa dia suruh kami bercerai. Apa maksud dia? Siapakah lelaki itu sebenarnya? Aku rasa dia mesti ada kaitan juga dengan musuh Grandpa, ataupun iyan.

"Sayang okay tak? Abang tengok tak tulis apa pun, fikir apa?" soal iyan, terus hilang hayalan aku tadi.

"Okay." balasku.

"Serius ni? Kalau ada apa apa share dengan abang." Komputer ribanya ditutup, tumpuannya kini seratus peratus kehadap aku.

"Saya okay, ngantuk. Nak tidur." laptop aku tutup lalu letak di atas meja berhampiran katil, selimut aku Tarik menutup separuh tubuh.

Aku mendengar iyan mengeluh, aku rasa bersalah sebab dah buat dia susah hati. Tapi aku tak boleh bagi tahu dia, dia tak boleh tahu pasal ni. Aku tak nak dia risau.











Maaf kalau ada kekurangan. Happy reading!❤

Miss RosseraWhere stories live. Discover now