BAB 57

112 4 0
                                    

Bunga bungaan yang berterabur di atas karpet itu aku kutip, ni mesti Mell punya angkara. Punya sibuk nak buat gubahan, habis berselerak ruang tamu atas.

"Raisya, Mell mana?" soalku kepada Raisya yang sibuk mengikat reben di kotak gudis.

Disebabkan aku tengah mengandung sekarang, grandma dan grandpa memang melarang aku dari membuat kerja. Sampaikan nak tolong Mell buat gubahan pun tak boleh. Akhirnya aku hanya menjadi penonton.

"Dapur rasanya, tadi dia mengadu lapar." balas Raisya tanpa memandang aku.

"Kau kalau tak larat tak payah tolong sera, nanti badan sakit." pesan Raisya.

"Raisya aku baru keluar dari bilik, tak buat kerja lagi pun. Aku okay. Boleh aje buat kerja. Bukan berat pun. Setakat ikat reben tu sikit je." balas aku. Aku masih punya tenaga untuk menolong. Kadang terasa juga lenguh-lenguh dekat badan, tetapi sekejap saja.

"Kau tengok aje la, pastu makan." cadang Raisya lalu sengih, aku menjelingnya.

"Tak nak aku, nanti aku gemuk macam mana? " balas aku sedikit geram. Suka hati dia aje suruh orang makan banyak-banyak.

"Kau gemuk pun mesti iyan sayang." kata Raisya dengan senyuman mengusik.

"Si kitten kau tu pergi mana? Dari tadi aku tak nampak batang hidung." soalku lagi. Sejak aku terperap dalam bilik, aku jarang jumpa si Leo. Rindu pula dekat dia.

"Keluar dengan laki kau aku rasa." Raisya serkap jarang. Aku hanya angguk.

"Nah." Tiba-tiba satu piring kecil dan segelas susu diletakkan di depan aku, nasib tak bersilat aku yang membuyung ni.

"Kau ni terkejut tahu tak mell." marah aku, mell hanya sengih tak bersalah. Nasib aku tengah mengandung sekarang, kalau tak mahu mengaduh kesakitan si mell.

"Hehe baby Sorry la." 

"Ye la."

"Banyak lagi ke yang tak siap?" soalku ingin tahu. Kalau tak silap dah beberapa hari mereka buat gubahan, tak akan tak siap lagi. Lagipun hampir separuh persiapan kahwin, Grandpa tempah aje. Buat gubahan ni pun mell yang nak buat, kalau tidak mahu semua Grandpa tempah.

"Hampir 95% dah siap, tinggal sikit aje ni." balas mell lalu mengambil tempat di tepi Raisya.

"Kalau cam tu meh la aku tolong." pelawaku.

"No need." balas Raisya dan Mell serentak. Tersentak aku. Air mata aku sudah bergelenang di tubir. Biasalah ibu-ibu mengandung, emosi tak stabil.

"Eh sera, kitaorang bukan marah kau. Kitaorang cuma taknak kau sakit nanti." pujuk Raisya lembut.

"Betul tu baby, sorry tau kalau buat you terasa." kata Mell pula.

"Hmm." Hanya itu sahaja balasan aku.

"Okay kita buat sama-sama nak?" ajak Raisya.

Aku angguk.

Hampir sejam kami bertungkus lumus menyiapkan gubahan, akhirnya siap juga. Majlis persepsi Mell akan berlangsung pada hari Sabtu ini, iaitu lusa.

"Kenapa aku rasa macam sedih eh bila kita semua dah nak kahwin." kata aku sedikit sebak, tak sangka kami sudah tua. Aku dah nak jadi Mak orang, Mell dan Raisya bakal jadi isteri orang. Dari dulu kami rapat, alhamdulillah sampai sekarang.

"Baby you jangan la buat ayat sedih." balas mell lalu datang memelukku.

"Tah kau ni." Raisya juga datang memelukku.

"Aku cuma sedih." Luahku.

"Kitaorang pun sedih juga." balas Raisya, Mell hanya mengangguk.

"Ehem." tersentak kami tiba-tiba ada orang datang menegur.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now