BAB 36

123 6 0
                                    

Baju yang sudah terletak elok aku pandang buat kali terakhir sebelum menlangkah keluar dari bilik. Tudung yang dibelit rapi aku betulkan sedikit, nampaknya makin Terror aku pakai tudung. Bangga juga aku tadi lepas siap mengenakan tudung satin berwarna gold itu.

"Dah siap crushie?" soal iyan yang segak mengenakan kot hitam.

Aku angguk.

"Jom." jari jemari aku digenggam erat oleh iyan, perlahan lahan kami turun ke bawah.

Senyuman manis aku hadiahkan kepada tetamu yang datang hari ini, lebih banyak dari semalam. Kesemua lelaki mengenakan texudo ataupun berkot, perempuan pula lebih Anggun dengan pelbagai jenis dress.

"Congratulations sera." sapa Raisya yang baru datang, badan aku dipeluknya erat. Aku membalas pelukkanya, juga erat. Sampai juga dia akhirnya ke sini.

"Thank you Raisya, aku ingat kau tak datang tadi. Kalau betul kau tak datang, wedding kau nanti aku tak nak pergi." Usikku, berpura pura serius dengan kata kata aku.

"Ala kau ni, Sorry la. Jangan la cam ni weh." aku pandang muka kesian raisya itu sebelum sengih, tak pasal pasal lengan aku dicuit dia. Sakit tahu?

"Sakit la Raisya." marah aku, lengan kiri aku gosok. Sakit betul ketam Minah ni. Tak potong kuku ke apa?

"Tahu pun, loyar buruk la lagi."

"Ok la aku nak pergi makan dulu, lapar la." kata Raisya seraya mengosok perut kempisnya, aku angguk.

"Abang lapar tak?" soal aku, iyan di sebelah aku pandang.

"Lapar juga, sayang?" aku angguk, aku memang lapar dari tadi. Tetapi disebabkan tak ada masa untuk makan, sebab tu aku gagah juga.

Sememangnya Granpa ada membuat dewan makan untuk kami, cuma tadi iyan mengajak aku menyambut tetamu terlebih dahulu. Aku pun tanpa banyak soal, hanya mengikutnya. Sekarang ni dua dua rasa lapar.

"Let me be Waitres today." kata mell dengan senyuman, pinggan berisi lauk pauk dibawanya ke arah kami.

"Thank you mell." mell hanya senyum manis.

Bagi sesi bergambar pula, Aidan lebih dahulu mengoffer dirinya untuk menjadi photographer kami. Disebabkan iyan sememangnya rapat dengan Aidan, akhirnya iyan hanya mengalah dan membiarkan Aidan menjadi photographer kami.

Iyan menglingkarkan tangan kekarnya ke pinggan aku, aku pula menyandarkan kepala ke dada silingnya.

Raisya dan mell sudah tidak senang duduk dari tadi, ada saja siulan mengusik dari mereka. Aku hanya menahan geram, tunggu la diaorang kahwin nanti aku nak buat apa.

Alhamdulillah majlis hari ini berjaya lancar, cuaca juga baik hari ini. Tak terlalu panas, tak juga hujan. Bersyukur aku kerana tak hujan, kalau hujan tadi rosak majlis kami.

Majlis kami dibuat di luar bangunan, aku yang mintak begitu. Nampak lebih menarik dengan suasana rumah agam Grandpa yang dipenuhi taman bunga dan pokok. Padang disini juga sangat luas, lebih selesa untuk paru tetamu yang hadir.

"Sera dengan iyan pergi la masuk rehat dulu." suruh Mummy tatkala aku dan iyan masih berbual dengan mell dan Raisya.

"Ha betul tu, pergi la rehat. Korang jangan risau nanti aku dengan mell tahu la nak buat apa. Don't Worry, Just have fun." Kata Raisya dengan senyuman mengusik, rasa macam nak saja aku bagi penampar. Kuat betul kesabaran aku hari ni, selalu tak boleh nak kawal sangat. Mungkin hari ni hari bahagia aku, sebab tu mood pun okey je dari pagi tadi.


"Abang nak air ke? Saya nak buat." soal aku kepada Rayyan yang sedang menghadap telefon bimbitnya, khusyuk betul hadap phone. Tengok apa la agaknya.

"Tak pe abang tak dahaga."

Miss RosseraWhere stories live. Discover now