BAB 52

104 4 0
                                    

Seminggu kemudian, hubungan aku dan iyan bertambah baik. Iyan juga sudah memecat Alisya dari syarikatnya. Aku berasa sangat lega kerana hidup aku kembali seperti dahulu.

Mummy dan abang juga mahu datang ke sini esok. Makin bertambah gembira aku jadinya. Leo dan Raisya juga sekarang makin rapat. Aku dapat rasakan yang mereka berdua bercinta dalam diam.

Mungkin suatu hari nanti mereka berdua akan berkongsi tentang percintaan mereka. Aku dan mell juga tidak memaksa Raisya, hanya sesekali mengusik dia. Seronok juga apabila melihat wajah Raisya yang merah padam kerana malu.

"Apa yang senyum sorang-sorang tu sayang?" tegur iyan, dia mengambil tempat di sisi kanan aku.

"Tak ada apa. Saya cuma happy." balas aku dengan senyuman manis.

"Happy sebab apa ni?" iyan juga membuang pandangan kearah kebun bunga grandma.

"Sebab Leo dengan Raisya dah berbaik."

"Abang pun tumpang gembira dengan diaorang. Pandai Leo sorok perasaan dia selama ni. Sampai hati dia tak share dengan abang." wajah iyan sedikit masam, seperti merajuk dengan Leo.

"Itu la, Raisya pun tak ada share dengan saya." kata aku pula.

"Hello love Bird, sorry for bothering. Kitaorang nak pergi taman, nak ikut tak?" soal mell yang tiba-tiba muncul.

"Abang nak ikut tak?" soal aku.

"Abang okey je." balas iyan mudah.

"Nak!" balas ku.

Pemandangan rumput yang sangat indah aku pandang dengan teruja. Mell membawa kami ke satu pandang rumput yang sangat cantik.

Pada mulanya, aku ingat dekat sini tak ada orang. Rupa-rupanya banyak juga orang yang berkelah dekat sini.

"Cantik." puji Raisya. Aku mengangguk, bersetuju dengan pujiannya.

"Pandai kau pilih tempat mell." puji Leo pula.

"Well." balas mell bangga. Rambut panjangnya dikibas ke belakang.

Aku dan Raisya hanya menjulingkan mata ke atas. Menyampah!

Banyak juga makanan yang dibawa oleh mell tadi. Roti, coklat, kek cawan, muffin dan brownies. Semua makanan yang manis-manis belaka. Tercekit air liur aku apabila melihat satu persatu desert yang dikeluarkan oleh Raisya.

"Baby don't worry, I bring this to you." mell menyuakan satu bekas berwarna coklat kepada aku.

Aku membuka menutup bekas coklat itu perlahan-lahan, beberapa biji sandwich menghiasi pandangan aku sebaik saja aku membuka penutup bekas tersebut.

Lihat sahaja sandwich yang diberi oleh mell. Memori kami ketika di London aku ingati. Rindu pula sewaktu kami berada di sana. Aku selalu membuat sandwich kepada mereka berdua.

Di London juga aku dan iyan bertemu kembali. Aku masih ingat waktu itu dengan kereknya layanan iyan kepada aku. Aku juga agak benci dengannya dulu, kerana perangainya yang kerek itu.

"Rindu London kan baby?" soalan mell itu membuatkan aku kembali ke alam nyata, terbang terus ingatkan aku tadi.

Aku angguk.

"I pun rindu juga." perlahan saja suara mell.

"Nanti kita pergi je apa susah?" Kata Leo selamba, aku dan mell menjelingnya.

Lelaki memang tak pernah ada perasaan trowback ke apa? Tak akan tak rindu langsung dengan kenangan sewaktu di sana.

Selepas menjamu selera, kami mula berpecah mengikut pasangan. Aku dan iyan pergi ke satu tempat yang agak luas.

"Sayang rindu London ke?" soal iyan sebaik saja kami melabuhkan punggung di situ.

"Ha ah." balas ku.

"Abang pun." aku kembali memandang wajahnya.

"Abang rindu waktu kita jumpa buat kali kedua. Sayang sombong dengan abang waktu tu." Kata iyan, aku dijelingnya.

Aku cuma sengih.

"Abang yang kerek dengan sayang. Perasan handsome pula tu. Paling saya geram mulut tu laser gila. Macam nak cili kan je." Bebel ku.

"Mana boleh cakap sweet selagi belum jadi hak abang." balas iyan pula.

"Macam tu pun boleh?" soal aku pelik.

"Abang akan sweet dengan isteri abang je." Balas iyan lembut. 

Iyan betul. Perangainya berubah ketika dia sah menjadi suamiku. Sebelum kami berkahwin dia sentiasa cakap lepas dengan aku. Layanan dia juga agak kasar. Tetapi sangat berbeza sewaktu kami sudah kahwin, dia menjadi seorang yang romantik. Sangat sabar melayan kerenah aku yang kadang terlebih manja.

"Thank you abang." ucapku.

"Thank you too sayang." balas iyan, satu ciuman singgah di pipi kanan aku.

"Sayang." panggil iyan, aku menoleh ke arahnya sedikit.

"Kalau suatu hari nanti abang tak ada sayang sedih tak?" soal iyan tenang. Berbeza pula dengan jantung aku yang berdegup pantas sekarang ni.

"Kenapa abang tanya macam tu?" soal aku sedikit kuat.

"Setiap orang akan pergi sayang, sama ada cepat atau lambat." Aku pandang iyan lama. Sungguh aku tak mahu kehilangannya.

"Saya tak suka la abang cakap macam ni." marah aku. Aku memandang ke arah padang itu semula.

"Kalau suatu hari nanti jadi apa apa pada abang, abang harap abang dah jadi suami yang terbaik untuk sayang. Abang nak bagitahu yang abang sayang sangat dekat sayang. Lebih dari abang sayang diri abang sendiri. Sayang orang pertama yang abang cinta, dan abang harap yang terakhir."

Aku memeluk iyan selepas dia habis cakap. Kenapa iyan cakap macam ni? Ini bukan petanda yang dia nak tinggalkan aku kan?

"Sayang, Jom lah pergi dekat diaorang." ajak rayyan, lengan aku ditarik supaya berdiri.

"Kau okey tak ni Sera? Asal muka kau macam baru lepas menangis?" soal Raisya.

"Aku okey." balas aku sedikit hambar.

Sebaik sahaja aku keluar dari perut kereta, tiba-tiba kepala aku terasa sangat berat. Mata aku juga sedikit kabur.

"Sayang okey tak ni?" soal iyan yang terburu-buru kearah aku yang hampir terjatuh.

"Pening."

Tanpa banyak bicara iyan terus mendukung aku masuk ke dalam rumah, sebaik saja tiba di dalam bilik. Tubuh aku diletakkan perlahan-lahan di atas katil.

"Sayang nak penadol tak abang ambil?" soal iyan risau.

"Boleh juga." kepala yang sakit aku picit perlahan, lama juga aku tak sakit kepala. Sekarang datang tiba-tiba pula.

Penadol yang diberi iyan aku ambil lalu aku masukan ke dalam mulut. Air kosong pula aku ambil sebaik sahaja ubat masuk ke dalam trakea.

"Dah sayang tidur." arah iyan. Dia juga sudah baring dengan menongkatkan satu tangannya untuk menghadap aku.

Dapat aku rasakan iyan bermain dengan rambut ku. Sekejap dia gosok, lepastu dia serabut kan pula.

"Kalau macam ni mana boleh tidur." kata aku lalu mengangkat kepala melihat iyan yang tersenyum memandang aku.

"Sorry."

Aku memuncungkan mulut. Pura-pura merajuk dengannya. Padahal aku suka dia main rambut aku. Sengaja aku mahu mengusiknya.

"Alololo abang mintak maaf."

Iyan menukarkan posisi tubuhnya, wajahnya masih menghadap wajah aku. Perlahan-lahan tangannya menepuk pinggang aku seperti selalu, lama kelamaan mata aku semakin layu.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now