Suasa di pagi hari sungguh nyaman, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aku mengorak langkah keluar ke luar rumah, mahu mengambil angin.
"Bestnya." kata aku perlahan, lalu mendepakan tangan.
"Eh ada buah pelam la, sedapnya kalau cicah ni." kata aku seorang diri ketika terpandang pokok pelam opah yang sarat dengan buah. Buah dia pun besar-besar.
"Ni kalau aku tak mengandung ni aku panjat dah pokok." kata aku lagi lalu mendekati pokok pelam itu.
"Oit." sergah Raisya yang tiba-tiba datang.
"Kau buat apa depan pokok pelam ni?" soal Raisya pelik, pokok pelam dan aku dipandangnya bersilih ganti.
"Aku teringin nak makan buah pelam la." kata aku.
"Nak aku panjat ke?" soal Raisya lagi.
"Tak payah la, kau bukan pandai panjat pun." balas aku selamba.
"Eleh kau. Kau tak tahu lagi kehebatan aku." kata Raisya bangga.
"Ye la tu. Ni kau ada nampak iyan tak?" soal aku pula. Dari tadi tak nampak pun suami aku tu, entah hilang ke mana pun tak tahu.
"Rasanya dia keluar dengan Leo, cari barang kot." Raisya serkap jarang.
Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta menghampiri kami berdua lalu kelihatan iyan dan Leo keluar dari perut kereta.
"Buat apa ni sayang?" soal iyan.
"Nak panjat pokok." balas aku bersahaja.
"Panjat pokok?" soal iyan kuat. Nyaris terhambur ketawa aku, nasib aku cepat tahan.
"Tak ada lah, gurau aje la." kata aku.
"Sayang ni terkejut abang." iyan menarik nafas lega.
"Saya teringin nak makan buat pelam la, abang tolong jolokkan boleh." pinta aku. Muka dicomelkan sebaik mungkin. Meminta simpati dia.
"Ye la." balas iyan perlahan.
"Tak ikhlas la tu." kata aku lalu memuncungkan mulut.
"Ikhlas la sayang, kejap abang jolok." kata iyan, pipi aku dicubitnya.
Sementara menunggu iyan menjolok buah pelam, aku mengajak Raisya masuk ke dalam rumah untuk membuat kuah untuk dicicah nanti.
"Hampa buat apa dua orang kat dapuq ni?" soal opah yang baru masuk bersama grandma dan mummy dari pintu belakang yang menghubungkan laluan ke kebun opah.
"Nak buat cabai cicah." kata aku dengan sengihan.
"Kamu berdua nak cicah apa?" soal grandma pula.
"Buah pelam." balas aku lagi.
"Buah pelam?" soal grandma pelik.
"Buah mangga mummy." jelas mummy kepada grandma.
"Grandpa, daddy dengan tokwan mana opah?" soal aku pula. Tak ada pun kelibat tokwan, daddy dan grandma sewaktu aku keluar bilik tadi.
"Hang tak tau depa pi pekan tiga orang, kalut nak pi minum ayaq kopi kat kedai. Awad kat rumah tak sedap kot." bebel opah, aku hanya tarik sengih.
"Biaq la depa opah, bukan selalu." kata aku.
"Ni mell dengan Lucas mana?" soal Mummy pula.
"Tidur kot." aku serkap jarang.
"Amboi depa dua tu, petang-petang duk dalam bilik." kata opah.
"Opah, grandma dengan mummy jom la kita makan pelam." ajak aku.
"Tak pa la, kami baru sudah makan kuih ja tat sat." balas opah.
YOU ARE READING
Miss Rossera
RomanceRossera Arylyn atau nama italinya Rossera Ravious. Seorang gadis yang dingin dan juga introvert. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang dikenalinya sebagai lambang keganasan. Hatinya berharap sesuatu, berjumpa dengan seseorang yang telah mencuri...