BAB 29

90 7 0
                                    

Makanan yang siap aku masak aku masukkan ke dalam bekas perlahan lahan, pinggan yang siap aku cuci lalu aku susun di rak bersebelahan dengan singki. Bagus juga rumah ni tak jadi tokang pecah, kalau tidak mahu ada yang jadi Hulk tadi. Tarik nafas lega juga aku bila masuk dapur pagi tadi, kalau tak ada yang pengsan aku tadi.

"Omg baby, sedapnya bau. Rindu la masakan you." tegur Mell yang baru turun dengan baju pijama masih di badan, ni mesti tak bangun lagi.

"Kau tak mandi lagi?" soal aku sambil menceduk nasi goreng ke dalam pinggan.

"Hehe belum, kelas pukul 11 kan. Lambat lagi."

"Ye la, nah." pinggan berisi nasi aku beri kepadanya.

"Macam mana Holidays you seronok?"

"Kau rasa?"

"Raisya cita dekat I yang you balik kampung dengan rayyan." aku agak dah, mesti si Raisya tu cita dekat Mell. Bukan boleh nak simpan rahsia budak tu.

"Ha ah, tapi macam biasa ja. Kau punya Holiday macam mana?" roti sandwic kegemaran aku yang penuh dengan sos itu aku masukkan ke dalam mulut. Sedapnya. Walaupun aku yang buat, rasanya tidak sama kalau makan dekat tempat lain,kalau makan dekat sini lagi sedap dari tempat lain.

"Not bad, tapi macam bosan. Sebab selalu I dengan you." tak dinafikan, aku pun Rindu dengan Mell. Kemana pun kami mesti berdua.

"Jom la bersiap, nanti lambat pula. Balik nanti kita Borak lain."

Pinggan yang kotor aku basuh terlebih dahulu, kalau dibiarkan dekat sini. Nanti lagi bertambah, jadi malas pula nak basuh. Lebih baik mencegah daripada merawati, dah lain macam dah ni. Haha.

"Lucas kau macam mana?" soal aku, aku dan Mell sama sama berjalan menuju ke kelas. Macam lama sungguh tak pergi kelas, padahal baru sebulan lebih.

"Hmm." Mell hanya sengih seperti kerang busuk, dah kenapa pula budak ni. Tersengih sengih.

"I dengan dia dah couple."

"What?" soal aku kuat, mahu tak terkejut. Dulu punya anti bila aku cakap pasal Lucas, sekarang ni bukan main dah bercinta.

"You ni jangan la jerit."

"Gila kau Aku tak terkejut, dulu kalau aku sebut nama Lucas pun kau dah mencuka." jelingan tajam aku beri kepadanya, dulu bukan main benci. Sekarang tersengih macam kerang busuk.

"Ala you ni, salah dia la kenapa Sweet sangat. Habis I melthing." aku hanya mencebik, dah tahu dah perangai budak ni.

"Hye girls, miss you guys a lot." tegur Claudia yang datang ke tempat kami berada dengan senyuman manisnya.

"Hello claudia, miss you too." balas Mell manja.

"Let's go, if we late madam will become lion you know." Tergelak aku dan Mell melihat memek muka claudia yang mengikuti gaya madam Sofia apabila marah.

"How about you guys holidays?" soal claudia sebaik sahaja kami melabuhkan punggung di dalam kelas.

"Nothing special." balas aku bersahaja.

"Seriously?" soal claudia semula, aku hanya mengangguk.

"You mell?"

"Same with sera."

Aku hanya menahan ketawa melihat wajah claudia yang terlopong, pelik sangat agaknya apabila aku dan mell beritahu yang tak istimewa pun percutian kami.

"I thought you guys have Wonderful Holidays, Just like me."

"Seriously, what about you tell us what you do?" baik punya soalan, soalan macam budak tadika aku bagi. Tetapi disebabkan aku bosan sekarang ni, baik aku dengar cerita claudia daripada termenung menunggu madam masuk kelas.

"Just have a great time with my family, go to picnic and family gathering." cerita claudia dengan senyuman menunjukkan bertapa gembiranya dia, dalam diam hati aku cemburu dengannya. Family aku macam berpecah belah, sudah lama aku tidak keluar sekali bersama Daddy dan Mummy.

"You so lucky claudia." kata aku.

"Both of you also lucky."

"We Hope so."

Senyuman hambar aku beri kepadanya, perasaan sedih tiba tiba muncul di hati. Sedih bila aku memikirkan tentang keluarga aku. Hubungan Mummy dan Daddy kian hari makin renggang. Aku takut kalau mereka berpisah, aku mahu ikut siapa?

"Baby."

"You ok tak?"

"Okay je."

"Serious ni?" Aku angguk.

"Ke rindu iyan." Mell sudah mencubit pipiku, saja la tu mencabar kesabaran seorang Rossera Arylyn.

"Ish jangan cakap pasal dia."

"Bergaduh ke?" nada suara Mell sudah berubah, bersiap sedia kalau aku nak broken.

"Tak ada lah, cuma." saja aku tidak menyambung kata.

"Cuma apa?" soal mell dengan muka penuh kerisauan, haih drama je lebih.

"Cuma rindu."

"Eeee you ni." tersengih aku bila mell dah memuncungkan mulut.

Dalam diam jujur aku Rindu kepada dia, tapi apakah daya seorang di kutub dan seorang di utara. Terpaksa menanggung rindu.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now