Hari pertama di university sangat memenatkan aku, punggung dilabuhkan di sebuah bangku sementara menunggu mell dan leo yang ke kantin. Aku gembira kerana kami sudah mempunyai kawan baru, itu pun credit kepada mell sebab terlajak ramah tegur sana sini. Nama dia Claudia, keturunan British. Rambutnya yang berwarna blonde itu sangat cantik, freckles juga terletak cantik di wajahnya.
Hendak ketawa bila ingatkan balik, apabila dia menyangka aku dan mell keturunan Canada. Jauh betul canada dengan itali. Mungkin aku dan mell berkulit cerah, sebab itu kami dicop canadian.
"Hello."
Kepala di angkat melihat empunya suara, tersenyum Claudia memandangku. Aku membalas senyumannya.
"Hello." Balasku.
"Where your cousin?" Soal Claudia yang sudah mengambil tempat ditepiku.
"Canteen."
"Can I ask you something." Aku angguk, perhatian sepenuhnya di beri kepadanya.
"Do you have any mix?"
"Yes. Italian mix malay and Arabic." Balasku.
"Wow you have so many mix, no wonder you look damn pretty." Puji Claudia.
"Thank you, and back to you."
"Hye Claudia, want to join us?" Soal mell yang baru datang bersama leo.
"Can i?"
"Yes, let's go." Mell sudah berjerit keriangan, budak budak betul si mell ni.
Kami berempat duduk di sebuah meja kecik yang disediakan kepada para pelajar, buku yang berada di tangan ku letakkan di atas meja.
Mata memandang sekeliling, tak banyak orang. Cuma ada beberapa orang pelajar yang membaca buku, mesti ulat buku.
"Kau lepas ni ada kelas tak leo?" Soalku.
Leo dan kami berbeza course, dia mengambil degree dalam perniagaan. Aku dan mell mengambil course engineering. Kami juga mempunyai perjarakan umur, Aku dan mell berumur dua puluh tahun. Manakala leo berumur dua puluh dua tahun.
"Ada."
"You guys speaking malay?" Soal Claudia dengan muka pelik.
"Yes, Italian just our nation. But malay was our language." Balasku, senyuman manis ku tayang.
"Wow, can I learning malay language?"
"Of course can sweety, with bottom of our heart. We're happy to teaching you." Balas mell.
"Kawan." Kata Claudia pelat, kami sudah ketawa.
"Ya kawan." Balasku.
"You should try sera cooking, it so delicious. Malay food." Beria-ia si mell mempelaya Claudia, aku hanya tersenyum.
"Interesting, I should tried."
"I will cooking to you, one day." Kata ku.
"Yeay thank you!" Berlompat-lompat mell dan Claudia, Leo di sebelah dah tunduk muka. Malu la tu!
"Dah dah." Kata ku.
"Let's go to class."
Kami bertiga mengambil tempat di tengah-tengah, tempat paling favourite kepada semua pelajar. Mell dan Claudia sudah membuat haluan masing-masing, aku hanya termenung.
Fikiran melayang entah ke mana, kepala diletakkan di atas meja. Bukan selalu cari tulang, memandangkan pensyarah juga belum masuk. Nikmatnya lain macam.
"Apa la dia buat sekarang?"
Aku dah kenapa tiba tiba teringatkan rayyan, parah dah ni. Senyuman manis rayyan terbayang bayang di ingatanku.
"Bila boleh jumpa dia balik? Aku teringin nak bagi sesuatu dekat dia."
"Kau okay tak baby." Tegur mell, tanganku dipukul perlahan.
Kacau lah mell ni, huhu. Orang baru nak berangan, kenapa aku jadi gedik semacam. Effect dari raisya ka apa?
"Okay je kenapa?" Soal aku balik, muka pelik ku tayang.
"Okay apa tersenyum sorang-sorang." Aduh ye ke? Malu cheq, mana nak letak muka.
Ya, semakin hari rossera arylyn semakin gedik. Kenyataan yang sangat merisaukan.
"Okay la tu aku senyum, kalau aku menangis la tak okay."
"Lawak sangat." Mell pura pura ketawa, aku tarik sengih.
"Ke kau teringatkan Mr captain?" Bingo! Tapi tak mungkin aku nak mengaku, nanti disoal siasat macam penjenayah pula. Tu belum lagi raisya yang soal, mahu terjun laut aku.
"Kau ni tak habis-habis mr captain, tak Ada orang lain dah ke?" Marahku.
"Tu je yang I rasa sesuai dengan you baby selepas iyan."
Apabila nama iyan dah diseru, automatik diri rasa lemah. Rindu kembali menjelma. Kenangan mula mengetuk pintu hati.
"Iyan dan rayyan, tu je la nama lelaki yang mell kenal." Perliku.
"Hehe, eh tapi. You tak rasa pelik ke? I rasa macam sesuatu la."
"Rasa apa?"
"I rasa macam iyan tu rayyan." Sebenarnya aku pun pernah rasa macam tu, tapi takkan iyan tak kenal aku. Ke dia saja buat buat tak kenal aku?
"Aku pun rasa macam tu."
"Nanti kalau kita jumpa dia lagi, kita siasat." Mell dah tayang senyuman misteri, tapi tak boleh lawan senyuman psycho raisya. Ngeri!
"Jom." Bersemangat aku balas.
Akhirnya masa yang semua pelajar tunggu iaitu waktu pulang, mell aku lihat dah tak cukup tangan. Cepat-cepat nak ke mana la minah tu.
"Baby cepat la sikit, lambat la you ni." Bebel mell yang sudah siap mengemas.
Aku hanya selamba, lambat lambat aku masukkan buku ke dalam beg sandang. Jahat kau Sera.
"Baby!"
"Ye la jom." Aku tarik nafas, belum sempat hendak melangkah mell dah tarik lenganku. Sabarlah wahai hati.
"Kau nak pergi mana cepat sangat?" Soalku.
"Lapar." Mell dah tersengih-sengih.
"Tak nak tunggu Leo ke?" Mata memandang sekeliling melihat susuk tubuh leo.
"Dia Ada class."
Kami beriringan masuk ke dalam sebuah kedai roti, mell teringin nak makan roti. Nasib aku pun tak berapa lapar, kalau tak mahu aku protes habis-habisan.
"Eh Claudia mana?" Soalku kepada mell yang makan roti macam tak makan sebulan, makan la perlahan sikit mell. Tercekit kang.
"Banyak tanya la you ni baby."
"Tanya je tak boleh?" Soalku tak puas hati.
"Ahaha marah pulak dia." Usik mell.
"Dah makan cepat, aku mengantuk."
Selepas siap membersihkan diri dan menunaikan solat, aku hempas badan ke atas katil. Mata dah bagi hint, badan pun dah bersetuju. Apa lagi? Sweet dreams.
YOU ARE READING
Miss Rossera
RomanceRossera Arylyn atau nama italinya Rossera Ravious. Seorang gadis yang dingin dan juga introvert. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang dikenalinya sebagai lambang keganasan. Hatinya berharap sesuatu, berjumpa dengan seseorang yang telah mencuri...