BAB 41

90 4 0
                                    

Deretan pelbagai coklat itu aku pandang. Mana satu pilihan hati? Semua nampak sedap. Kalau susah sangat, borong je la semua. Apa susah? Boleh bagi dekat Raisya sikit untuk dibawa pulang nanti.

Eh tapi Raisya nak balik Malaysia bila? Sempat ke kalau aku nak bagi? Sedang aku berfikir pasal Raisya, tiba tiba bahu aku dilanggar seseorang.

"Ya Allah sorry." aku angkat kepala melihat manusia yang telah melanggar aku tadi. Walaupun tak kuat, terasa juga sakit tu.

Seorang perempuan. Cantik. Yang paling menarik perhatian aku. Tudungnya yang labuh menutupi dada dan blouse yang longgar.

"Tak apa." balas ku.

"Awak sorang je ke?" soal perempuan tadi.

"Dengan Husband, awak?"

"Eh sama la kita."

"Awak tahu tak coklat apa yang paling sedap?" alang alang jumpa orang yang peramah, baik aku tanya. Daripada membazir beli banyak banyak. Lebih baik aku membuat pilihan.

"Bagi saya, saya suka coklat Daim ni. Tapi tak tahu pula kalau tak kena dengan cita rasa awak." coklat yang berbungkus merah itu ditunjuknya.

"Apa beza rasa dia dengan coklat yang lain." aduhai kau Sera. Banyak soal pula.

"Sebab dia ada kacang dalam dia, tapi kacang dia keras. Saya tak tahu pula kacang apa." aku gelak.

"Kenapa awak gelak?" tanya perempuan itu pelik.

"Tak ada apa. Thank you."

"Welcome, kalau tak ada apa apa saya pergi dulu." aku menghantar kelibatnya sebelum pandang ke arah coklat semula.

Aku ambil 3 peket coklat Daim tersebut. Nak ambil coklat mana lagi eh? Fikir punya fikir. Akhirnya aku ambil semua coklat di situ. Tak ada la aku borong semua. Semua jenis satu peket.

Selepas membayar aku masuk ke dalam kedai yang menjual cenderamata pula. Rambang mata aku mahu memilih. Semua barang di sini cantik. Harga juga tidak terlalu mahal bagi aku.

Tiba tiba terasa getaran di paha aku. Telefon bimbit yang berbunyi itu aku ambil. Tentera nama my hubby di situ.

"Sayang dekat mana ni?" tanpa salam, iyan terus bertanya. Risau sungguh kalau isteri dia hilang.

"Dekat kedai yang jual cenderamata."

Pelbagai jenis gelang yang tergantung cantik di tepi dinding aku belik. Ada pelbagai bentuk.

"Sayang!" panggilan iyan itu mengejutkan aku.

"Sorry abang, abang ada tanya apa apa ke?"

"Kedai cenderamata mana satu?"

Aku pandang sekeliling. Mencari apa yang boleh aku cerita kepada iyan sebagai panduan untuk ke sini. Tak ada pun.

"Abang cari kedai warna Purple." itu saja yang boleh aku bagi. Disebabkan kedai ni berwarna Purple.

"Tak nak balik lagi ke sayang?" soal iyan yang sudah datang. Barang yang di dalam bakul aku dibeleknya.

"Kejap." aku masih tak puas nak tengok barang dekat sini. Semua cantik.

Semua barang yang aku ambil tadi aku letakkan ke atas meja kaunter. Hampir dua puluh barang yang aku pilih tadi. Ada yang bersaiz kecil ada yang besar.

Iyan hanya mengeleng melihat aku teruja kerana dapat membeli barang yang aku suka. Mesti dalam hati dia cakap macam budak budak. Tapi aku tak peduli. Janji aku happy.

"Seronok betul dapat coklat." iyan mencuit bahuku, aku sengih lalu menepis tangannya.

"Of course, bukan senang tau nak dapat coklat ni."

Miss RosseraWhere stories live. Discover now