BAB 38

94 3 0
                                    

Awal pagi lagi aku sudah menjenguk dapur, mencari barang untuk membuat sarapan. Selongkar punya selongkar satu habuk pun tak ada. Punya lah besar kabinet, satu barang pun tak ada?

Kalau macam ni nak makan apa? Takkan nak order delivery juga?

"Abang memang tak beli barang dapur ke?" soal aku kepada iyan yang baru turun, kerusi di depan aku di tariknya.

"Tak, sebab abang jarang duduk sini. Kalau beli nanti membazir pula."

"Habis tu kita nak sarapan apa ni?"

"Kita order je la sayang, lagi pun kejap lagi nak balik kedah."

"Okey."

Tanpa membuang masa, aku terus ke kabinet mengambil dua gelas mug untuk membuat air. Tinggal Nescafe aje dua paket. Nasib juga ada Nescafe kalau tak ada, minum air kosong je la.

Iyan menghilang entah kemana, menonton televisyen agaknya. Malas pula aku nak tanya, biar je la. Lagipun ni rumah dia, kalau sesat lagi tak tahu nak cakap macam mana.

Ting tong

Tangan yang sedang mengelap meja terhenti, siapa pula yang datang ni? Mungkin penghantar makanan kot.

Cepat cepat aku berlari naik ke atas mencari tudung, tanpa berpikir banyak. Terus aku capai tudung sarung berwarna hitam yang berada di atas katil.

"Sorry lambat." kata aku selepas membuka pintu, saja aku berbahasa basi. Dah la lambat buka pintu, lepastu sombong pula. Mahu dia maki seranah dalam hati.

Lain kali kalau dapat no 89 yang order, mesti dia dah serik. Tak pun, dia biar saja makanan dekat luar.

"Abang makanan dah sampai." jerit aku, kemana pun tak tahu iyan ni. Dari tadi lagi duduk atas, buat apa?

"Kita nak balik Kedah pukul berapa ni?" soal ku tanpa pandang iyan, mata masih memandang pinggan mangkuk yang kotor diguna tadi.

"Dalam pukul 3, lepas zohor."

Aku angguk, tak payah la aku bersiap awal sangat. Memandangkan sekarang baru pukul sebelas pagi, boleh layan movie kejap.

"Sayang, cepat la bersiap nanti lambat." tegur iyan yang baru turun.

"Kejap, tunggu cerita ni habis." balasku tanpa memandang ke arahnya, mata masih fokus ke arah tv.

Cerita ni memang best, business proposal. Heroin dia tu serius kelakar, yang hero pula Cool gitu. Kawan dia pun sama, hyper semacam.

"Sayang sekarang dah pukul 2, sempat ke bersiap sejam je?" soal iyan lagi apabila aku masih duduk di depan TV.

"Ye la." dengan perasaan tak puas hati, aku naik ke atas.

Kalinya aku hanya bersiap ala kadar saja, bukan nak berhenti dekat mana mana pun. Terus balik rumah tokwan je. Buat apa nak bersiap cantik cantik.

Iyan yang sedang memakai jam aku kerling, seperti biasa dia memang selalu siap awal dari aku.

"Cepat la, nanti lambat pula sampai." perli ku, kendengaran tawa iyan meletus.

"Merajuk ke crushie?" pinggang aku dipeluk, kepalanya diletakkan di atas bahu aku.

Aku diam, malas nak cakap. Masih merajuk. Walaupun sakit hati tak ada la banyak sangat, tapi saja aku mahu merajuk. Gedik kan.

"Alolo sayang, abang mintak maaf. Nanti kita tengok cerita tu sama-sama." pujuk iyan lembut.

"Ye la, tapi janji okey." aku pusing menghadapnya, dia angguk. Aku senyum.

Selepas hampir lima jam di dalam perjalanan, akhirnya tiba juga kami di rumah tokwan. Lega hari ni tak ada jamed sangat, kalau tak. Rasanya sekarang tak sampai lagi.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now