BAB 61

169 4 0
                                    

Perjalanan kami dari Kedah ke Pulau Pinang hanya mengambil masa dalam empat jam. Itu pun disebabkan kami banyak berhenti. Almaklumlah aku tengah mengandung sekarang. Duduk lama-lama dalam kereta pun tak boleh. Badan aku mudah lenguh. Dapat aku rasakan hari ini badan aku lebih lenguh dari biasa. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar.

"Sayang okay tak ni? Abang tengok pucat aje muka." tegur iyan di sebelah aku.

"Hari ni rasa tak larat." balas aku tidak bermaya.

"Kau okay tak ni sera? Ke nak berhenti dulu." Soal Raisya pula.

"Okay je. Kesian korang nanti lambat sangat, lagipun dah nak sampai kan." balas aku. Aku taknak susahkan mereka walaupun aku tahu mereka tidak kisah pun kalau banyak berhenti.

"Kitaorang okay aje baby kalau nak berhenti dulu." kata mell pula.

"Tak apa terus je."





Setelah beberapa puluh minit kemudian, akhirnya kami tiba juga di hotel. Aku bersyukur sangat sebab sudah sampai. Dalam fikiran aku sekarang hanya mengingati katil sahaja.

"Sayang tidur dulu, abang nak mandi kejap." kata iyan.

Mata yang sejak tadi sudah layu, akhirnya sekarang sudah tertutup rapi.



"Ya allah kenapa sakit sangat ni? Baby jangan tendang perut Mummy kuat sangat sayang." kata aku seraya mengusap perut aku perlahan.

Selimut tebal yang menutupi badan aku selak lalu aku turun dari katil untuk ke tandas.

"Argh!" Jerit aku kuat ketika aku tidak dapat menyeimbangkan badan yang hendak terjatuh akibat lantai tandas yang sangat licin.

"Abang!"

"Abang!"

"Ya Allah sayang kenapa ni?" soal iyan cemas yang sedang berlari anak ke arah aku.

"Sakit abang." Kata aku, tangannya aku pegang erat.

"Darah?" soal aku seakan tidak percaya kerana terpandang bawah kaki aku ada darah.

"Abang darah." kata aku kepada iyan.

"Sayang tunggu kejap." iyan berlari ke dalam bilik semula. Kemudian datang semula dengan tudung dan phonenya.

"Abang sakit." rintih aku.

"Sabar sayang, kejap lagi kita sampai. Sayang istighfar banyak-banyak." balas iyan. Sebelah tangannya memegang tangan aku.

"Baby tolong daddy ya, bertahan kejap. Kejap lagi kita sampai hospital." kata iyan lagi bagaikan tengah bersembang dengan anak kami.

Setelah sampai ke hospital, iyan mendukung aku memasuki unit kecemasan. Lalu beberapa minit kemudian kami berdua terpisah kerana iyan tidak
diberi masuk ke dalam.

"Assalamualaikum Raisya."

"Waalaikumussalam, ya iyan kenapa?" soal Raisya.

"Sera masuk ward, tadi dia terjatuh dekat tandas. Kau tolong datang sini boleh dengan Leo. Tolong bagi tahu mell sekali." Pesan aku.

"Ya Allah, lepastu dia macam mana." soal Raisya cemas.

"Sera dah masuk ward." balas aku.

"Ha okay kau tunggu kejap nanti kitaorang sampai." balas Raisya.

Ya Allah ya tuhanku, kau selamatkanlah anak dan isteri aku yang Allah. Sesungguhnya aku adalah hamba yang tidak kuat ya Allah. Janganlah kau ambil nyawa mereka. Aku tidak kuat untuk hilang mereka ya Allah.

Setelah hampir sepuluh minit kemudian, akhirnya Raisya, Leo, Lucas dan mell tiba juga.

"How Sera bro?" soal Leo prihatin.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now