BAB 8

161 9 0
                                    

Pagi ini aku bangun dengan cerianya, mana tak ceria kalau terbayang view yang lawa tu. Haih, kalau nak ikutkan hati dah lama aku keluar bilik. Tapi disebabkan aku ni ada la sifat baik, terpaksa aku tunggu mell yang sudah satu jam di dalam tandas. Muyskil aku, dia buat apa la dalam tu lama sangat. Buat konsert ka apa?

"Mell kau lambat lagi ke? Sembelit ka apa lama sangat dalam tu?" Sempat aku loyar buruk.

"Kejap."

Dari tadi kejap, kalau aku kira dah lebih tiga kali. Tapi tak keluar juga, geram aku kadang kadang dengan mell ni.

"Grrr."

Ha sudah, perut aku ni pun sabar la kejap. Aku tahu la kau lapar, aku pun lapar juga. Mohon bersabar lah kejap wahai perut, cik mellinda memang bergitu.

Disebabkan lama sangat tunggu mell, akhirnya aku bukak Instagram. Scroll saja lah, mana tahu jumpa gambar baru dari abang aku yang nan satu tu. Rindu juga dekat dia, rindu dengan perangai sengal dia tu. Nasib tak berapa parah lah, kalau tak. Dah lama aku suruh mummy hantar tanjung rambutan, bagus kan dapat adik macam ni.

"Tak ada la pula." Rungutku.

Tiba tiba telefon ku bercahaya, nasib aku tak terbaling. Leo rupanya, mesti dia tengah marah tu.

"Ha kenapa leo?" Sempat ku kerling jam di tangan, dah pukul sembilan setengah ni. Mell tak keluar juga.

"Korang ni buat apa? Aku tunggu lama dah ni, cepat sikit." Kan aku dah cakap.

"Yang ni kau kena marah mell, dari tadi dalam tandas. Aku pun tak tahu dia buat apa lama sangat."

"Haih mell ni pun satu."

"Okay la, tapi cepat sikit. Bosan aku sorang sorang."

Kesian pula aku dekat Leo, Leo ni spises macam aku Introvert. Mell saja yang extrovert antara kami bertiga, nasib juga dia extrovert. Kalau tak, mahu krik krik kami.

"Baby."

Ha dah keluar pun si mell ni, dah kenapa pula muka monyok semacam ni? Risau pula aku.

"Kau kenapa mell?"

"I'm period." Terang mell.

"Then?"

Aku tak kisah la kalau dia period sebab dia perempuan, kalau Leo yang period. Nak pengsan juga la aku dengar.

"I tak bawak pad macam mana ni?" Rintih mell, nada tu aku dah cam. Nada nak nangis.

"Kejap, aku rasa aku ada bawa."

Aku selongkar beg aku, eh tak Ada pula. Rasanya aku Ada bawa, pastu macam mana ni. Sekarang ni jangan cakap mell, sekali dengan aku gelabah.

"Tak Ada la mell, sorry."

Aku garu dahi yang tak gatal, pastu nak cari mana ni. Sudah la sekarang dekat tengah tengah laut, nak cari kedai kat mana? Kalau aku Ada kuasa tak apa la juga, boleh aku wujudkan seven eleven dekat sini. Sekali dengan mall aku buat dekat atas laut ni.

"Kau tunggu sini, aku pergi cari leo." Kata ku kepada mell sebelum melangkah keluar.

"Mana pula si Leo ni?" Sudah beberapa kali aku pusing satu kapal ni, tetap tak jumpa juga susuk tubuh tegap kepunyaan Leo tu. Mana Mamat ni menghilang?

"Miss."

Lain yang di cari, lain pula yang jumpa. Nasib si Eric yang aku jumpa, tak Ada la rasa awkward sangat. Eric ni sudah macam bodyguard aku, kalau aku sorang sorang Mesti dia muncul. Tak panggil pun tiba tiba terpacak depan aku.

"Are you okay miss?"

"Okay."

Patut ke tak aku suruh dia cari? Sebab aku Mana Ada kenal sapa sapa dekat sini? Aduh payah betul la macam ni.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now