BAB 46

71 4 0
                                    

Mell dan lucas kini berada ni unit kecemasan. Sudah hampir setengah jam mereka berdua masuk ke dalam tetapi doktor masih tidak keluar.

"Ya Allah, kau selamatkan lah sepupu aku ya Allah. Aku mohon kepadamu ya allah. Aku tak mampu kalau mereka tinggalkan aku ya allah."

Grandpa dan grandma juga baru tiba bersama dengan Daddy dan mummy mell. Keadaan sekarang sungguh cangguh. Kami semua hanya selesa mendiamkan diri.

Iyan! Mana abang sekarang? Kenapa abang tak datang waktu saya perlukan abang? Kenapa abang? Kenapa?

"Aunty bersabar, Sera yakin mell kuat. Kita sama sama doakan dia." tangan aunty Marry aku genggam, memberi semangat kepadanya. Dalam masa yang sama aku mahu menguatkan diri aku juga.

"Aunty pun yakin mell kuat Sera. Aunty takut kalau dia tinggalkan aunty. Dia satu satunya anak aunty." rintih aunty Marry. Nangisan yang tadi sudah reda kini pecah semula. Aku memeluknya erat. Mahu menenangkan dia. Walaupun aku sendiri tidak kuat.

"Sayang!" aku kenal suara ni. Suara iyan. Aku terus mengangkat muka. Betul tekaan aku. Iyan berada di depan aku sekarang.

"Abang!" aku terus memeluknya. Iyan membalas pelukan aku. Tangan kasarnya mengosok belakang badan aku lembut seperi biasa.

Setiap kali kami berpelukan, iyan akan mengosok belakang tubuhku. Mahu menenangkan keadaan aku. Aku juga lebih lega dan tenang selepas memeluknya.

"Mell abang." adu ku kepadanya.

"Sabar sayang. Mell kuat. Sayang doa banyak banyak supaya Allah permudahkan semuanya." tenang suara iyan memujukku. Hati aku juga mudah tenang apabila iyan yang pujuk.

"I pun simpati dengan apa yang jadi kepada mell." sampuk seseorang. Kepala pusing memandang siapakah gelangan orang tersebut.

Alisya? Dia buat apa dekat sini? Hati aku rasa geram apabila melihat mukanya. Aku sendiri tak tahu kenapa aku tak suka kepadanya. Padahal dia tak pernah cari pasal dengan aku.

"Alisya datang dengan abang." ujar iyan apabila aku hanya diam memandang Alisya.

"Oh!" itu saja yang keluar dari mulutku.

Jadi selama ni, iyan bersama dengan Alisya sampai tidak hubungi aku langsung. Mesej pun tidak. Hati aku rasa sakit. Iyan bagaikan lupa aku apabila bersama Alisya.

Alisya nampak begitu mesra dengan iyan. Mereka berbual walaupun aku masih di situ. Bagaikan aku tidak wujud. Aku menahan rasa.

Tiba-tiba doktor yang merawat mell dan Lucas keluar. Kami semua bangun menunggu berita dari doktor itu. Aku mengharapkan mereka baik baik saja.

"Both are them are stabil now. But Mellinda will being Coma. I don't know how long it will take. I Hope you guys can support her." terang doktor itu sebelum beredar.

Hanya seorang sahaja yang boleh masuk melihat mell sekarang ni. Walaupun aku teringin sangat nak masuk. Tapi aku beri peluang kepada aunty Marry. Aku tak boleh membiarkan aunty mell terus menderita.

Aku pandang iyan dan Alisya yang masih berbual. Nampaknya iyan lebih pilih untuk berbual dengan Alisya walaupun aku ada di sisinya.

"Leo hantar aku balik boleh." pinta ku. Leo pandang aku lama, dari raut wajahnya dia tahu yang aku terasa dengan perangai iyan. Aku cuba berlagak biasa. Walaupun aku mahu menangis ketika ini.

Aku hanya selesa diam ketika perjalanan pulang ke rumah. Leo juga sama seperti aku.

"Kau terasa dengan iyan?" soal Leo, dipandang aku sekilas sebelum memandang ke arah jalan semula.

"Isteri mana je yang tak terasa leo." Kendur suara aku.

"Kau tak boleh tunjuk lemah depan perempuan tu Sera. Iyan tu suami kau. Hak kau. Perempuan tu tak ada apa apa sera."

"Biar je la Leo. Aku malas nak pikir sekarang ni." putus ku. Kepala aku sudah serabut dengan keadaan mell. Sekarang pasal iyan pula.


"Sayang kenapa tak ajak abang balik tadi?" soal iyan yang baru pulang.

"Malas nak kacau abang rancak bersembang." balas aku latar.

"Apa maksud sayang?" aku gelak, sinis!

"Tak ada apa." tangan aku ditarik semasa aku mahu berlalu ke katil. Aku pandang iyan semula. Iyan membalas pandangan aku.

"Abang dengan Alisya tak ada apa apa."

"Tak ada apa apa abang kata? Ada awak Call saya? Ada tak? Tak ada. Ada abang mesej saya tanya khabar tak ada! Lepastu abang cakap abang dengan dia tak ada apa apa. Kalau betul tak ada apa apa, abang takkan lupa isteri abang." aku pandang iyan tajam.

Iyan nampak tersentak dengan kata kata aku. Badanya juga mengeras.

"Abang banyak kerja. Lepastu phone abang rosak. Abang bukan sengaja."

"Sudah la abang, jangan bagi alasan yang tak munasabah." aku merungkaikan pegangan tangannya di bahu aku sebelum keluar dari bilik.

Air mata yang mengalir di pipi aku sapu dengan belakang tangan aku. Aku pergi ke bilik grandma.

"Kenapa ni sera?"

"Sera nak tidur dengan grandma boleh?" Pinta aku. Aku tahu yang Grandpa tak pulang malam ni kerana mahu menunggu mell di hospital. Sebab itu la aku datang ke bilik grandma.

"Boleh."

Perut yang terasa ngilu aku sentuh. Ya Allah sakitnya perut aku. Berkerut dahi aku menahan kesakitan. Bahu aku juga rasa lenguh kerana berlawan tadi. Aku tak sempat Check keadaan tubuh aku tadi kerana menunggu mell.

"Kenapa ni sera?" soal grandma risau apabila aku mengerang kesakitan.

"Sakit!" aduku. Baru sekarang perut dan bahu aku rasa ngilu.

"Iyan!" grandma keluar dari bilik.

Aku mengetap rahang menahan kesakitan. Sakitnya ya Allah.

"Sayang kenapa ni?" terburu-buru iyan datang ke arah aku. Aku mahu menolaknya agar jauh dari ku. Tapi tangan aku tidak kuat.

Tanpa meminta izin iyan terus mencempung aku balik ke bilik. Iyan meletakkan aku perlahan lahan ke atas katil.

"Sayang sakit dekat mana?" iyan mahu memegang aku, tapi aku menepis tangannya.

"Tak payah tolong." Marah ku.

"Sayang jangan macam ni. Abang tahu abang silap. Tapi sayang sakit. Tolong jangan degil." tenang iyan berkata. Seperti tadi aku bukan memarahinya malah memujinya.

"Saya tak perlukan pertolongan awak." aku masih mendegil.

"Ahh!" perut aku sakit semula. Kali ini makin sakit.

Belum sempat aku mahu menepis tangannya, iyan sudah menarik baju aku ke separuh dada. Terbuntang matanya melihat perut aku yang kemungkinan lebam kerana ditumbuk tadi.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" kuat suara iyan bertanya kepada ku. Mukanya juga tegang.

"Kena tumbuk waktu cari mell tadi." balas aku selamba.

Iyan mengeluh. Aku pandang dia pelik. Kenapa pula dia mengeluh. Bukan dia yang kena tumbuk.

"Abang minta maaf sebab abang tak ada waktu sayang perlukan abang. Abang mintak maaf sangat-sangat." kendur suara iyan, kepalanya juga tertunduk.

Aku jadi serba salah. Walaupun aku marah dengannya. Tetapi dia masih suami aku. Kalau memang betul dia busy dan telefon dia rosak. Aku tak percaya dengan penjelasan dia. Malah aku menuduhnya yang bukan bukan.

"Tak apa, saya tak salahkan abang pun. Saya ok." jujur aku memang tak salahkan dia seratus peratus sebab aku juga bersalah kerana tak pernah beritahu dia yang aku ada malasah. Aku pendam seorang diri.

"Abang janji dengan sayang. Abang takkan tinggalkan sayang lagi. You need me. But I'm really stupid." Iyan seperti memarahi dirinya sendiri.

"No You're not." pujuk ku.

Iyan pandang aku, sebelum menarik aku ke dalam pelukkannya. Perlahan lahan dia menarik aku supaya tidur di atas lengannya. Rindunya! Hampir seminggu aku tak tidur seperti ini dan ditepuk olehnya.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now