BAB 14

131 6 0
                                    

Tingkap kayu yang di cat coklat itu ku buka, terpampang lah kehijauan padi yang menyegarkan pandangan. Pagi ini aku bangun awal sedikit kerana mahu berjogging, mell dan raisha masih diulit mimpi. Selepas beberapa minit memandang padi, aku mengambil telefon lalu keluar dari bilik.

Rumah hanya sunyi sepi, mungkin mereka masih tidur agaknya. Sekarang pun baru pukul enam setengah pagi, tak pelik lah jika mereka masih tidur. Opah dan tokwan mungkin sudah ke sawah.

Sneakers hitam ku capai, tali diikat rapi agar tidak jatuh masa berlari nanti. Jam di tangan ku betulkan sedikit. Rambut yang terlepas ku ikat tinggi, style toncang kuda.

"Kau tak takut ke keluar sorang-sorang?" Tegur seseorang.

Hampir berhenti degupan jantungku, terkejut punya pasal. Ya Allah mamat ni tak reti bagi salam agaknya, main serbu saja. Ringan je tangan nak pukul orang, nasib aku sabar kan diri.

Aku hanya diam, tidak beri apa-apa reaksi.

"Sera."

"Kau tahu mana nama aku?" Soalku pelik.

"Rossera Ravious, sapa je tak kenal. Perlu ke aku details kan?"

Hati terasa panas, mulut dia memang tak ada insurans. Jadi dia kenal aku? Dia kenal atuk aku? Sapa dia? Mafia juga?

"Sorry but I don't know you."

"Are you sure? Haha, kau nampak innocent walaupun dalam keturunan iblis."

Aku pandang muka dia lama, perasaan bercampur baur. Tangan digenggam menahan marah yang bak larva ni, aku diam tak berkutik. Hanya memandang mukanya dengan pandangan kosong.

"Kenapa? Kalau kau tahu aku keturunan iblis, mesti kau pun syaitan kan." Bibir naik sedikit, sinis!

"Tak sangka mulut kau berapi."

"Dah Iblis kan." Aku tekankan perkataan iblis, tanpa sempat dia menjawab aku dah tinggalkannya.

Hampir setengah jam aku berjogging, aku berhenti sebentar di tepi sungai. Mata ku pejap, menikmati bunyi air sungai yang mengalir. Sangat menyenangkan.

Hina sangat ke aku? Aku tahu aku keturunan mafia, tapi aku tak buat pun apa yang sebenarnya seorang mafia lakukan. Aku hanya mengikuti misi jika melibatkan keluarga sahaja, jika betul-betul perlu saja aku bermain dengan peluru.

"Asal kau keluar tak beritahu aku?"

"Kau buat apa kat sini Leo, kacau je la."

Leo ni memang, aku baru saja nak privasi. Tetap juga dia muncul, memang dari tadi dia ikut aku ke apa. Haih benci la aku macam ni.

"Kalau kau kena apa-apa macam mana? Apa aku nak jawab dekat daddy kau, dekat iy.."

"Dekat daddy? Dekat sapa?"

"Dekat mummy." Balas Leo macam mensembunyikan sesuatu.

Aku pasti ayat last sekali tu bukan mummy, sebab aku dengar lain tadi. Aku dengar macam iyan, tapi tak kan Leo jumpa iyan tanpa memberitahuku.

"Aku bukan-budak lagi lah leo."

"Memang la bukan budak, kalau budak tak adanya nak keluar awal macam ni."

"Hmm jom lah balik." Ajakku.

"Eh korang pergi mana?" Soal raisha apabila melihat kelibat aku dan leo.

"Jogging."

"What! Kenapa tak cerita, kitaorang pun nak ikut juga."

"Sorry."

"Kitaorang nak pergi kedai, kau nak ikut tak?" Aku hanya mengeleng.

"Betul ni baby."

"Ye."

Miss RosseraWhere stories live. Discover now