BAB 22

102 7 0
                                    

Gumbulan awan yang biru itu aku lihat dengan sangat tenang, buat keberapa kalinya aku mengeluh.

Hari ini aku akan pulang ke malaysia seorang diri, tanpa mell dan leo. Rasa bosan semestinya. Tetapi apa yang aku boleh buat, kalau permaisuri yang perintah. Hendaklah hamba menjunjung duli.

Setelah berpuluh jam di dalam kapal terbang, akhirnya tiba juga aku di KLIA. Hati terasa sangat gembira dan bersyukur, takut juga kapal terhempas. Haha.

Sebaik sahaja kaki mahu melangkah, telefon ku berbunyi minta diangkat.

"Ye mummy kenapa?"

"Dah sampai ke?" aku angguk, eh aku ni dah kenapa. Macam la mummy boleh nampak kalau aku angguk pun.

"Dah baru je."

"Ouh kalau macam tu, tunggu kejap ada orang pergi ambil. Nanti Sera pergi rumah kawan mummy terus tau."

"Okay, mummy ada dekat sana jugak ke?"

"Tak ada, esok mummy pergi. Lagipun mummy dekat kelantan ni. Pergi rumah alya."

"What mummy? Alaa nak pergi jugak, Mana aci macam ni." Rengekku.

"Sera pergi je rumah kawan mummy tu, esok atau lusa mummy balik."

"Hmm baiklah."

Akhirnya aku duduk di sebuah bangku menunggu orang yang dimaksudkan mummy, dah macam tunggu kekasih je.

"Kak sera?" sapa seseorang.

Siapa perempuan ni? Kak? Kenal aku ke?

"Yes I'm Sera, who are you?"

Terkebil-kebil mata aku apabila badan tiba-tiba dipeluk erat, nak rungkaikan pun erat sangat. Aku biarkan saja badanku dipeluk oleh manusia yang menegur aku tadi.

"Akak tak kenal saya ke?" dahiku sedikit berkerut, siapa eh?

Akhirnya aku geleng, aku tak ingat siapa dia.

"Saya ameera la akak." terus terbuntang mata aku. Ameera? Adik iyan? Seriously?

"Ameera yang dulu jiran saya ke?" dia angguk. Kali ni aku pula memeluknya. Perempuan dan drama tak boleh dipisahkan huhu.

"Dah besar dah meera." tersenyum aku melihatnya, dah sama tinggi dengan aku.

"Akak pun ya Allah cantik nak mati." aku gelak, ayat dia tak relaks betul.

"So meera la yang jemput akak ni?" soalku.

"Yes jom."

Aku dan ameera beiringan masuk ke dalam perkarangan rumah aunty Helena, hati terasa sedikit gelisah. Iyan ada ke tak eh? Iyan juga yang kau ingat. Haha.

"Seraaa!" nama ku dipanggil kuat, sudah tentu aunty yang panggil.

"Ya Allah lamanya tak jumpa."

Selepas beberapa saat di dalam pelukan, aku bersalaman dengan aunty.

"Aunty sihat?" soalku.

"Sihat alhamdulilah, Sera sihat? Makin cantik ya, manis aunty tengok." aku cuma sengih.

"Sihat."

"Eh jom la masuk."

"Jom akak, kita letak baju akak dulu." ajak meera, aku angguk.

"Esok ada kenduri, akak ada baju kurung tak?"

"Tak ada."

"Tak pe nanti pinjam baju meera, akak rehat la dulu. Meera nak turun kejap."

Miss RosseraWhere stories live. Discover now