BAB 35

107 8 0
                                    

Akhirnya tiba juga hari yang ditunggu tunggu iaitu hari perkahwinan aku dan iyan, sejujurnya hati aku memang tak beri kerjasama. Ada kalanya aku rasa macam nak lari saja, nak lari dari perasaan aku sekarang. Tetapi dipikirkan balik, memang bodoh aku kalau aku lari dari perkahwinan ini. Berkahwin dengan lelaki yang pertama mencuri hati aku, dan tetap di hati aku sampai sekarang. Begitu kuatnya penangan cinta Rayyan kepada aku.

Baju nikah yang cantik disangkut itu aku pandang lama, betulkah apa yang aku buat ni? Aku takkan menyesal di kemudian hari? Aku yakin keputusan aku betul.

"Baby."

"You tak bersiap lagi?" sedikit kuat suara mell apabila melihat aku masih tidak menukar baju.

"Aku takutlah mell."

"Takut apa? Malam pertama ke?" serta merta tangan kanan aku naik penampar bahunya, berjerit kesakitan mell. Aku hanya buat tidak endah bila mell memarahi aku.

"Kalau bukan tu, so You takut apa baby? You bukan kena kahwin paksa tau, you nak kahwin dengan lelaki yang you cinta dari kecil baby."

"I takut kalau I tak sempurna untuk dia." aku mengeluh, perkara ini bermain di kepala aku sekarang. Layak kah aku?

"Baby look here, iyan pilih you tau baby. Bukan orang lain, maksudnya you nak sempurna di mata dia."

"Dah dah, pergi tukar baju cepat. Nanti grandma marah pulak lambat." baju yang tersangkut elok itu dicapai mell lalu disuakan kepada ku.

Selepas selesai menukar baju, aku lihat mell sudah siap dengan pelbagai jenis makeup kepunyaannya. Dari awal lagi mell sudah offer dirinya untuk menjadi Mak andam aku, aku pula hanya setuju. Kalau dengan mell aku boleh minta jenis solekkan mana yang aku suka, dan yang paling penting aku lagi selesa. Tak ada nanti ada yang nak kencing semua.

"Baby you looking so gorgeous." puji mell, lebar senyuman dia apabila melihat wajah aku yang sudah siap makeup.

"Tengoklah siapa yang makeup." puji aku balik, tak dinafikan. Makeup buatan mell menaikkan lagi seri wajah aku.

"Dah siap ke?" Soal Mummy yang tiba tiba masuk ke dalam bilik aku, aku senyum lalu mengangguk.


Ya Allah jantung, kau jangan lah berdegup laju sangat. Kang nanti tak pasal pasal aku masuk ward.

Tangan mell di sebelah aku ambil lalu aku genggam erat, tangan Mummy juga aku jadikan tempat untuk meredakan debaran aku.

Raisya tiada di sini kerana ada hal yang tak dapat dielakkan, selepas aku Pura Pura merajuk dengannya. Dia sempat berjanji yang dia akan datang esok, aku bersyukur. Sekurang kurangnya dia datang juga, walaupun bukan hari ini.


Dengan sekali lafaz, akhirnya aku bergelar isteri iyan yang sah. Hampir jatuh air mata aku sebab terlalu gembira. Mummy di sebelah aku peluk erat, mell juga memelukku.

Selepas Rayyan selesai solat syukur, dia datang ke arah kami. Aku lihat senyuman dia wajahnya sangat gembira, hingga menampakkan lesung pipitnya.

"Assalamualaikum crushie." Sapa iyan.

"Waalaikumussalam abang." tangannya aku capai lalu aku menunduk menyalamnya, tangannya naik mengusap kepala aku lembut.

"Abang? I like it." bisiknya, aku hanya diam tak mampu untuk bersuara. Hanya memandangnya lama.

"Abang tahu abang handsome sayang, tapi banyak orang tengok ni. Nanti diaorang ingat sayang tak sabar." terlepas ketawa Rayyan apabila aku membuat muka.

"Perasan, siapa kata awak handsome." mata aku juling ke atas, iyan hanya senyum lalu mendekatkan jarak antara kami. Aku sedikit terkejut dengan tindakannya, lalu cepat cepat aku mengawal riak wajah.

"You so pretty today crushie." pandangan iyan membuatkan aku tidak selesa, pandangan yang sangat menggoda. Ah tidak, tak boleh jadi macam ni. Aku kena kuat semangat.

"Ehem, you guys in public now. Behave." pesan mell, riak wajahya terang mengatakan dia menyampah dan geram dengan kami.

"Sorry." sengihan tak bersalah aku tayang, jeles la tu. Haha.


Selepas menanggalkan tudung, aku terus menghempaskan badan ke atas tilam. Nikmatnya. Letih betul aku hari ini, dari pagi sampai ke malam melayan tetamu. Walaupun kenduri kami esok, tetapi Grandpa sengaja buat makan makan petang tadi. Ramai juga tetamu yang hadir, yang aku tak kenal pun ramai. Aku hanya memaniskan muka apabila orang yang aku tak kenal datang dan mengucapkan tahniah kepada aku, iyan juga lebih suka mendiamkan diri.

"Boleh solat tak?"

Hampir saja aku jatuh katil kerana terkejut dengan soalan Rayyan yang tiba tiba keluar dari tandas, bila masa dia masuk? Kenapa aku tak perasan?

"Bila masa awak masuk?"

"Masa sayang sembang dengan mell tadi, abang malas nak panggil sayang. Boleh solat tak ni? Kalau boleh pergi mandi cepat, lepastu kita solat sama sama." Aku hanya mengangguk, lalu masuk ke dalam tandas.

Selepas siap solat, aku menyalami iyan dan iyan mencium dahiku lama. Mula mula aku sedikit terkejut, lepastu aku hanya membiarkannya.

"Kuat jodoh kita sayang, Allah pisahkan kita. Abang ingat abang tak boleh jumpa sayang dah. Tapi alhamdulillah Allah makbulkan doa abang, sekarang sayang sah jadi isteri abang."

"Abang harap cinta kita kekal hingga jannah, amin."

Tiba tiba mataku terasa kabur, air mata yang aku tahan dari tadi akhirnya jatuh juga. Aku gembira sangat, tak boleh aku ungkapkan bertapa gembiranya aku.

"Shhh, dah jangan menangis." air mata aku diseka dengan ibu jarinya, aku senyum.

"Thank you."

"Your Welcome and Thank you too." iyan tarik aku ke dalam pelukkanya, membuatkan aku menyenbamkan muka di dada bidangnya. Tangannya menepuk belakang badan aku lembut, meredakan tangisan aku.

"Dah Jom tido, nanti penat pula." ajak rayyan, sejadah yang masih terbentang diambil lalu dilipatnya.


Mata yang sudah tertutup aku buka semula, kenapa tak boleh tidur ni? Badan penat tapi mata tak nak pula tidur. Aku pusing menghadap iyan yang sedang tidur lena, polos betul muka dia bila tidur.

"Kenapa crushie tak boleh tidur ke?" soal iyan, mungkin pergerakan aku menyebabkan dia terjaga.

"Ha ah, tak tahu kenapa tak boleh tidur."

"Come." aku pandang ke arah tangan Rayyan, menyuruh aku tidur di atas lengannya. Tanpa banyak soal, aku meletakkan perlahan lahan kepala aku ke atas lengannya.

"Dah tidur." tangan kirinya naik menepuk pinggan aku lembut, nasib jantung aku tak keluar kerana terkejut.

"Ke nak abang dodoikan?" soal iyan dengan senyuman mengusik, aku mendengus.

"Saya bukan baby la."

"But abang punya first baby and hopefully the Last one." kepala aku digosok, aku senyum manja.

Terima kasih ya Allah, kau telah pinjamkan aku seorang suami yang sangat penyayang. Aku harap cinta kami kekal hingga ke jannah.

"Sleep baby." bulat mata aku terkejut apabila iyan tiba tiba mencium hidung aku.

Tangan aku tutup muka yang membahang kerana malu, dia suka macam ni. Suka bagi aku cair.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now