Mug kelabu yang bercorak bunga itu aku letakkan di atas meja, buku majalah aku capai. Tapi macam pelik je aku baca majalah, ada ketiberan di situ.
Semalam mummy ada melefon ku, menyuruh aku balik ke malaysia kerana mahu aku berjumpa dengan kawanya. Kawan yang mana satu pun aku tak tahu. Mummy juga mengatakan yang daddy mengizinkan aku pulang, kalau macam tu terpaksa la aku pulang ke malaysia.
"Baby, where are you?" Laung mell.
"Here." Balasku.
"You baca majalah baby, what so funny." Aku dah menjeling, tak ada buku nak di baca. Tu la aku rembat je yang mana ada.
"Kenapa?" Soalku.
"You tak bosan ke? I bosan la." Tipu lah kalau aku kata aku tak bosan, sekarang ni rasa macam nak saja pergi jogging ke apa.
"Bosan jugak."
"Apa kata malam ni kita keluar?" Mell dah teruja, aku masih tak rasa apa. Apa masalah pun tak tahu. Ke aku nak rayyan yang ajak. What? Aku dah kenapa, parah betul panahan dia.
"Pergi mana?" Soalku.
"Roda Ferries?" Kali ni bukan mell sahaja yang teruja, sekali dengan aku bersemangat nak pergi. Lamanya tak pergi.
"Boleh."
"Okay lah bye, I nak masuk bilik dulu." Aku hanya mengangguk.
Aku hanya diam melihat dua manusia depan aku ni bergaduh, nak marah pun dah besar. Hanya mampu bersabar dan tahan telinga je lah.
"Jom lah darling." Ajak mell, Leo pula macam alasan dia bagi. Sakit perut lah, pening kepala lah. Kenapa tak kata segugut je?!
"Malas, korang pergi je la." Bantah Leo, mell dah mendengus. Tunggu masa nak meletop, baik aku bawak jauh jauh.
"Dah la mell jom, biar je la dia duduk sorang. Tonight is girl date okay?" Kata ku, malas nak dengar mereka berdua bertekak.
"Ye la baby jom, huh!" Sempat si mell jeling Leo, haih Mell mell.
Lampu yang menyinari malam sangat cantik, warna yang boleh membuatkan para pelacong tertarik dengannya. Tempat ini juga dihias sangat cantik, tak heran la kenapa ramai pengunjung.
"Woahhh! Dah lama tak datang." Aku hanya menahan sabar, harini malas nak marah orang. Huhu.
"I hope I meet my prince Charming here." Kata mell terlebih teruja, aku pun tak tahu macam mana nak kawal budak ni.
"Ye la, I hope so." Balasku.
"Hye, Rossera right?" Tiba tiba ada orang menegur, automatik mata memandang ke arah empunya suara.
"Lucas?" Soalku, takut silap orang. Haih la mell, memang jumpa prince Charming la kau harini.
"Yes, just both of you?" Aku angguk, mell hanya diam. Silap" orang boleh kata dia patung, tak bergerak langsung. Nampak sangat muka tak sukanya.
"Hey Mr captain!" Jerit mell.
"Hello pretty." Aku hanya mencebik, dasar playboy. Huh!
"Nice choices dude!" Kata rayyan, aku pasti dia kata kepada Lucas. Eh? Dah kenapa pula.
"Omg rayyan, we're just friend. Don't be so jealous." Balas lucas pula. Tapi nampak macam kawan baik je? Takkan rayyan cemburu aku rapat dengan Lucas? Mustahil.
"Yeah." Rayyan senyum terpaksa, aku hanya memandang mereka berdua. Jangan nak bergusti sudah.
"Nice to see you guys here." Kata rayyan, aku hanya senyum. Hanya aku saja tahu bagaimana rasa hati yang terlajak gembira ni.
"Nice to meet you too."
"Let's go." Ajak mell. Aku hanya ikut dibelakang, berjalan bersebelahan dengan Lucas. Awkward semestinya.
"Pernah datang sini?" Soal Lucas.
"You can speak malay?" Tanya ku sedikit kuat, gila tak terkejut. Tiba tiba saja cakap melayu. Fasih pulak tu.
"Yes, i'm Islam too." Terlopong aku. Terkejut. Terkaku. Terkedu. Semua ter lah.
"Jadinya awak kawan rayyan?" Lucas hanya mengangguk.
Jadinya betul la mereka saling mengenali, kawan rapat mungkin?
"Tapi Saya ada satu soalan." Lucas hanya diam menunggu aku meneruskan percakapan.
"Kenapa awak kata dekat mell gold digger dulu?" Terserlah gaya mak mak tengah marah, nasib aku tak sinting lengan baju. Haha.
"I don't know, I just like teasing her." tersengih sengih si lucas, aku sudah berasap. Boleh dia kata nak mengusik, dia punya mengusik tu sampai mell benci dekat dia.
"You make her hate you." Balasku, mata terpandang kearah mell dan rayyan yang sedang bergelak tawa. Hati terasa sesuatu, cemburu mungkin.
"I know." serta merta kepala berpaling melihat lucas, nadanya sedikit sayu.
"Awak suka mell ke?" Terus terang aku tanya, tak ada bengkok bengkok dah.
Lucas pula mengangkat kening, buat buat tak paham ke memang tak paham?
"Ala, tak pergi tengok cerita ke apa. Orang cakap apa, klise. Usik usik, sebenarnya suka."
"Dia nak ke dekat I ni, I bukan siapa siapa pun." Aku menjeling.
"Cuba you dekat diri you, pakej. Hansem, bergaya. Tiptop lah." pujiku.
"Seriously?" Aku hanya mengangguk.
"Nanti I baca nombor dia, you cuba la try. Mana tahu menjadi."
"Okey."
"Okay la lucas, kitaorang balik dulu." Pamitku, mata sempat memandang rayyan.
"You kenapa baby rapat dengan mamat tu?"
"Dia okay apa, baik je." Aku tahan senyum, mell sudah menjeling.
"Dah la jom, nanti marah pulak leo kita balik lambat."
Satu perasan menyelinap ke hati, kenapa aku boleh jadi macam ni? Kuatnya panahan kau rayyan.
YOU ARE READING
Miss Rossera
RomanceRossera Arylyn atau nama italinya Rossera Ravious. Seorang gadis yang dingin dan juga introvert. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang dikenalinya sebagai lambang keganasan. Hatinya berharap sesuatu, berjumpa dengan seseorang yang telah mencuri...