BAB 62

373 6 0
                                    

5 tahun kemudian.

Potongan sayur yang sudah aku hiris dan basuh aku masukkan ke dalam kuali yang sudah berada di atas api. Hari ini aku akan memasak banyak menu disebabkan semua ahli keluarga aku mahu datang dan makan bersama-sama dengan kami.

Penat juga aku mahu fikir untuk memasak apa. Disebabkan mereka semua tidak mempunyai cita rasa yang sama, jadi aku perlu memasak banyak menu supaya mereka ada pilihan.

"Mummy ana abang? Dayi tadi ana tak ampak pun dia?" soal anak kedua aku yang bernama Raihana Alisya.

Alhamdulillah Allah sudah mengurniakan aku dua orang cahaya mata dan tidak lama lagi menjadi tiga orang. Aku hamil lima bulan sekarang. Mell juga hamil anak kedua dan Raisya anak pertama.

"Abang kan pergi rumah aunty mell. Ana lupa eh." kata aku. Pipi gebunya aku cubit perlahan.

"Eh ana upa la mummy." balas ana dengan senyuman. Dipegangnya kepalanya menandakan dia lupa bahawa abangnya dia tiada di rumah.

"Daddy mana?" soal aku pula.

"Ada tu kat uar." balas ana.

"Bai mummy ana nak pergi eman daddy, sian daddy." kata ana.

"Habis tu mummy siapa nak teman?" soal aku pula pura-pura merajuk.

"Ha ah kan sian mummy. Eh api mummy ada adik. Adik eman mummy tau, kak ana nak eman daddy." becok suara kecilnya berkata-kata. Aku hanya tersenyum melihatnya.

"Abang diaorang tak ada call ke nak datang pukul berapa?" jerit aku bertanya kepada iyan yang berada di luar rumah.

"Tadi diaorang kata dah on the way sayang." balas iyan yang masuk ke rumah bersama ana.

"Banyaknya sayang masak lauk." tegur iyan yang menjenguk ke arah makanan yang berada di atas meja.

"Saja masak banyak, nanti banyak sikit pilihan diaorang." Balas aku.






"Assalamualaikum." sapa grandpa.

"Waalaikumussalam." balas aku.

"Grandpa sihat?" soal aku lalu menyalaminya.

"Sihat alhamdulillah. Hang sihat?" soal grandpa pula.

Grandpa dan grandma sudah masuk Islam bersama dengan Leo ketika dia mahu berkahwin dulu. Aku sangat bersyukur ketika itu kerana orang yang aku sayang sudah masuk Islam.

"Hai aunty." tegur Mikail yang segak berbaju biru.

"Hai Mika. Mana fael?" Soal aku.

"Hai mummy." baru saja bertanya, sampai juga anak teruna aku seorang ni.

"Ha ni dia." balas Mika dengan sengihan.

"Banyaknya lauk kau masak sera." tegur Raisya yang memasuki ruangan dapur.

"Khas untuk korang. Hari ini mood rajin aku sampai, tu yang buat banyak tu." balas aku.

"Tak susahkan you ke baby, dah la tengah mengandung." sampuk mell pula yang baru datang.

"Tak ada lah, bukan selalu. Dah la jom makan." Ajaku.

Selepas siap makan tengah hari, kami semua lepak di taman bunga. Banyak yang kami bercerita. Tentang selingkuh perkahwinan, kenangan sewaktu kami kecil dan persahabatan kami.

"Nanti bila kita free jom balik kedah." Ajak mell.

"Ha boleh juga, dah lama aku tak balik Kedah ni. Rindu suasana kampung." Kata aku.

Sebaik sahaja bercakap pasal kampung, aku juga tak tahu kenapa hati aku menjadi tenang. Hati aku jadi tenang dan sangat gembira. Mungkin banyak kenangan aku dekat sana. Kenangan sewaktu kecil sehinggalah sekarang. Semua terpahat dalam memori indah aku.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now