BAB 15

132 7 0
                                    

Hari ni merupakan hari last aku berada di kampung, harini kami akan pulang terus ke italy sebelum ke London. Cepat betul masa berlalu, tanpa ku sedar kami akan berjauhan. Nasib juga ada mell dan Leo, tak ada la sunyi aku nanti.

Aku juga gembira harini kerana bakal kakak  ipar ku juga ada, kak Aliya tak cukup ramahnya. Kalau dah berjumpa dengan raisha dan mell, tak kering gusi aku ketawa. Ada saja yang dapat menghiburkan aku.

"Sera okay?"

"Okay kak."

"Happy betul abang bila akak nak datang, dia beli bahan mentah macam nak buat kenduri."

"Seriously." Kata kak Aliya lalu ketawa.

Aku juga ketawa, lawak betul abang aku tu. Sayang betul dekat tunang dia.

"Abang awak tu sweet walaupun kadang menyakitkan hati."

Aku setuju seratus peratus, bukan tak tahu abang tu. Dalam gila-gila dia, ada juga sweetnya.

"Untung akak nanti." Puji ku.

"Rezeki jangan di tolak." Pecah tawa ku.

"Lawak la akak ni."

"Cita-cita tak kesampaian dik."

"Amboi sayang, jumpa Sera terus lupa i." Rungut abang.

Yang abang pun, tak payah la nak bersayang sangat depan aku. Tak tahu ke adik mu ini single, tak payah la bagi sendu lagi.

"Eleh tu pun nak jealous."

"Kan kak." Kata ku.

"Sera dengan Aliya Mai sini." Panggil opah.

"Aaaa Sera, kenapa kau balik kejap sangat. Tak sempat nak bagi my love banyak banyak, tak tahu la tahun bila pula kau nak balik. Nanti selalu la call aku, aku sendu. Huhu." Tubuh ku di peluk erat, merengek macam budak kecik si raisha ni. Padahal air mata setitik pun tak keluar, drama betul.

"Ye la, nanti aku rajin-rajin call kau. Kau sendu call la leo." Usiku.

Pedih lenganku akibat terkena jari ketam cik raisha nabila, kuku dia tak potong ke apa? Tajam betul. Boleh berdarah tangan aku, huhu.

"Nanti hang mai lagi la nah." Pesan opah.

"Nanti dia mai lagi la tu cik syah oi, tak kemana cucu awak tu." Kata tokwan, aku sengih.

"Abang ni." Opah pukul tokwan manja.

"Amboi couple dua orang ni sweetnya." Usik abang.

"Kan kan." Sampuk mell.

"Of course." Jawab opah, pecah tawa kami semua.

Pandai opah buat lawak eh, terhibur aku. Macam mana la nak pergi London kalau macam ni jadi nya.

"Dah dah, nanti lambat pulak sampai." Kata mummy.

Selepas habis sesi berdrama kami segera pulang ke italy, tidak sempat aku mahu berjumpa dengan jamil dan rafieq. Tetapi aku tidak lupa janji yang ku lontarkan kepada mereka, akan ku tunaikan nanti insyaallah.

Tanpa sedar aku mengeluh, aku tak suka duduk dalam kapal terbang lama lama. Sebab bosan yang amat teruk nanti, dah la mata pun enggan berkerjasama.

Aku kerling mell di sebelah, elok je dia tidur. Kenapa la aku tak boleh tidur ni aduhai, payah betul.

Selepas beberapa minit membelek telefon, akhirnya aku mengambil keputusan untuk ke tandas. Mahu membasuh muka, kasi segar sikit mata.

"You pergi mana baby?" Soal mell bila aku dah kembali ke tempat duduk.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now