BAB 28

100 7 0
                                    

Beg sandang berwarna ungu itu aku zip rapi, lebihan baju yang tidak muat aku letak ke dalam bagasi. Pejam celik Pejam celik sudah seminggu aku di kampung, hari ini aku akan pulang ke London semula. Mahu atau tidak mahu aku mesti pulang juga ke London, semester baru tinggal beberapa hari sahaja lagi. Aku juga sudah Rindu dengan sepupu manja aku sorang itu.

"Dah siap ke?" soal Raisya yang terjenggul kepala di depan pintu.

"Dah."

"Nanti call la aku, bosan tahu tak? Hmm." aku hanya sengih melihat riak wajah Raisya yang cemburut itu, terbit rasa kesian juga kepadanya kerana aku dengan Mell tinggal bersama.

"Jom la nanti Study london." ajak ku dengan senyuman, bukan selalu nak layan perangai Raisya ni. Hari ni sekali dengan aku beremosi.

"Tak nak la aku."

"Kenapa pula?" Soal aku pelik, tadi bukan main sedih.

"Ada leo malas la aku."

"Patut la." sengaja aku cuit bahunya, selalu dia yang rajin menyakat aku. Kali ni peluang keemasan aku pula.

"Kau jangan pikir macam macam eh, aku tumbuk kang." aku hanya senyum nakal, eleh nak berahsia pula. Macam la aku tak tahu. Diam diam hati berbutik la tu.

"Tak nak mengaku pula."

"Opah Raisya suka leo." saja aku menyakatnya.

"Sera!"

"Jaga kau." mengekek aku ketawa sambil melarikan diri, dah macam budak budak tadika dah main kejar kejar dalam rumah.

"Hampa dua dah kenapa? Main hambat hambat dalam rumah." marah opah yang baru keluar dari dapur, macam biasa kami hanya menayang sengih.

"Sera tu opah menyakat orang." Adu Raisya, aku hanya menjelirkan lidah.

"Opahhhh!"

Ketawa aku makin kuat melihat mulut Raisya yang sudah muncung mengalahkan itik itu, aduh senak perut aku.

"Yang Hang ni Sera awad seronok sangat harini?" soal opah pelik.

"Saja opah."

Ha ah kan kenapa aku Happy sangat harini? Sampai boleh main kejar kejar. Takkan sebab semalam kot?

Apabila mengingati hal semalam, muka aku kembali membahang. Malunya aku. Kenapa aku boleh cakap Kat dia yang aku cintakan dia. Ya Allah Sera, apa kau dah buat ni. Dia milik Alisya Sera. Jangan rampas hak orang lain. Aku tak nak karma makan diri.

"Sera dah siap ke?" soal Rayyan yang tiba tiba muncul bersama tokwan.

Aku hanya mengangguk. Beg aku beri kepadanya. Tangan opah aku ambik lalu aku cium lama, mesti lama lagi aku nak balik sini.

"Nanti kalau Hang tak sibuk telefon la mai." kata opah.

"Baik opah, nanti sera Call kalau sera free."

"Sedihnya aku." mula dah makcik ni berdrama, makin hari makin beremosi.

"Tak payah nak berdrama sangat la Ye wahai cik Raisya, boleh je Call aku nanti. Video Call ke." kata aku.

"Tak best, tak leh nak peluk." pelukan di badan Ku makin erat dipeluknya, haih mengalahkan budak kecik saja budak ni.

"Nanti aku hantar Leo, kau peluk la puas puas." pedih bahu aku ditampar Raisya.

"Kau ni sakit tahu tak?" marah aku, bahu aku gosok kasar.

"Tahu pun, ingat aku tak sakit hati hah." ewah orang marah dia, dia marah aku balik.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now