BAB 51

125 3 2
                                    

"Kenapa sayang marah Alisya tadi? Dia tak bersalah pun." Kata iyan sebaik saja masuk ke dalam bilik.

Aku hanya diam. Malas mahu bergaduh pasal Alisya. Hati aku masih sakit kerana iyan masih mahu menyebelahi dia.

"Sayang!" tangan aku ditarik iyan semasa aku mahu keluar dari bilik. Kepala aku dongak melihat wajahnya yang serius menunggu aku menyambung.

"Dia yang buat mell macam tu? Kenapa saya tak boleh marah?" soal aku pula. Kesabaran aku mula menipis.

"Dia tu baik."

"Habistu awak nak cakap sepupu saya jahat? Macam tu ke?" tanya aku kuat. Aku memandangnya tajam.

"Abang tak kata macam tu." balas iyan lembut.

"Habistu? Abang nak kata apa? Alisya tak bersalah? Mell sengaja tuduh dia? Mell takkan tuduh orang kalau dia tak ada bukti!" kata aku geram.

"Kalau awak masih nak bela Alisya dan salahkan mell terpulang pada awak. Saya tetap akan percaya sepupu saya. Mell ada dengan saya setiap waktu, sejak dari kecil lagi. Dan alisya baru muncul, awak ingat saya akan percaya dia bulat bulat."

"And you know what? I lost my trust in you." aku berlari keluar sebaik saja aku habis berkata.

Bilik mell aku tuju. Raisya tidur dengan mell malam ni sebab iyan dah balik.

"Sera kau kenapa ni?" soal Raisya sebaik saja aku masuk ke dalam bilik.

"Weh kau menangis ni kenapa?" badan aku dipeluk oleh raisya. Tangisan yang aku tahan dari tadi akhirnya pecah. Teresak-esak aku menangis dalam pelukkan dia.

Mell juga datang memeluk aku dan Raisya. Lama juga kami bertiga berpelukan sebelum Raisya merungkaikan pelukan.

"Kenapa dia nak bela Alisya, Raisya? Kenapa?" soal aku perlahan, hati masih sakit dengan perangai iyan sekarang.

"Sabar sera." belakang tubuh aku digosok Raisya perlahan.

"I memang yakin yang dia perempuan malam tu baby." mell pula membuka mulut.

"Baby sorry kalau sebab I you dengan iyan bergaduh." kata mell, dia memandang aku dengan penuh simpati.

"Aku tak salah kan kau mell. Aku memang tak suka Alisya dari dulu lagi."

"Malam ni apa kata kalau kita cari maklumat tentang alisya." cadang Raisya, aku hanya menangguk.

"See kan aku dah cakap Sera, dia perempuan tu." meja kayu ditepuk kuat oleh Raisya.

Mata aku masih tertancap pada skrin laptop yang masih menyala. Tentera nama panjang Alisya iaitu Alisya Dania. Atau mahu aku berkata lagi AD.

Walaupun aku geram setelah mendapat tahu yang dia orangnya, tapi aku tak percaya seorang yang lemah lembut sebaliknya seorang yang kejam.

"So apa kita nak buat?" soal mell, dipandang aku dan Raisya bersilih ganti.

"Aku nak jumpa dia esok." kata aku yakin. Aku mahu berjumpa juga dengan dia.

"Kau gila ke Sera? Kalau jadi apa apa macam mana?" soal Raisya sedikit marah dengan kata kata aku.

"Kau jangan risau Raisya. Aku cuma nak tanya dia. Aku nak tengok sejauh mana permainan dia." aku mengenggam penumbuk.

"Terpulang pada kau Sera. Kalau aku tak bagi pun kau tetap degil juga. Cuma satu je aku nak pesan, kau kena hati hati." Nasihat Raisya.





Gelas yang berisi air latte aku ketuk perlahan. Kepala memandang sekeliling mahu melihat jika Alisya sudah datang.

Aku menyuruh dia datang ke Cafe Evbel untuk berbincang tentang sesuatu. Aku rasa dia tak bodoh untuk tahu yang aku sebenarnya sudah tahu siapakah dia yang sebenarnya.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now