BAB 45

85 3 0
                                    

Tok!

Tok!

Tok!

"Sera!"

"Sera!

" Sera buka pintu!"

Aku terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi ketukkan pintu yang kuat dan bertalu-talu. Walaupun kepala aku terasa pening, tapi aku gagahi diri untuk bangun.

Selendang yang berada di atas kerusi aku capai, aku hanya meletakkan di atas bahu.

"Kenapa ni leo?" soal aku sebaik saja aku buka pintu. Dapat aku lihat riak wajah Leo yang panik.

"Mell."

"Kenapa dengan mell?" Aku pandang Leo. Mahukan jawapan darinya.

"Dia tak balik lagi." terbuntang mata aku mendengar kata kata Leo. Mell tak balik lagi?

Aku pandang jam di dinding, jam menunjukkan sudah pukul sepuluh malam dan mell belum pulang.

"Dia ada Call kau tak? Kau dah Call Lucas?"

"Dia tak ada Call aku. Aku dan call Lucas tapi tak jawab. Mell pun tak jawab call. Mell ada Call kau?"

"Kejap." aku berlalu untuk mengambil telefon aku. Mahu lihat kalau mell ada menghubungi aku atau mesej kepada aku. Kerana tadi aku tidur. Aku belum buka telefon lagi.

Ada dua mesej dari mell. Tapi gambar. Gambar? Tangan laju membuka gambar tersebut. Dapat aku lihat mell dan Lucas sedang diikat. Dibawahnya ada satu mesej.

Look I have Say it before. Came Here or your cousin die.

"Ada tak sera?" Leo merampas telefon aku apabila aku hanya diam. Terasa kaki aku tidak mampu berdiri membuat kan aku jatuh sebelum disambut Leo. Leo memapah aku ke katil.

"Mell Leo." kata aku lemah. Sungguh aku betul betul letih. Banyak sangat cabaran yang aku hadapi sekarang. Semua datang serentak.

"Apa kita nak buat? Aku takut kalau mell jadi apa apa." tubir mata aku sudah berair. Tunggu untuk jatuh saja. Aku meraup muka.

"Kau kena rehat, biar aku dan orang Grandpa yang pergi. Aku tahu kau tak sihat. Aku tak nak kau pula yang sakit nanti."

"Tapi kalau apa apa terjadi dekat mell macam macam Leo? Semua ni salah aku. Mell tak ada kena mengena. Kenapa diaorang kena libatkan mell. Kalau nak seksa, seksa aku sorang. Tapi kenapa perlu orang yang aku sayang." Air mata yang aku tahan dari tadi, kini jatuh membahasi muka.

"Sera kau jangan macam ni. Sera yang aku kenal kuat. Aku tahu kau kuat sera." pujuk Leo lembut.

"Aku cuba untuk kuat Leo. Aku cuba. Aku cuba untuk tak mengalah. Tapi sekarang aku tak boleh. Aku rasa letih. Aku dan mampu nak kuat macam dulu."

"Dengar sini Sera. Kau tak boleh lemah macam ni. Mell sayang kau. Dia sayang kau sangat sangat. Kau kena kuat untuk dia Sera. Dia yakin kau akan datang tolong dia."

Aku hanya mampu diam. Hendak bercakap pun aku tak kuat. Betul kata Leo Sera. Kau kena kuat. Mell perlukan kau.

"Kalau aku ikut kau boleh?"

"Aku Bukan tak nak bagi tapi kau tengok lah. Kau tak sihat Sera. Kalau jadi apa apa nanti macam mana?" kata Leo lembut, prihatin dengan keadaan aku sekarang.

"Aku Oke Leo. Aku cuma letih." aku senyum. Aku mahu menunjukkan yang aku mampu pergi bersamanya.

"Please leo." muka aku maniskan sehabis mungkin.

"Ye la. Tapi janji dengan aku yang kau akan jaga diri kau."

Aku angguk. Tangan naik seperti sedang membaca ikrar.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now