BAB 54

106 3 0
                                    

Dinding hospital berwarna ungu itu aku pandang lama. Fikiran aku kosong saat ini. Aku tidak tahu apa yang boleh aku buat dan apa yang perlu aku buat. Aku sangat buntu.

Iyan dan Mummy masih di dalam unit jagaan rapi. Aku tak mahu hilang orang yang aku sayang serentak. Sungguh aku tak mampu.

Doktor memberitahu keadaan iyan dan Mummy sekarang kritikal, dan apa-apa juga boleh jadi.

"Baby you okey?" tegur mell, tangan kanan aku dipegang olehnya.

"Aku tak tahu mell. Aku cuba untuk kuat, tapi sejujurnya aku tak mampu. Aku tak mampu terima kenyataan." luruh suara aku tika ini.

"I Know baby, tapi i nak you tahu yang I ada dengan you baby. Semua orang ada dengan you. Semua orang sayang you baby." belakang badan aku digosok lembut oleh mell.

Sama macam iyan. Ya Allah aku rindu dengan suami aku. Kau selamatkanlah dia ya Allah.

"Thank you mell."

"Most Welcome."

Selepas beberapa minit aku berbual dengan mell, Leo datang bersama Lucas.

"Kau okey tak sera? Asal muka kau pucat? Kau tak makan ke apa ni?" soal Leo sebaik sahaja melihat muka aku.

"Aku okey Leo, cuma penat." balas aku.

"Kau dah makan ke belum?" soal Leo lagi. Masih tidak puas hati selagi aku tak jawab pakcik ni. Haih!

"Belum." balas aku malas.

"Belum!" kata Leo sedikit kuat.

"Kau ni Leo, kita sekarang dekat hospital bukan dekat rumah. Perlahan lah sikit." marahku.

"Kau la kenapa tak nak makan. Ni aku ada bawa makanan, kalau tak makan juga siap kau." satu beg plastik dihulurkan kepada aku, lambat-lambat aku mencapai beg tersebut.

"Okey encik Leo, nanti patik makan."

"You all berdua tak kerja ke?" soal mell hairan.

"Tak." balas Leo mudah.

"Sebab?" soal aku pula.

"Nak tengok kau la. Kau kena bersyukur, aku sanggup cuti semata-mata nak teman kau tahu." kata Leo sedikit berlagak.

"Ye la, aku bersyukur sangat dapat sepupu yang hansem dan baik macam kau." perliku.

Tawa Leo meletus. Aku juga turut senyum. Sedikit sebanyak menghilangkan rasa kegusaran di dalam hati.





"Baby you okay tak ni? Kenapa muka you tambah pucat ni?" soal mell risau, wajah aku dibeleknya.

"Aku okey, tapi kenapa rasa macam nak termuntah." kata aku.

Uwerk!

Belum sempat aku mahu menutup mulut, tiba-tiba segala benda dalam perut aku sekarang sudah terkeluar. Nasib juga tak kena mell. Kalau tak mahu menjerit dia.

"Jom pergi toilet." ajak mell.

Sebaik sahaja kami sampai di tandas, aku memandang muka aku di sebalik pantulan cermin, memang pucat. Bibir aku juga sedikit merekah. Padahal aku kerap minum air, tapi kenapa merekah juga?

"Aku tak larat la mell." aduku. Aku rasa nak aje aku duduk dekat tandas sekarang ni, dekat dengan singki.

"You tunggu sini Baby, I pergi panggil nurse." Beritahu mell sebelum dia meninggalkan aku.

Selepas beberapa minit kemudian, mell datang semula dengan dua orang nurse.

"Anything okay right doctor?" soal aku kepada seorang doktor perempuan yang sudah merawat aku tadi.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now