Bye guys! Hey ladies, muah!
Telefon mimbit aku capai, dengan mata yang hanya separa terbuka aku tutup jam. Bila diingatkan balik, hendak ketawa pun ada. Aku ada bertanya kepada mell, ada tak something yang lawak untuk jadi jam penggera. Dia la yang cadangkan aku letak ayat soobin txt yang viral tu. Aku pun letak je la, okay juga la. Ceria la sikit.
Perkara pertama yang aku pikir kaki aku, dah lega ke? Kalau belum, macam mana aku nak pergi tandas ni? Nak suruh abang pun, dah sampai ke perak ada kerja. Takkan nak suruh meera, susahkan dia pula.
Tok!
"Akak ni meera, akak dah bangun ke?" Panjang umur budak ni, baru seru dah sampai.
"Masuk lah." Jawab ku.
"Tolong akak boleh, akak nak ambik wuduk." Meera hanya mengganguk, tangan kanan aku dipegangnya.
"Akak boleh ke solat macam biasa?"
"Haah kan, kaki akak sakit lagi ni. Solat duduk je la kalau macam ni."
"Meera keluar dulu tau, nanti apa apa call."
"Okay.
Alhamdulillah kaki aku sudah tidak sakit sangat macam semalam, sekarang ni boleh je kalau nak jalan. Cuma lambat sikit lah, tapi aku bersyukur. Sekurang kurangnya, tak ada la yang kena dukung.
"Sera nak balik jugak ke hari ni?"
"Ye mummy, sebab nanti dah nak masuk sem. Tak tahu bila pula balik." Jawab ku.
"Lepastu kaki cam na? Okay?"
"Okay mummy, dah boleh jalan." Senyuman paling manis aku tayang, supaya mummy tidak risau lagi keadaan aku.
"Okay la jom turun." Ajak mummy, aku angguk.
"Sera kaki dah okay?" Soal aunty tatkala aku dan mummy tiba di meja makan.
"Dah okay aunty." sempat juga aku membalas senyuman dengan uncle.
Eh mana iyan? Kata nak balik rumah Opah, ke tak jadi.
"Iyan ada hal kejap, kejap lagi dia balik." aku hanya sengih apabila aunty macam tahu tahu je aku cari anak teruna dia.
"Jadi jugak ke nak balik hari ni?" Soal uncle.
Aku angguk. Kalau aku sakit kaki pun, aku tetap nak balik jugak. Degil kan? Tapi itu la kenyataannya.
"Sera naik dulu ye, nak kemas barang." aku lihat aunty dan uncle hanya mengangguk.
Iyan ni dah balik ke belum? Kang lambat pula sampai kampung, buat hal betul la mamat ni. Aku balik sorang je kalau macam ni. Ayat macam merajuk je kau sera.
Selepas siap packing semua baju, aku membuat keputusan menunggu iyan di bawah.
"Haish lambatnya mamat ni, kena culik ke apa? Sabar sera sabar, kau sekarang dekat rumah orang. Bukan rumah kau, jangan buat perangai." bebelku, jam di tangan aku belik semula. Berapa kali aku belik pun tak tahu, menunjukkan bertapa lambatnya si iyan ni.
"I'm really sorry I'm late." balik jugak orang yang ditunggu tunggu ni, kalau ikut kan hati mahu je aku smackdown. Tapi tu la, dekat rumah dia pulak tu.
"Ingat kena culik tadi lama sangat." perli ku, iyan hanya sengih. Tu je la dia tahu.
"Dah jom."
"Baju kau dah packing ke?" soal ku.
"Dah sayang, jom." aku membuat muka, saja la tu nak bagi hati aku tak tenteram.
"Kau dah makan?" soal iyan, aku angguk. Dia dah makan ke belum, nak tanya malu la pulak. Cis gedik je kau.
"Aku tak makan lagi, kita berhenti kejap tau. Lapar la."
"Okay."
Selepas hampir sejam perjalanan, akhirnya kami tiba di sebuah restoran. Iyan merungut lapar dari tadi, macam budak kecil je.
"Kau tak nak makan?"
"Dah kenyang."
Selepas selesai menunggu iyan makan, aku keluar menunggu di luar restoran. Ramai sangat orang, rasa sesak nafas pun ada.
"Jom." tanpa membuang masa, laju kaki mengikuti langkah iyan yang besar. Orang tinggi memang jalan laju eh?
"Kalau kau nak tidur, tidur je la. Aku tak buat apa pun." kata iyan, aku hanya menjeling. Suka perli orang huh!
Tiba-tiba telefon aku berbunyi minta di angkat, tentera nama Raisya di screen. Jarang minah ni call aku, dah kenapa?
"Hello sera!"
Mak aih minah ni lepas tertelan mic ka apa, kuat betul suara.
"Apa Hello Hello, salam mana?" Marahku.
"Ahaha, assalamualaikum wahai Rossera Arylyn. Marabuka."
"Oit kau." minah ni kalau tak buat lawak bodo tak sah, geram je aku.
"Kau otw eh sekarang? Dekat mana dah? Balik dengan siapa?"
"Kau ni cuba tenang sikit, tak ke mana pun aku kalau kau tanya satu satu."
"Excited ni, kau tak tahu bertapa excitednya aku. Bosan tahu duduk sorang-sorang." tergelak aku dengar suara mintak kaki Raisya, mengadu no satu. Eh, tapi tak boleh lawan Mell la. Yang tu Ratu segala drama.
"Ye la, kejap lagi aku sampai. Balik dengan siapa tu nanti kau tahu la."
"Eleh kau, saja nak berahsia pulak. Menyampah!"
"Mana boleh cerita kat kau, mulut kau tu murai. Kang satu kampung kau cerita."
"Sampai hati kau sera, huhu."
"Takyah nak merajuk sangat, Okay la aku off dulu tau."
"Okay la bye."
"Bye."
"Siapa tu?" soal iyan, mata sempat mengerling aku di sebelah sebelum melihat ke depan semula.
"Raisya."
"Raisya yang mulut murai tu?"
"Ha ah." sian kau Raisya, kena cop mulut murau. Tapi aku pun kata tadi? Jadi salah siapa ni?
Selepas kebas punggung di dalam kereta, akhirnya kami tiba juga di rumah Opah dan tokwanku. Terlihat Opah dan Raisya duduk di parkin, minum petang la tu.
"Assalamualaikum."
"Seraaaa!!"
"Eei Raisya busuk tahu." badan Raisya aku tolak sebaik mungkin, minah ni kan.
"Aku baru mandi lah, mana ada busuk."
Aku hanya tayang muka tidak bersalah, kaki di atur menuju ke Opah.
Lengan baju aku ditarik Raisya, kenapa pula minah ni. Aku menaikkan kening.
"Sapa tu? Handsomenya, Mamat Itali mana ni hang rembat. Mata tu mata tu, hijau. Aih tak boleh aku." bisik Raisya, aku hanya menahan ketawa.
"Ni pakwe hang ka sera?" Soal tokwan yang tiba-tiba muncul, iyan hanya sengih lalu menyalami tokwan.
"Saya iyan, anak Helena." kata iyan dengan senyuman manisnya, Raisya di sebelah dah cubit-cubit aku. Sakit tahu tak.
"Laa iyan ka? Makin segak aih, muka Itali sungguh. Hidung mancung terletak." puji opah.
Jangan puji sangat opah, kang ada yang kembang sebulan.
"Ha jom la masuk, opah ada goreng cucuq. Sedap tak tau la." Ajak opah mesra, amboi opah terus mesra.
"Jap jap iyan, macam pernah dengar nama tu?" Bebel Raisya, aku hanya selamba jalan meninggalkannya.
"Hah! Sera!"
"Apa hang ni?" tanya aku malas, sebab aku tahu dia nak tanya apa.
"Ni kan iyan kawan hang dulu? Macam mana boleh jumpa?"
"Malam ni aku story dengan kau, sekarang ni penat la." Balas aku.
Sebenarnya aku malas nak cakap pasal benda ni, tapi disebabkan Raisya dah tanya. Terpaksa la aku berstory mory dengan dia.
YOU ARE READING
Miss Rossera
RomanceRossera Arylyn atau nama italinya Rossera Ravious. Seorang gadis yang dingin dan juga introvert. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang dikenalinya sebagai lambang keganasan. Hatinya berharap sesuatu, berjumpa dengan seseorang yang telah mencuri...