Langit yang cantik itu aku pandang dengan hati yang berbunga, gumbulan awan yang sangat cantik. Hening petang berlalu memberikan laluan kepada angin bertiupan damai, sejuk rasanya muka ditampar lembut oleh angin.
"You ni baby tenung langit macam nampak rayyan." aku dah mencebik, rayyan juga disebutnya.
"Tak habis rayyan kau ni mell." marahku.
"Hehe, dah la jom."
Setelah hampir dua minggu berada di kota london ini, baru lah har ini kami berpeluang berjalan-jalan disebabkan kesuntukan masa. Aku dan mell hanya bercadang ke taman saja, ingin menghirup udara segar.
"Eh ada jual aiskrim, jom baby." aku dah tergelang, mell ni budak-budak pun boleh malu dengan perangai dia.
Tanpa membuang masa laju kaki mengikuti langkah mell yang laju itu, nak marah pun dah besar. Rajin betul makan manis, dapat diabetes baru tahu.
"Bukan semalam kau dah makan aiskrim ke mell?" soalku, mell di sebelah ku pandang.
"Yes, tapi semalam tu sebab stress. Tu I cari dessert."
"Kalau ajak raisya mesti lagi best kan." kata ku, teringat pulak sepupu aku yang lagi satu tu. Mesti bosan sorang-sorang, aku suruh call dengan Leo tak nak. Jual mahal.
"Kan tu la, mesti lagi best."
"Aduh!"
Terjatuh aiskrim yang berada di dalam genggaman aku akibat dilanggar seseorang, siapa pula ni. Nasib aku ni bukan pengemar aiskrim, kalau tak mahu menangis tengok aiskrim yang dah cair tu.
"Omg sorry." Kata manusia yang telah melanggarku, suara lelaki.
"Sokay."
"Let's I buy you new ice cream." ajak dia, aku menahan ketawa. Ingat aku budak ke apa?
"It's okay, it just ice cream." Balasku.
"Are you sure?" Soalnya lagi, aku angguk.
"I'm lucas." Lelaki itu memperkenalkan diri, aku hanya memandang tanganya.
"Rossera and me..."
"Mellinda." terkejut aku apabila lucas menyebut nama mell, mell pula hanya diam membisu. Aik pelik, ada apa-apa jadi ke. Selalunya mell akan jual minyak, tapi kali ni.
"Eh mell nak pergi mana?" soalku melihat
mell yang dah tinggalkan aku, sempat aku melambaikan tangan kepada lucas."Kau kenapa mell okay tak ni?" prihatin aku bertanya.
"Okay." balas mell ringkas, ternaik kening aku.
"Ex kau ke?" dari gaya mell nampak macam tengah broken, mungkin bekas teman lelaki dia?
"Bukan."
"Habistu? Mell Cuba cerita." aku padang mell lama, tangannya ku genggam. Memberi kekuatan.
"I pernah jumpa dia dekat atas cruise haritu, and you know what? Dia marah sebab I terlanggar dia, I langgar sikit je pun. Bukan sampai jatuh dalam laut. I pun balas la balik, and guess what he said that I'm gold digger. The end." cerita mell bersungguh-sungguh, gaya macam nak bagi syarahan. Aku dah tahan ketawa.
"Macam mana dia tahu nama kau?"
"Entah, biar la dia. Dia ingat dia handsome sangat ke, Leo lagi handsome." kalau Leo dengar ni, mahu kembang seminggu. Haha.
"Tapi tadi nampak macam gentlemen?" Mell hanya mengangkat bahu.
"Kau tak ingat aidan ke mell?" soalku, mell kulihat sedikit terkejut.
Aidan, atau nama penuhnya Lucas Aidan. Teman kami sewaktu kecil. Aidan dan iyan sama umur, Leo pula muda setahun dari mereka. Kami sering bermain bersama, kerana kami berjiran. Tetapi waktu kami berusia 5 tahun, mereka berdua pindah. Kami pun tak tahu mereka berdua pindah ke mana, hati teringin berjumpa dengan mereka.
"Kenapa you tanya soalan tu baby?" soal mell lambat-lambat.
Sebab aku pun tahu kau cintakan dia mell, sama macam aku. Kita berdua managih cinta yang tak pasti mell.
"Sebab aku tau kau pun tunggu dia, walaupun kau bercinta dengan ramai lelaki. Tapi aku tahu, hati kau dekat dia. Kan?" kata ku, aku paham kau mell.
"Yes, tapi macam you cakap. Kita pun tak tahu diaorang masih hidup ke tak." aku angguk, setuju dengan kata katanya.
"One day I hope we will meet them, Insyaallah."
"Jom sambung jalan, dah lewat ni."
Tiba-tiba telefon aku berdering minta diangkat, tangan ku seluk masuk ke dalam poket seluar. Tentera *LEO (Cat lover)* di skrin ku, sah dah tu Leo dah membebel kami pulang lewat.
"Yes." jawabku.
"Korang ni lambat lagi ke? Dah nak malam ni, dah tak pandai tengok jam ke apa? Balik cepat sikit, kalau jadi apa-apa kang sapa yang susah?" Hampir pekak telinga aku akibat terdengar bebelan Leo yang dah macam mak-mak tu.
"Kitaorang dah nak balik, kau ni mengalahkan opah. Kerja membebel je." kata aku tak puas hati, mata dah juling ke atas.
"Kalau aku tak bebel, siapa yang nak bebel dekat korang. Dah balik cepat sikit." aku menekan punat merah dengan geram, haih.
"Leo ni macam la kita ni budak-budak lagi, geram i." rungut mell, aku mengeluh.
Pintu rindu aku buka dengan perlahan lahan, sekali pandang macam orang nak pecah rumah. Tetapi hakikatnya, gaya remaja yang pulang lewat dan takut di notice oleh parents. Terjengket-jengket aku dan mell berjalan masuk ke bilik, takut mak harimau perasan.
"Sejak bila jadi detective?" perli Leo, serta merta aku dan mell brek emergency.
"Hehe, eh mana ada." aku dan mell hanya tersengih, kantoi pula.
"Korang pergi mana?" soal Leo serious, tertelan air liur aku.
"Kitaorang pergi kedai kejap, lapar." kata ku lambat-lambat, Leo tengok je macam tu. Sekali naik angin, hamba susun sepuluh jari.
"Tapi kitaorang tak lupa you tau darling, ni kitaorang beli makanan favourite you." Kata mell lembut, mata di kelip-kelip.
"Ye lah." kata Leo pasrah, aku dan mell senyum lega.
"Sayang you leo." kata aku dan mell serentak.
Dengan senyuman paling manis aku berikan kepada Leo, dengan pantas kaki berlari naik ke atas.
YOU ARE READING
Miss Rossera
RomanceRossera Arylyn atau nama italinya Rossera Ravious. Seorang gadis yang dingin dan juga introvert. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang dikenalinya sebagai lambang keganasan. Hatinya berharap sesuatu, berjumpa dengan seseorang yang telah mencuri...