BAB 27

101 7 0
                                    

Pagi hari ini kelihatan agak mendung, gaya macam nak hujan. Tapi kalau hujan rosak la rancangan aku nak main layang layang.

Si Raisya ni pun, mana la dia pergi. Dari tadi batang hidung pun tak nampak. Aku bangun lambat sangat ke?

Seraya itu telefon aku belek melihat jam, baru pukul 9 pagi. Bukan lambat sangat pun.

"Sera."

"Ye opah kenapa?"

"Mai tolong opah buat cucuk sat, opah nak pi mandi sat. Haini tak dan mandi lagi."

"Opah nak pergi mana? Nampak macam kalut sangat ni." soal aku, nampak gaya macam urgent sangat tu. Sampai kerusi pun di langgarnya.

"Ni mak cik aton anak dia yang baru bersalin tu balik dah."

"Ouh."

"Ha opah pi dulu." aku hanya mengangguk, pinggan berisi karipap ku capai.

"Oii! Sera!" nyaris sahaja penyenduk jatuh kena kaki, nasib juga tangan cepat tangkap.

"Raisya!" sempat aku jeling kepadanya, sebelum mengutip beberapa ketul karipap yang jatuh.

"Hehe kau goreng apa tu?"

"Karipap, kau pergi mana hah? Pagi pagi dah menghilang."

"Kedai, opah la suruh aku beli gula. Nasib aku dah mandi, kalau tak naya ja pakai pijama."

"Ouh, ni kau ada nampak Rayyan tak?" soal aku, ni lagi sorang. Dari tadi tak nampak batang hidung.

"Mana la aku tahu, dia ikut tokwan la kot."

"Rindu ke?" tersengih sengih si Raisya, siap cuit cuit bahu aku lagi. Tampo Kang baru tahu.

"Mana ada, kenapa tanya pun tak boleh ke?"

"Eleh, Rindu cakap je. Tak ada sapa nak marah pun."

Aku Rindu dia ke? Takkan la, baru semalam jumpa. Rumah pun sekali.

"Eh Sera boleh tolong aku tak, tolong aku ambik buah mangga. Lama tak makan, please."

"Ye la." kaki aku atur ke halaman rumah, hampir buntu juga aku nak pilih pokok yang mana satu. Banyak sangat. Mangga putik la mangga masak la.

"Galah pun takdak ni, aku nak panjat ke?" soal aku seoarang diri.

"Raisya, ambik bekas nak letak buah."

"Raisya!"

"Raisya!"

"Arghhh!"

Tangan yang aku menahan tergelincir disebabkan aku asyik pandang ke bawah, cuma berdoa tak patah tulang je la.

"Kau buat apa atas pokok?"

Eh? Ada orang tolong aku ke? Laki pula tu? Iyan ke?

Kelopak mata aku buka perlahan lahan, takut juga betul yang tolong aku ni iyan. Mahu kena bebel.

Aduhai, betul pula terkaan aku.

"Lain kali guna otak, buat apa tokwan buat galah. Kalau kena panjat pokok juga."

"Kan aku dah cakap, perli la perli. Huh! Bukan nak kesian dekat aku." Rungut aku sambil mengutip buah mangga yang jatuh.

"Kau nak pergi mana?"

"Masuk rumah." Balas aku geram.

"Tunggu sini aku ambil galah."

Aku hanya diam, balas nak jawab. Makan hati tahu tak? Geram je aku haih. Sabar sabar sabar Sera.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now