BAB 49

84 2 0
                                    

Barang yang aku sudah siapkan sebentar tadi aku pandang semula. Hari ini aku dan Raisya bercadang mahu membuat kek untuk mell.

Segala barang keperluan telah aku siapkan. Kek coklat juga jadi pemenangnya memandangkan mell dan Raisya suka kek coklat. Jadi kek cheese aku tewas begitu saja.

Pada mulanya aku rasa geram juga sebab aku yang kena buat kek tapi bukan flavor yang aku suka. Tapi disebabkan kek ini kami buat khas untuk mell, semua perasaan geram aku hilang. Hanya tinggal perasaan teruja saja sekarang.

"Raisya kau buat apa? Cepat la!" teriak aku yang sudah berada di dapur.

"Okey Jom. Sorry aku sakit perut pulak." balas Raisya dengan sengihan.

"Leo mana?" soal Raisya, aku memandangnya pelik. Aih, tak pernah pernah tanya pasal Leo. Kenapa hari ini tiba-tiba pula.

"Kau dah kenapa tiba-tiba tanya pasal dia? Rindu eh?" soalku dengan senyuman mengusik.

Balasannya bahu kanan aku ditampar kuat oleh Raisya. Pedih bahu aku!

"Kau ni." marah aku. Bahu aku Gosok kasar.

"Itu la mulut tu tak reti nak beli insurans. Aku tanya sebab malas nak tengok muka dia. Tambah lagi kalau dia cakap, rasa macam nak cili je mulut dia." bersungguh-sungguh Raisya bercerita, pekek tepung digenggam erat. Bagaikan sedang melepaskan marah.

"Kau kalau nak marah sekalipun. Tak payah la rosakkan tepung aku." Peket tepung yang berada di tangannya aku ambil. Kalau lama lama mahu terkoyak peket itu.

"Geram!"

Sedang kami tengah khusyuk membuat kek, tiba tiba Leo datang ke dapur. Air muka Raisya sudah berubah. Habislah kek aku nanti. Tak pasal pasal hangus disebabkan dua manusia ni.

"Korang buat apa?" soal Leo, kepalanya menjenguk kearah bekas yang sedang aku kacau.

"Main game." balas Raisya selamba. Leo sudah mengetap rahang.

"Baru aku tahu perempuan main game macam ni." perli Leo. 

"Korang jangan nak bergaduh eh, kalau nak gaduh pergi luar sana." kata ku.

Baru saja keadaan mahu tenang, tiba tiba mereka bergaduh semula.

"Argh!" terkejut aku mendengar jeritan kuat Raisya, terus berpaling melihat dia.

"Kau buat apa ni leo?" soal aku kuat! Mahu tak marah, penuh muka Raisya dengan tepung.

"Kau okey tak ni raisya?" soalku.

"Mata aku." nadanya macam mahu menangis. Terus gelabah aku dibuatnya.

"Kau okay tak ni?" soal Leo pula, kendengaran prihatin di dalam nadanya. Aku tahan senyum.

"Sini aku tengok." kata Leo lagi, wajah Raisya ditarik mendekatinya. Raisya pula hanya menurut.

Leo meniup mata Raisya lembut, selepas itu digosoknya pula.

"Dah okey ke?" Leo menyoal selepas beberapa saat, Raisya mengangguk.

"Hmm thanks." dapat aku lihat wajah Raisya merah, mungkin malu.

"Welcome." Leo juga begitu, belakang lehernya digosok.

"Sera aku nak keluar kejap, nanti kalau nak pergi dekat mell call aku." kata Leo sebelum keluar dari dapur.

"Raisya lebih baik kau jujur dengan aku." kata aku, aku mencuit lengannya.

"Jujur apa kau ni?" soal Raisya. Buat buat tak tahu pula. Huh!

"Kau suka dekat Leo eh?" tak ada bengkok bengkok, terus aku bertanya.

"Apa kau merepek ni?" Raisya masih mengelak. Tapi Instinct aku kuat mengatakan yang dia ada hati dekat Leo, Leo pun sama sepertinya.

Miss RosseraWhere stories live. Discover now